Sedar atau tidak, hari pun berganti siang. Haba matahari yang panas terbias ke wajahku dari luar tingkap. Aku bangun daripada katil dan masuk ke bilik air.
Seusai membersihkan diri, aku keluar daripada bilik dan terus menuju ke tingkat bawah. Dapur itu sunyi. Diorang tak bangun lagi ke?
Aku pun membuka peti sejuk dan melihat isi di dalamnya. Kotak susu aku keluarkan. Satu gelas kaca yang terletak di kaunter bar aku ambil. Aku tuang susu ke dalamnya sebelum meneguk laju.
"Much better, now?" terpa satu suara yang datang dari pintu dapur. Aku toleh ke arah Joana yang menyandarkan set bow dan anak panah pada dinding.
"Okay je. But, aku kena balik rumah. Aku tak boleh stay sini," beritahuku.
"Kenapa pula? Kau kan sebahagian daripada pack ni. Ni rumah kau juga." Joana membilas tangannya di singki sebelum mengeringkannya dengan tuala.
Bengang betul aku dengan sundal ni. Semua benda dia nak putar belit. Aku rasa nak hentak kepala dia kat dinding.
"Yeah, I get it but aku kena pergi sekolah hari Isnin nanti. Nasib baik harini hari Sabtu." Acah je rajin pergi sekolah padahal aku nak keluar daripada puak ni.
"Kalau macam tu, aku bagi kau balik petang esok. After that, setiap hujung minggu, kau kena spend time kat sini."
Nampaknya idea aku untuk meloloskan diri dari cengkaman Joana tidak berjaya. Dia masih berkeras. Lebih baik aku turutkan sahaja kehendaknya. Kalau berbahas, bukannya dia nak dengar. Aku je yang tertunduk takut dengan pandangan Alphanya.
Kenapalah aku Beta? Beta lemah! Penakut!
"Okay, fine," keluhku dan keluar dari belakang kaunter. "Apa je yang korang buat harini?"
"Aku baru je balik memburu. Kau pergilah kat depan rumah tu. Diorang tengah berlatih. Pergilah belajar dengan diorang."
Aku angguk lalu menuju ke pintu utama rumah yang sudah terbuka luas. Dari situ aku dapat bau serigala yang bercampur-baur. Pening aku dibuatnya.
Langkah aku diatur ke bawah anjung. Tanganku disilangkan ke dada dan mencari kelibat lelaki semalam, Theo. Dengan dia je aku bergantung. Ahli lain aku tak kenal.
Dia sedang bertinju dengan perempuan yang memaksa aku pakai baju semalam. Tumbukkan bertubi-tubi perempuan itu bagi pada perut Theo membuatkan dia terundur berganda-ganda. Theo kembali membalas dengan menumbuk wajah gadis itu.
"Mia, kau dengar suara aku tak?" satu suara bergema dalam kepalaku. Aku toleh ke kiri kerana menyangka punca suara datang dari arah itu.
Aku terlihat Aidan berada di sebalik sebatang pokok sambil melambai kecil ke arahku. Betul ke apa yang aku nampak ni? Atau cuma sekadar ilusi?
"Sinilah! Aku nak cakap dengan kau." Mulut Aidan tak bergerak tetapi suaranya bergema dalam mindaku.
Aku lihat sekeliling dahulu untuk memastikan semua sibuk dengan urusan masing-masing. Langkahku pun diorak laju ke arah Aidan berhenti betul-betul di hadapannya.
Aku terus dakap Aidan kuat-kuat. Paling aku selesa apabila berada dengannya. Dia buat aku rasa selamat.
"Mia, sorry aku tak datang lagi awal." Bisik Aidan di telingaku. Rambutku masih diusap oleh jemarinya, perlahan. Aku lepaskan pelukan untuk bertentang mata denganya.
YOU ARE READING
Bad Beta ✔
Werewolf[ C O M P L E T E D ] Hari pertama di Lakewood lagi Mia sudah menjadi saksi peperangan puak serigala dan puak vampire di Lakewood. Tanpa disedarinya, dia telah menjadi seekor Beta tanpa mengetahui Alphanya. Hidup sebagai seorang ahli pasukan sorak d...