Urat leherku terasa tegang. Tanganku spontan naik memegang tepi tengkuk. Aku terasa fabrik kapas menutup bahagian yang aku rasa sengal-sengal. Mataku dibuka perlahan. Siling yang asing aku pandang buat seketika. Ini bukan bilik aku.
Aku bangun daripada pembaringan. Suis lampu di tepi katil, aku hidupkan. Baru aku tersedar yang aku hanya dibalut dengan selimut tanpa seurat benang di tubuh.
Bilik itu sempurna dengan perabot. Tilam pun empuk je. Tapi, siapa yang bawa aku ke tempat ni?
Perempuan tadi ke?
"Bawa dua ekor ni ke rumah pack. Kita ada benda perlu diselesaikan."
Sah tu ketua Puak Emerald! Ah, bodoh! Aku dah masuk perangkap diorang. Aku kena pergi dari sini sebelum mereka tahu aku terjaga.
Baru sahaja aku ingin bangun daripada katil, pintu dikuak oleh seseorang. Aku berpaling ke arah gadis yang berbaju hitam dan berambut kelabu itu. Siapa pula minah rock ni?
"Dah bangun. Now, pakai ni." Pakaian yang dibawanya tadi dicampak ke atas katil. Mataku mencerlung tajam ke arahnya yang selamaba menyandarkan tubuhnya pada meja.
"Tunggu apa lagi? Pakailah! Nak aku aku pakaikan?" soalnya, kasar.
"Siapa kau nak arahkan aku?" bidasku.
"Jangan banyak bunyi. Pakai dan turun bawah. Joana nak jumpa kau." Jelingan Alphanya membuatkan aku spontan akur kerana takut.
Joana? Nama tu aku tak pernah dengar tapi semestinya dialah yang bawa aku ke sini. Mungkin dia ketua puak ni. Perempuan hardcore ni sepuak dengan aku.
Aku tidak bersuara lagi lantas mengambil pakaian yang dicampaknya tadi. T-shirt putih dan leggings hitam itu aku sarungkan pada tubuh sebelum turun daripada katil.
Gadis itu merentap lenganku.
"Aku boleh jalan sendirilah!" tempikku, merenungnya tajam.
"Kau tak tahu selok-belok rumah ni. Are you sure about that?" sinisnya. Eleh, semua reka bentuk rumah sama je kat Lakewood ni.
Tanpa membantah lagi, aku rela dibawa oleh gadis itu hingga ke tingkat pertama. Kami mengorak langkah ke ruang tamu. Pendengaranku diterjah dengan suara omelan seorang wanita.
"How can you be so careless, Ray? Dia tu manusia and kau tak boleh nak bezakan dia?"
Raykal yang tertunduk kaku di sofa mengangkat wajah untuk memandang wanita yang tinggi lampai di hadapannya.
"Aku minta maaf, Jo. Sangat-sangat. Please, jangan buang aku." Rayu Raykal lagi. Joana nak buang dia? Baik buang aku je.
"Kau dah uselesslah. Buat apa aku simpan kau? Aku tak nak kalau kita tempur lagi, kau buat hal. Aku tak nak lagi tambah orang dalam puak aku." Wanita itu menunjal dahi Raykal bertubi-tubi. Rakyal langsung tertunduk lemah kembali.
Dia ni tak nak lawan sebab takut ke? Kalau aku memang dah bagi pelempang kat perempuan tu.
"Get rid of him!" arah Joana. Konco-konconya yang berdiri di tepinya pun menghampiri Raykal.
"Jangan!" Aku bersuara, menghentikan tindakan mereka semua. Pandangan mereka beralih ke arahku.
"Kalau kau nak buang orang, kau buang aku." Pintaku bersungguh-sungguh. Mata Joana memandang gadis yang memegang lenganku. Dia memberi bahasa mata supaya melepaskan aku. Gadis itu pun akur.
YOU ARE READING
Bad Beta ✔
Werewolf[ C O M P L E T E D ] Hari pertama di Lakewood lagi Mia sudah menjadi saksi peperangan puak serigala dan puak vampire di Lakewood. Tanpa disedarinya, dia telah menjadi seekor Beta tanpa mengetahui Alphanya. Hidup sebagai seorang ahli pasukan sorak d...