Selepas mama pulang, aku hanya termenung di dalam bilik. Nak keluar tak boleh. Nenek siap pesan kat aku,
"Jangan keluar selepas pukul 6 petang. Kawasan ni bahaya."
Tetapi aku kena cari jalan juga untuk keluar daripada rumah ni. Bosan.
Mataku tertancap pada tingkap bilik di atas kepala katilku. Idea nakal menjentik minda.
Aku memanjat katil dan membuka tingkap tersebut. Aku memijak atap rumah sambil berhati-hati mengawasi sekeliling. Risau juga jika nenek nampak. Aku tak biasa dengan aktiviti lasak. Tapi setakat bumbung yang tidak tinggi daripada tanah apalah sangatkan?
"Aduhh!" aku terjerit sebaik saja mendarat di atas himpunan dedaun kering bertaburan di atas tanah.
Aku cuba mendarat lagak spiderman tapi tak menjadi. Harap-harap nenek tak dengarlah aku menjerit.
Aku terus berlari ke arah hutan di belakang rumah nenek yang ditaburi dengan dedaun kering. Musim luruh di sini memang indah.
Bayunya yang sejuk sesekali menampar wajahku. Aku menemui lorong penjalan kaki sebaik saja menyusur keluar daripada hutan.
Aku tak tahu sangat selok-belok Lakewood tetapi aku tahu satu kedai yogurt yang paling sedap kat sini.
YourGuts.
Yeah, masih buka! Aku tak tahu pulak kalau kedai ni buka 24 jam.
Aku meluru ke kaunter sebaik saja masuk ke dalam kedai tersebut. Aura wangian yogurt epal hijau segera menusuk ke dalam hidungku.
Setelah membuat pesanan, aku duduk di sebuah meja yang berhampiran dengan kaunter. Senang pelayan nak hantar yogurt aku nanti.
"Woi, MAYA!"
Sedang aku sibuk mentatal skrin telefon, satu suara muncul dari pintu utama kedai. Aku mengangkat wajah dan ternampak tiga orang lelaki sebayaku berjalan ke arahku dengan keterujaan yang tidak lekang di wajah mereka. Ternyata mereka berhenti betul-betul di mejaku.
"What?" Aku mengangkat kening kerana keliru dengan tatapan mata ketiga-tiga lelaki itu kepadaku. Seram siot bila tak kenal lepastu orang tu tiba-tiba tegur.
"Sanalah sikit! Aku nak duduk jugak!" Lelaki yang berambut messy blonde menolak aku sehingga terhimpit ke dinding kaca kedai. Kawan-kawannya turut mengisi ruang kerusi panjang yang bertentangan denganku. Siapa pula mamat-mamat gila ni?
"Oh, kau lari daripada rumah eh?" Lelaki berkulit kekuningan langsat yang duduk bertentangan denganku tersenyum nakal.
Alamak, aku kantoi ke?
"Macam mana kau boleh tahu?" Dahiku berkerut memandangnya.
"Maya, nenek kau takkan benarkan kau keluar lepas pukul 6 tapi kau keluar jugak. Serious, kau dah berubah," katanya dengan penuh yakin.
"For your information, nama aku bukan Maya. Nama aku Mia. M-I-A. Mia."
"Jap, aku tahu apa maksud M-I-A yang dia cuba sampaikan!" Jerit lelaki di sebelah aku sambil mengangkat jari telunjuknya ke udara.
"Apa?" tanya kedua-dua kawannya yang masih blur. Aku pun keliru tengok mamat ni hype semacam.
"Okay so Maya dah pindah secara tiba-tiba tanpa bagitahu kita tiga bulan lepas. Sekarang dia dah muncul selepas dia M-I-A. Okay so M-I-A stands for missing in action. Lepas dia missing in action tu la dia start tukar nama jadi Mia sebab tu personaliti baru dia, M-I-A! Betul tak?" Mamat messy blonde itu memandang aku dengan kening terangkat.
YOU ARE READING
Bad Beta ✔
Werewolf[ C O M P L E T E D ] Hari pertama di Lakewood lagi Mia sudah menjadi saksi peperangan puak serigala dan puak vampire di Lakewood. Tanpa disedarinya, dia telah menjadi seekor Beta tanpa mengetahui Alphanya. Hidup sebagai seorang ahli pasukan sorak d...