Pening.
Terkejut.
Aku rasa semua tu setelah mama dan papa ceritakan segalanya. Tentang aku dan Maya, cara kami berpisah.
Rupa-rupanya aku ada kembar. Maya Ammara yang sering diperkatakan oleh Cairiel dan kawan-kawanya, dia tu kembar aku. Dan aku tak kenal sepanjang aku hidup?
Bullshit.
Semasa aku dan Maya kecil, papa jatuh bankrap sehingga dia terpaksa memisahkan kami berdua. Dia tak mampu nak tanggung aku dan Maya sekali gus. Perit, tapi itu hakikat yang aku kena telan.
Apabila salah seorang kawan papa yang ingin bantu papa naik semula, dia letakkan satu syarat. Papa kena serahkan aku atau Maya kepada mereka. Terdesak, papa bersetuju dengan syaratnya dan menyerahkan Maya berbanding aku.
Yelah tu terdesak. Padahal gila harta.
Mentang-mentang aku dan Maya masih bayi, belum kenal erti sakit hati, senang lenang aje mama dan papa pisahkan kami.
Aku lagi rela jauh daripada mama dan papa kerana sudah lali dengan perangai tak endah mereka tu.
Apabila usia Maya mencecah 13 tahun, dia tinggal dengan nenek pula. Tiga tahun kemudian, barulah dia pulang ke keluarga angkatnya buat sementara waktu sebelum aku terdampar di Lakewood bersama nenek.
Sekarang Maya di Firewood.
Terperuk aku di dalam bilik, merenung siling kosong. Aku tak tahu nak rasa apa lepas ditipu sebegini. Patut ke aku maafkan mama dan papa? Layak ke mereka dapat kemaafan aku?
Terlalu berat untuk aku terima apa yang mama dan papa dah buat. Aku lagi rasa kesian pada Maya yang dibuang oleh keluarga sendiri semata-mata untuk kemewahan yang aku miliki.
Hujan mula menitis membasahi tingkap bilik. Aku rasa ingin melelapkan mata tetapi aku tak boleh berhenti berfikir. Minggu depan baru aku boleh berjumpa dengan Maya di Firewood. Mesti kami akan jadi janggal kerana tidak bercakap langsung seumur hidup.
Agak-agak dia akan sukakan aku atau tak? Aku pun entahlah boleh terima dia atau tak. Kalau dia tak sekepala dengan aku, belum tentu hubungan kami boleh berjalan lancar.
Nama Maya je yang bermain di fikiran aku sekarang. Apa kaitan dia dengan Alex?
Nak je aku mesej Aidan suruh temankan aku sekarang. Tapi telefon aku pun entah tercampak kat mana masa masuk hutan haritu. Sekarang ni aku rasa bosan gila.
Adam? Malaslah nak kacau dia lepas dia buat aku macam ni. Dia tahu tentang rahsia keluarga aku dahulu sebelum aku. Susah sangat ke nak jelaskan kat aku?
Nak kena tunggu mama dan papa cerita dulu baru nak masuk campur.
Dalam bunyi rintihan hujan yang renyai, aku terdengar ketukan pada tingkap bilik. Aku mengereng ke tepi dan terlihat seekor serigala hitam berbulu lebat di luar tingkap.
Dia pandang aku tajam.
'Aku tahu kau tak okay. Bagilah aku masuk.' Suara Aidan bergema dalam kepalaku. Melihat matanya pun aku dah tahu yang itu dia.
Langkahku diatur ke tingkap dan membukanya. Aku undur sedikit untuk memberi ruang untuk tubuh serigala Aidan masuk.
Aku ambil tuala dan baling ke arahnya. Baju Aidan ada di dalam almariku. Aku masih tidak dipulangkan kerana tak sempat.
YOU ARE READING
Bad Beta ✔
Werewolf[ C O M P L E T E D ] Hari pertama di Lakewood lagi Mia sudah menjadi saksi peperangan puak serigala dan puak vampire di Lakewood. Tanpa disedarinya, dia telah menjadi seekor Beta tanpa mengetahui Alphanya. Hidup sebagai seorang ahli pasukan sorak d...