Harini adalah harinya.
Aku akan tahu siapa serigala yang gigit aku malam tu. Siaplah kalau aku jumpa dia, aku lunyai sampai jadi kentang lenyek.
Aidan memarkir keretanya tidak jauh daripada rumah banglo yang didiami oleh sekumpulan vampire. Setakat ni, hanya puak vampire itu yang wujud di Lakewood. Tak mungkin ada vampire asing datang dan cari gaduh dengan pack Alpha aku.
"You guys ready?" soalku sambil mengemaskan topeng hitam masquerade pada wajah.
Aku menoleh ke belakang untuk melihat Zafril, Cairiel dan Adam berhimpit di tempat duduk belakang. Mereka menunjukkan ibu jari tamda bersedia.
Aku toleh pula kepada Aidan yang berada di tempat duduk pemandu. Dia masih merenung banglo bercahaya terang itu.
"Aidan, kau ready?" Aku menepuk bahunya, barulah dia pandang kami yang lain.
"Okay. Ready." Dia mengangguk. Dengan itu, aku pun turun daripada kenderaan Aidan. Gaun pendek paras lutut itu aku perbetulkan. Lurahku sengaja didedahkan supaya dapat menangkap perhatian ketua vampire, Alex Cougar.
Aku berjalan masuk ke dalam pagar bersama-sama tetamu lain. Bunyi muzik yang kuat menyergah pendengaranku. Sekarang, aku dah boleh kawal gelombang bunyi untuk masuk. Dulu, punyalah bingit telinga aku dengar macam-macam suara.
Seluruh tubuhku berbau wangian pudina. Dua botol aku semburkan pada tubuh. Itu adalah agen bagi mengelirukan puak vampire. Dengan bau pudina pada diriku, mereka tidak dapat mengesan yang aku ni sebenarnya serigala.
Aku mengetuk pintu sebelum masuk. Itu memang adat vampire untuk masuk ke dalam rumah. Kalau tak ketuk, kau tak boleh masuk. Aku ingat tak lepas, tapi kaki aku berjaya melangkah masuk.
Mataku meliar ke sekeliling. Orang ramai menikmati minuman di tangan mereka sambil berbual. Hmm, macam mana aku nak kenal Alex Cougar ni?
Aku mengambil segelas wain daripada dulang yang dibawa oleh seorang pelayan lelaki. Setelah itu, aku berjalan ke sebuah hallway di dalam rumah itu. Hallway itu sunyi sepi.
Sambil berjalan, aku melihat potret-potret yang tergantung pada dinding bercat vintage itu. Setiap gambar aku tatap penuh teliti. Aku membaca nama-nama yang tertera di bawah setiap potret dan akhirnya...
Alex James Cougar!
Alex mempunyai sepasang mata berwarna hijau cair, kulitnya agak gelap manakala rambutnya berwarna hitam likat. Tidak lupa juga keningnya yang lebat. Melihat facial featuresnya sahaja, aku boleh agak yang dia berdarah Itali.
"Awak cari something?" tanya satu suara asing yang baru sahaja keluar daripada bilik yang terletak di hujung hallway. Aku tersentak lalu menoleh ke arahnya yang menutup pintu biliknya.
"Taklah. Saya cuma jalan-jalan. Cantik rumah ni," ujarku beserta senyuman lebar. Aku cuba menutup debar di dada kerana yang berdiri di hadapan aku sekarang adalah Alex Cougar.
Walaupum dengan topeng masqueradenya, mata hijaunya memainkan peranan penting untuk aku mengenalinya.
"Thanks." Alex merapati aku. Matanya mengimbas aku dari atas sampai bawah. Bibir bawahnya digigit.
"But, awak tahu ni kawasan larangan, kan?" bisiknya dekat dengan telingaku. Nafasnya berbau darah.
"Kalau macam tu, tunjukkanlah kat saya, kawasan mana yang dibenarkan." Aku sengaja bertarik tali. Nampaknya plan ni berpontesi menjadi.
![](https://img.wattpad.com/cover/123289127-288-k754102.jpg)
YOU ARE READING
Bad Beta ✔
Werewolf[ C O M P L E T E D ] Hari pertama di Lakewood lagi Mia sudah menjadi saksi peperangan puak serigala dan puak vampire di Lakewood. Tanpa disedarinya, dia telah menjadi seekor Beta tanpa mengetahui Alphanya. Hidup sebagai seorang ahli pasukan sorak d...