Aidan keluar daripada bilik air dengan lilitan tuala putih di sekeliling pinggangnya. Tuala di tangan pula digunakan untuk mengeringkan rambutnya yang terjuntai basah ke dahi.
Aku, Cairiel dan Adam asyik membelek fail yang dicuri oleh Aidan semalam di rumah Alex. Fail itu penuh dengan dokumen setiap ahli Puak Emerald.
Zafril sudah tertidur nyenyak di atas katil. Luka pada siku dan lututnya telah dirawat dan dibalut oleh Aidan. Dia tercedera semasa berlari masuk ke dalam hutan kerana beberapa ekor vampire mengejar mereka. Nasib baik tak tertangkap. Tapi, dia yang plan semua tu jadi, pandailah tanggung.
"Cuba kau selak balik. Aku rasa macam familiarlah muka budak tu," pinta Cairiel. Aku pun membelek ke muka surat sebelumnya. Profil seorang lelaki dipaparkan.
"Eh, aku kenal la budak ni. Dia ni budak sekolah kita!" Telunjuk Adam menekan-nekan muka surat itu.
Memang aku kenal sangat muka budak ni. Bila aku baca namanya memang aku tak silap pandang lagi.
Raykal Jay.
"Budak nilah tutor aku," ujarku.
"Serious? Budak skema ni werewolf?" Cairiel melihat aku sambil mengunyah kacang kuning di dalam mulutnya.
"Mana? Bak sini nak tengok." Aidan yang berdiri di hadapan aku meminta. Aku menyerahkan fail itu kepadanya dan bangun dari lantai. Aidan melabuhkan punggungnya di atas katil, diikuti oleh Adam dan Cairiel.
Badan aku berpeluh walaupun di luar pangsapuri Aidan hujan lebat. Aku tak boleh relaks lepas terminum darah manusia tu. Aku rasa jijik sangat-sangat.
Kaki aku melangkah ke almari Aidan yang berbau pudina vanilla. Aku mencapai sehelai t-shirt kelabu Aidan yang dua kali ganda saiz bajuku.
Ah, lantaklah! Janji ada baju untuk aku pakai. Buta pula Adam innocent tu nanti kalau aku tak pakai apa-apa.
Seusai mandi, aku perasan yang mereka bertiga berkumpul di meja belajar Aidan. Terus aku mendekati mereka.
Aku sengaja mencelah antara Aidan dan Adam.
"Ish, budak ni!" Adam mendengus perlahan tetapi aku mengabaikannya. Aku mendengar Aidan yang sedang bercakap.
"Alex tahu yang ada ahli baru dalam Puak Emerald malam tu. Masalahnya, dia tahu sama ada Mia ni Beta Si Raykal atau Farah. So, dia tak record dalam fail ni."
"Farah mana?" tanyaku.
Aidan menjongket bahu. "Maybe salah seorang daripada Puak Emerald."
"Dia Alpha juga," tambah Cairiel. Aku lihat muka surat yang memaparkan profil Farah.
Wajahnya nampak cekung seperti kurang zat. Umurnya juga mencecah 40 tahun. Takkanlah dia tak cukup matang lagi untuk tahu mana vampire, mana manusia?
"Aku tak rasa Farah tu Alpha aku," ujarku.
"Kenapa pula?" Adam menyoal dengan kening bercantumnya.
"Dia kurus gila. Kalau kau fikir secara logik, bentuk serigala dia pun kuruslah, kan? Yang gigit aku tu pula, lebih kurang besar macam Aidan."
"Hmm, make sense." Aidan bersetuju manakala Cairiel pula mengangguk-angguk.
"Aku akan terkejut gila kalau budak skema tu jadi Alpha kau. Like for real, he doesn't look like one." Cairiel tertawa dan membaringkan dirinya di atas katil, bersebelahan dengan Zafril.
"Kau ni otak stereotypical tahu tak?" kata Adam. "Asal Alpha je kena jahat, tegas, mantap gitu. Abang Alpha kita ni pun tak adalah jahat mana tapi still Alpha."
YOU ARE READING
Bad Beta ✔
Werewolf[ C O M P L E T E D ] Hari pertama di Lakewood lagi Mia sudah menjadi saksi peperangan puak serigala dan puak vampire di Lakewood. Tanpa disedarinya, dia telah menjadi seekor Beta tanpa mengetahui Alphanya. Hidup sebagai seorang ahli pasukan sorak d...