tiga puluh

1.2K 121 7
                                    

Gila tak terkejut mereka yang lain apabila dapat tahu yang Maya sebenarnya seekor vampire. Kecuali Aidan dan Cairiel.

"Aku dah syak!" Cairiel membuang kulit kuaci ke dalam mangkuk di tengah-tengah meja.

"Syak? Macam mana?" Maya sengih.

Cairiel pandang aku yang duduk di sebelah Maya. Aku geleng kepala. Aku tak nak Maya tahu aku pernah bertemu dengan Alex. Siap bergaduh pula tu.

"Ala, cincin kau tu obvious la, Maya." Aidan menyampuk. Nasib baik boyfriend aku ni pandai kelentong.

"Then, kenapa korang tak confront aku awal-awal?"

"Kitorang tunggu aje kau ready nak bagitahu. Kalau kitorang tuduh, macam memaksa pula," tokok Cairiel.

"Aku sumpah tak perasan langsung!" Adam masih tidak percaya. Dia termenung sahaja selepas diberitahu.

"Kita ni manusia sejati mana ada sixth sense nak tahu Si Maya ni vampire ke serigala ke." Zafril di meja komputernya terhenti menaiip lalu menghampiri kami di sofa.

"Mengada!" Bebola mataku digulingkan mendengar ayat pasrah Zafril.

"Tapi, puak korang bukan musuh ke?" Adam mengusap dagunya.

Aku dan Maya saling berpandangan.

"Perlu ke kitorang jadi musuh sebab puak kitorang? Aku elok suci dari dendam, nak tambah pula," bebelku.

"Betul tu. Sekarang ni kitorang tak ada perang lagi pun, chill ajelah. Kalau ada sekalipun, aku tak join." Maya menokok selamba.

Aku suka betul semangat Maya ni. Dia pentingkan hubungan kami berbanding hubungan dengan puak. Aku pun akan buat yang sama.

Aku dengan Joana masih tidak bercakap. Tak ada mood pula aku ingin ke rumah puak hujung minggu ni apabila memikirkannya.

×××

Aidan tidak menghadiri sekolah selama seminggu. Aku telefon pun tidak berjawab. Mesej lagilah liat menunggu seharian, masih tiada sinar.

Kawan-kawan aku yang lain pun tak tahu ke mana Aidan pergi. Aidan hilang tanpa jejak.

Kami pun bersama-sama menyerbu apartment Aidan selepas pulang dari sekolah.

Jariku menekan loceng tiga kali.

"Aidan!" seru Cairiel. Adam pula mengetuk pintu berkali-kali. Kasut semua simpan kat dalam. Tak boleh nak agak dia ada atau tidak.

Ambil seminit juga sebelum pintu itu terbuka dan muncul susuk Aidan di muka pintu. Di tepi mata kanannya serta mulut lebam.

"Weh, apahal dengan kau ni?" Cairiel panik lalu masuk ke dalam rumah tanpa djemput oleh Aidan.

Hatiku diruntun hiba melihat Aidan dalam keadaan begini. Matanya sembab dan lingkaran hitam kelihatan jelas. Rambutnya kusut seperti tidak membasahkan diri selama seminggu. Aidan sangat tak terurus. 

Siapakah yang sudah menghancurkan emosinya?

Baru sahaja Aidan ingin membuka mulut untuk menjelaskan sesuatu tetapi bibirnya rapat semula apabila menyedari kehadiran di sebelah Cairiel. 

Tergamam mungkin melihat kehadiranku. Wajahnya serba salah.

Aidan hanya mengundurkan diri untuk membenarkan kami berlima menapak masuk kediamannya.

Bad Beta ✔Where stories live. Discover now