"Aku tak expect kau nak datang sini lagi." Alex meletakkan gelas berisi darah ke atas meja pejabatnya. Langkahnya diatur ke arahku yang baru terkial-kial bangun.
"Kau memang tak serik, kan?" Alex jalan mengelilingiku. Matanya mengimbas tubuhku atas bawah.
"Kenapa aku perlu takut dengan vampire yang lemah macam kau?" bebola mataku digulingkan.
Cakap guna logiklah Alex ni. Aku dah lenyek dia dengan tayar kereta pun, dia masih anggap aku pengecut. Bodoh.
Tiba-tiba leherku dicekiknya dan tubuhku dihentak pada rak buku sepantas kilat. Aku tak berdaya ingin menolaknya.
Ergh, dia boleh baca isi hati yang tengah kutuk dia ke?
"Aku lemah ke kau lemah sekarang?" Timbul urat merah di bawah matanya. Taringnya kelihatan apabila dia mengukir senyuman sinis lebar.
"Dengar sini kau serigala kecil! Kau takkan dapat lawan aku. Bukan kali ni!" Tubuhku dihempas ke sudut bilik. Berdenyut-denyut rasa sakit di belakangku akibat terhentak pada pasu bunga kaca gergasi.
"Kau dah ceroboh tempat aku dan kau akan dapat balasannya!" Sekelip mata Alex berdiri di hadapanku lagi.
Penglihatanku agak kabur namun aku gagahkan diri bangun juga dengan kekuatan serigalaku.
"Aku datang sini bukan nak bergaduhlah!" bentakku. Ikutkan hati ingin saja aku robek wajahnya tapi kudratku lemah.
Alex tertawa sinis. Tak ada gaya lain ke dia nak ketawa? Aku dah muak.
Alex mendekatiku lalu menarik rambutku ke belakang. Mataku dipaksa untuk bertentang dengannya.
"Kau tak nak. Tapi aku nak."
Tanpa sempat aku elak, Alex membenamkan taringnya pada leherku.
Nafasku hilang saat tusukan tajam taring Alex mencengkam leherku. Kepalaku terasa berpinar dan aku hilang kestabilan badan.
Aku jatuh dalam dakapan Alex.
× × ×
Seluruh tubuhku rasa sakit sebaik sahaja aku tersedar dari tidur. Aku masih terbaring di atas lantai.
Beberapa saat selepas memandang siling barulah aku sedar yang aku masih di dalam bilik Alex.
Oh, dia hisap darah aku tadi!
Aku larikan tanganku ke leher yang terasa berdenyut-denyut. Sharperner apa vampire ni guna sampai tajam sangat taringnya?
Yang pasti bukan Stabillo.
Leherku sudah kering tanpa baki titisan darah. Tapi, rasa sakit belum lesap.
Tiba-tiba pancaran cahaya matahari menyuluh wajahku. Dah pagi?
Aku bangun dari pembaringanku dan melihat ke belakang. Tingkap terbuka luas. Kacau betul pagi-pagi dah panas.
Pandanganku dialih ke sekeliling. Kelihatan Alex sedang nyenyak tidur di atas katilnya, berdengkur kuat.
Aku dah tekad yang aku takkan tinggalkan tempat ni selagi aku tak dapat jawapan tentang Maya. Kau sabar kejap, Alex. Tidur kau bakal diganggu!
"Aku cuma nak Mia balik!" jeritan dari tingkat bawah menghentikan langkahku menghampiri katil Alex.
Serabut betullah aku dengan Aidan ni! Menyesal aku rapat dan kenal dengan dia. Terlampau risaukan aku tanpa sebab. Macam aku ni bayi serigala pula kena monitor 365 hari.
YOU ARE READING
Bad Beta ✔
مستذئب[ C O M P L E T E D ] Hari pertama di Lakewood lagi Mia sudah menjadi saksi peperangan puak serigala dan puak vampire di Lakewood. Tanpa disedarinya, dia telah menjadi seekor Beta tanpa mengetahui Alphanya. Hidup sebagai seorang ahli pasukan sorak d...