tiga puluh-dua

1.2K 109 5
                                    

"Apa kau buat kat sini?"

Kami berdua menyoal serentak. Dahiku juuga berkerut seperti Elisa.

"Aku yang patut tanya kau soalan tu." Aku menyilangkan tangan ke dada.

"Well, Aidan asked me to come."

Kenapa Aidan nak ajak perempuan ni datang rumah pula? Tak ada perempuan lain dah ke?

"Apa kaitan kau dengan Aidan, eh?" soalku cukup tak puas hati.

Elisa senyum sinis. Belum sempat dia menjawab, satu suara dari belakangku menyampuk.

"Lis, kau nak gerak sekarang ke?" Aidan sudah lengkap berpakaian ingin keluar. Dia langsung tak pandang aku.

"Taklah. Lusa!" jawab Elisa sarkastik membuatkan Aidan gulingkan mata serta tawa kecil. Malas lagi ingin melihat kemesraan mereka berdua, aku beredar ke bilik air.

Air mataku tumpah laju. Aku tahu Aidan marahkan aku tapi perlu ke dia cari peneman lain waktu kami bertegang?

Menyesal pula aku datang sini semata-mata untuk pastikan dia dalam keadaan baik, sedangkan dia ada banyak pengganti yang boleh ceriakan dia kembali berbanding aku. Aku sepatutnya nampak itu dari awal.

Harini memang tak sekolah. Aku beria buat kerja rumah semalam sebab nak elak dari berfikir fasal Aidan aje.

Selesai mandi, aku pakai pakaian yang sama juga sebelum pulang ke rumah nenek.

Apabila aku tiba di rumah, terlihat Maya dan Adam sedang bermain dengan paip air di hadapan rumah. Bukan main seronok lagi bergelak ketawa. Aku cemburu dengan mereka berdua.

"Hoi, Mia!" Adam menegurku. Aku spontan tertoleh dan senyum.

"Sinilah!" panggil Maya pula.

"Tak apalah. Aku nak tukar baju dulu. Aku join korang nanti."

Tipu. Aku sebenarnya langsung hilang tenaga nak bercakap dengan sesiapa pun hari ni. Kalau boleh aku nak berkurung di dalam bilik dan menangis sepanjang hari.

×××

Malam tu aku rasa lapar pula. Semua dah tidur. Jam di telefon menunjukkan jam 1 pagi. Berpuluh mesej dan panggilan yang aku tak terjawab harini. Telefonku dibiarkan cas. Aku nak tengok youtube nanti senang.

Aku menyalakan lampu dapur untuk mencari snek di dalam pantri. Aku ambil keropok sebelum ke ruang tamu dan menonton televisyen. Drama bersiri Hemlock Grove terpapar pada skrin. Fuh, sedap mata memandang Roman Godfrey ni.

Aku baring sambil mengunyah. Minggu ni aku rasa kehidupanku seperti manusia normal semula. Tiada ancaman dari dunia mistik. Aku rasa lebih aman.

Tombol pintu utama tiba-tiba bergoncang membuatkan aku spontan bangun dari pembaringan. Jantungku berdebar. Mataku tak teralih dari pintu, menanti apa yang muncul di sebaliknya.

"Maya, kau ni takutkan aku aje!" jeritku.

"Shush!" Maya meletakkan jari telunjuknya pada bibir. Aku langsung membaringkan diri semula di atas sofa.

Maya datang ke arahku dan melabuhkan punggung di atas lantai. Dia meletakkan pek darah di sebelahnya sebelum mengambil salah satu daripadanya untuk diminum.

"Lama ke kau pergi rumah Alex?" Aku mati-mati fikir Maya tidur. Berani pula minah ni keluar malam-malam buta demi sesedut darah.

"Aku singgah aje kutip darah. Tadi aku dapat yang fresh dah kenyang. Ni stok untuk esok in case tak ada orang esok. Sepi sangat Lakewood ni."

Bad Beta ✔Where stories live. Discover now