tiga

692 58 6
                                    

Berlari terlalu jauh, aku ternampak sebatang sungai lantas aku menghampiri tebingnya. Aku duduk dan menadah tanganku dengan air sebelum membasahkan luka pada bahuku.

Pedihnya kurang terasa tetapi bekasnya masih segar.

Bongok punya serigala! Habis bahu aku nampak buruk. Sekarang aku dah tak boleh pakai pakaian seksi dah.

Takkanlah aku nak pergi parti pakai sweatshirt atau hoodie? Lame.

Aku meraba-raba poket seluar aku untuk mencari telefonku. Nasib baik telefon ni tak tercampak keluar masa aku kena serang tadi. Kalau tidak, siapalah yang nak selamatkan aku.

Bar telefon menunjukkan tiada garis, bermaksud aku tak boleh hubungi sesiapa! Shit.

Aku kena cari jalan keluar secepat mungkin tetapi aku tak mahu bertembung dengan serigala atau makhluk lain yang pelik di Lakewood ini.

Adakah ini sebabnya nenek tak benarkan aku keluar lepas pukul enam petang? Aku terfikir juga kenapa makhluk macam tu wujud di Lakewood.

Serigala benda biasa tetapi vampire? Itu tidak normal.

Langit mendung dan hujan pun turun membasahi bumi sepanjang perjalanan aku mencari jalan keluar daripada hutan.

Langkahku disegerakan apabila hujan turun semakin lebat. Seluruh tubuhku basah kuyup. Bersyukur aku apabila ada satu lorong yang membawa aku ke persimpangan jalan.

Satu papan tanda menunjukkan Lavender Garden. Inilah kawasan perumahan nenek aku. Yes!

Setelah berjalan melepasi beberapa blok rumah, aku terjumpa rumah nenek. Aku lihat jam pada telefonku yang menunjukkan jam 11 malam. Mesti nenek dah tidur. Macam mana kalau dia tak dengar? Takkanlah aku kena tidur kat luar?

Aku menekan loceng berulangkali sehinggalah sesusuk tubuh membuka pintu. Terkejut aku apabila orang yang membuka pintu itu adalah kawan Cairiel yang aku jumpa di Yourguts tadi.

"Am?"

"Maya?"

Kami berdua berkata serentak. "Apa yang kau buat kat sini?"

Mata kami masing-masing mengimbas diri.

Dah kenapa dia ada kat rumah nenek? Atau aku salah rumah? Aku lihat kembali nombor yang tertera pada dinding rumah.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa ini adalah rumah nenek. Ikut suka hati dia je nak datang rumah nenek. Entah-entah satu geng dia ada kat dalam rumah ni sekarang. Tapi buat apa?

Dia menarik tanganku yang basah untuk masuk ke dalam rumah.

"Jap, kau bukan Maya..." dia mengimbas setiap inci wajahku. Aku memandang Am jengkel. Aku tak tahu nama sebenar dia jadi itulah panggilannya buat sementara waktu.

"Aku Mialah!" marahku sambil mencapai jaket dari penyangkut yang terletak di tepi Am. Aku menanggalkan kasut aku yang basah dan berjalan ke ruang tamu.

Punggung aku dilabuhkan ke atas sofa yang empuk. Tenaga aku dah habis dan aku rasa nak tidur je sekarang.

"Woah, woah. Janganlah tidur atas tu! Kau tu dahlah basah." Adam menghentikan aku daripada ingin berbaring di atas sofa itu.

"Dah kenapa? Ni rumah nenek aku! Suka hati akulah nak tidur basah ke kering ke. Bukan kau tukang cuci sofa pun!" Aku membaringkan tubuh aku di atas sofa.

Adam berjalan ke ruang tamu dan duduk di atas sofa seberang denganku.

"Eh, suka hati kau je nak panggil ni rumah nenek kau! Ni rumah nenek akulah."

Wajahku berkerut memandangnya. "Excuse me? Kau tu stranger kot yang tiba-tiba muncul dalam rumah ni."

"Kau yang tekan loceng minta tolong. Siapa yang tuan rumah sekarang?"

Dia seakan mencabar kesabaran aku. Aku memandangnya bengis. Darah aku menggelegak. Aku sudahlah penat cari jalan keluar untuk ke sini lepastu dia nak bahas dengan aku. Pergi mampuslah. Aku nak rehat pun tak senang.

"Kenapa senyap? Hah, jawablah kalau kau kenal sangat nenek kau tu!"

Nafas aku turun naik. Aku tak pernah rasa kemarahan aku naik mendadak macam ni. Seperti ada suatu tenaga yang menyuruh aku membunuh lelaki ini, sekarang.

"Mengaku jelah kau tak kenal! Ta-"

"Diamlah! Aku sumpah aku akan bunuh kau kalau kau tak senyap." Mata aku dijegilkan tepat ke wajahnya. Dia sendiri terundur ke belakang. Wajahnya terus berubah pucat seperti ketakutan.

Dup! Dap! Dup! Dap! Dup! Dap!

Itu bunyi degupan jantungnya. Telinga aku dapat mendengar dengan jelas sekali. Macam mana aku boleh mendengarnya? Degupan jantung aku sendiri pun aku tak kedengaran terperinci sebegitu.

"Adam? Buat apa kat ruang tamu? Dah pukul 11 malam dah ni?" Suara nenek yang muncul dari tangga menyebabkan aku hilang fokus kepada bunyi degupan jantung Adam.

Adam terkebil-kebil memandang nenek untuk menjawab pertanyaannya.

"Ini nek, ada orang claim dia ni cucu nenek!" Telunjuk Adam diarahkan tepat ke aku.

Nenek mendekati sofa yang aku baring. Saat itu aku menyelubungkan diri aku dalam jaket. Aku malas ingin berhadapan dengan nenek kerana aku tahu dia akan membebel macam-macam melihat kondisi aku sebegini.

"Mia?" Nenek menyelak jaket aku, menampakkan wajah dan rambutku yang basah kuyup.

"Jap, nenek kenal dia?" Adam terkejut.

"Ha, sekarang baru kau nak percaya?" Aku menayangkan wajah aku berpuas hati. Sekarang semua dah terbukti. Tulah, kau nak lawan Mia Ammara? Sorry bitch, you lose.

"Ta... ta... tapi nenek tak pernah bagitahu Adam pun apa-apa fasal dia."

"Nenek ingat nak bagitahu esok je," jelas nenek kepada Adam sebelum memandnag aku semula.

"Mia pergi mana basah kuyup macam ni? Nenek ingat Mia tidur dalam bilik sebab tu nenek tak kejut makan malam."

"Mia memang ti..."

"Nenek tahu dia pergi mana lepas pukul enam petang?" Adam mencelah.

Sebelum dia sempat menyambung ayat seterusnya, aku menjegilkan mataku ke arahnya lagi, memberi amaran kepadanya. Adam terus tidak jadi untuk menyebut sepatah perkataan lagi kepada nenek.

"Pergi mana, Adam?" tanya nenek sekali lagi.

"Er... err..."

Aku pantas memotongnya. "Sumpah, Mia tidur dalam bilik lepastu Mia terbangun sebab hujan. Mia suka hujan jadi Mia keluar mandi hujan. Sebab itulah Mia basah kuyup."

"Tapi, Adam... kamu nampak ke Mia keluar lepas pukul enam petang? Apa yang kamu cuba cakapkan ni? Nenek tak faham." Nenek menggelengkan kepalanya. Mesti dia pening dengan perangai dua orang cucunya.

Eh, sejak bila Adam cucuk nenek? No! No! No!

"Eh, mana ada. Adam bergurau je. Saja nak takutkan Mia. Kalaulah dia tahu yang nenek garang, mesti dia tak berani keluar dah lepasni." Adam berjaga-jaga dengan setiap tutur katanya. Takut barangkali dengan jelingan aku.

Nenek hanya menggelengkan kepala. Dia memberitahu kami bahawa dia akan menyambung tidur. Nenek memesan kepadaku untuk menukar pakaian yang kering. Setelah nenek beredar, aku merenung Adam, tajam.

"Jangan kau cuba nak cakap apa-apa kat nenek, faham?"

Adam terkebil-kebil untuk menjawab tetapi dia mengangguk juga.

"Faham ke tak?"

"Fa... fa... faham. Er...aku masuk tidur dulu. Bye!" Segera dia mengangkat punggung dan melangkah ke anak tangga.

Entah apa yang dia nampak kat aku sampai jadi takut macam tu. Aku ada bawa balik entiti lain ke dalam rumah ni?

×××

how do you guys like the new storyline so far?

Bad Beta ✔Where stories live. Discover now