Leher aku ada kesan Elisa cekik tadi. Dah nampak macam kena jerat dengan tali, ditambah pula dengan kuku tajam dia yang tercucuk masuk dalam kulitku sedikit. Ah, nak kena kelentong nenek lagi kalau dia tanya.
Aku asyik membuat teori sendiri tentang aku menjadi Beta. Takkanlah Elisa yang gigit aku?
Teringat aku dengan kata-kata Aidan yang mengatakan bahawa Alpha hanya akan gigit seseorang kalau nak tambah dalam kumpulan dia. Kalau Elisa nak aku ada dalam kumpulan dia, kenapa dia bencikan aku sangat-sangat?
Mungkin sebab perangai aku yang terlebih baik. Dia mungkin menyesal sebab jadikan aku dalam kumpulan dia.
Aku keluar daripada tandas untuk terus ke loker. Dalam loker aku tu, ada concealer yang boleh tutup kesan lebam ni. Wajahku tertunduk manakala tanganku sedaya upaya menutup leherku.
Kunci aku pusingkan ke kanan namun ia tidak berfungsi. Aduh, loker aku masa-masa nilah dia nak buat hal!
"Nak aku tolong?" bisik suara yang aku kenal di telingaku. Aku tidak berpaling ke arahnya lalu mengangguk.
Aku tahu itu suara Raykal.
"Thanks," ucapku selepas pintu loker berjaya dibuka olehnya. Aku terus menyelongkar segala harta benda yang ada di dalam loker. Mana perginya pula concealer aku ni?
"Kau cari apa?" soal suara yang sama. Aku ingatkan dia dah pergi, rupa-rupanya di masih berdiri di belakang aku.
"Concealer aku. Tadi ada dalam ni. Shit, sekarang dah hilang!" jawabku, masih meneruskan pencarian.
"Kenapa dengan leher kau ni?" Aku terasa jarinya menyentuh leherku, membuatkan aku berpusing ke belakang secara spontan.
"Err, sorry. But, leher kau nampak teruk gila. Siapa buat?"
Aku mencampakkan pandanganku ke arah lain. Aku tak nak bagitahu Adam atau Cairiel atau sesiapa sekarang ni. Aku tak nak sesiapa tahu sebab nanti mereka akan bagitahu nenek.
Tapi Raykal bukan kenalan rapat aku. Dia tak tahu aku datang dari mana.
"I had a fight dengan someone."
Ekspresi wajahnya terus berubah muram mendengar penjelasan ringkasku.
"Kau nak pergi rumah aku? Aku boleh rawat kau." Dia mempelawa. Aku memang tak boleh harap sesiapa lagi selain dia jadi aku bersetuju dengannya memandangkan aku tak nak bethadapan dengan nenek dengan leadaan macam ni.
× × ×
Ibu Raykal ni terlalu baik sampai suruh bawa aku ke bilik tetamu semata-mata untuk rawatan. Aku kini menyembamkan tubuh di atas katil dan dirawat oleh Raykal.
"Kau gaduh dengan kapten pasukan sorak? Elisa?" soalnya seakan tidak percaya. Kain yang lembap di tangannya mengelap bahagian belakang leherku.
"Ya, dia just terkam aku dengan tangan dia. Kau rasa aku sempat nak mengelak? Dah macam pervert masuk shower orang, lepastu serang!" luahku lagi.
Situasi pergaduhan aku dan Elisa tadi kerap berlegar di ruang minda.
"Kau tak boleh lawan aku. In the end, aku Alpha, kau tu cuma Beta lemah!"
Tak mustahil ada orang lain yang jadi Alpha selain dia dan Aidan. Tapi, setakat ni, aku cuma kenal mereka berdua. Aidan sudah tentu bukan. Elisa? Entahlah, mungkin.
"Elisa tu memang. Dia nutpicker sikit bila libatkan hal cheerleading. Budak sekolah lagi takut dia daripada cikgu cheerleading tu."
YOU ARE READING
Bad Beta ✔
Werewolf[ C O M P L E T E D ] Hari pertama di Lakewood lagi Mia sudah menjadi saksi peperangan puak serigala dan puak vampire di Lakewood. Tanpa disedarinya, dia telah menjadi seekor Beta tanpa mengetahui Alphanya. Hidup sebagai seorang ahli pasukan sorak d...