lapan

1.6K 159 6
                                    

Mengeluh, aku memandang cermin di hadapanku. Dah masuk tiga kali aku ulangalik dari kelas ke tandas kerana terasa pening. Waktu terakhir aku adalah Fizik. Nasib baik cikgu tu baik dan membenarkan aku keluar.

Aku rasa nak balik rumah dan rehat je sekarang ni. Rasa sakit kepala seakan mencengkam otakku. Entah apa yang sedang berlaku dalam tubuhku. Yang aku pasti, ini kesan daripada gigitan serigala bodoh tu.

Kepala aku terasa menyucuk lagi, lantas jemari aku mencengkam singki. Aku tertunduk ke bawah, urat hijau timbul di permukaan kulitku. Seluruh tubuhku menggeletar. Pandanganku aku bertukar menjadi kuning. Sudah, dah kenapa pula?

Aku terasa bahuku disentuh oleh seseorang dari belakang. Dia menyoal sama ada aku okay atau tidak. Namun aku tidak menghiraukannya. Aku tidak boleh memandang wajahnya apatah lagi mengeluarkan suara.

"Hey, awak okay ke? Kalau tak okay, saya bawa awak pergi nurse's office," pujuk suara gadis itu. Aku langsung tak cam suara dia.

Aku angkat wajahku sedikit untuk melihat cermin. Ternyata aku sendiri takut dengan pantulan di hadapanku sekarang. Anak mataku bercahaya kuning jingga manakala bibir aku pucat lesi seperti vampire yang tidak menghisap darah seminggu. Ekor mataku hanya dapat mengesan fizikal gadis di sebelahku. Hanya rambut brunettenya yang dominan.

"Saya bawa awak pergi nurse's office!" desaknya, memaut lenganku dengannya. Aku menggelengkan kepala.

"Awak nampak tak okay. Jomlah!"

Aku geleng lagi sebagai tanda menolak. Aku terasa bara api yang memarak dalam diriku apabila didesak sebegitu olehnya.

"Tak menyusahkan punlah. Saya tolong awak." Kali ini dia menarik lenganku tetapi aku terus meloloskan lenganku daripada pegangannya. Aku mengangkat wajahnya dan memandangnya tajam.

"Aku kata pergi sekarang!" tengkingku. Kaki aku menapak ke arahnya dengan lebih dekat. Matanya terbuntang luas melihat rupaku sambil kakinya terundur ke belakang. Dia berpusing dan mencapai tombol pintu dibelakangnya lalu terus keluar.

Visi kuningku hilang serta merta. Aku melihat kuku aku yang panjang tadi kembali memendek.

Aku sedar apa yang berlaku tadi tetapi aku tidak boleh mengawalnya. Seperti wujud jiwa lain dalam diriku yang menjadi induk. Tak mungkin aku sekadar berhalusinasi.

Calm the fuck down, Mia.

Aku menarik nafas dan mengeluh perlahan. Rasa pening tadi seakan memudar. Wajahku dibilas dengan air sebelum aku menapak keluar daripada bilik air.

Selepas aku keluarkan amarah aku tadi, kepala aku terasa ringan sedikit. Mungkin serigala tu nak aku marah sepanjang masa. Merosakkan mood aku betul. Siaplah kalau aku jumpa si Alpha yang buat aku macam ni.

Keluar sahaja aku dari kelas Fizik, aku ternampak gadis tandas tadi keluar dari kelas sebelah. Aku menarik tangannya lalu menggunakan kelajuan serigalaku untuk keluar dari bangunan sekolah. Belakang sekolah ni hutan jadi, tiada sesiapa yang berada di kawasan itu.

Aku menolak gadis brunette itu ke dinding.

"Kau jangan bagitahu siapa-siapa tentang apa yang kau nampak tadi, faham?" tegasku memberi amaran. Mata aku mengimbas wajah bujur sirihnya. Dia terkebil-kebil untuk membalas pandanganku. Tangannya mengusap bahu kirinya yang terhentak pada dinding tadi.

Bad Beta ✔Where stories live. Discover now