tiga puluh-satu

1.2K 107 2
                                    

Terkejut aku apabila aku ingin memusingkan kunci apartment Aidan, pintu tersebut terbuka terlebih dahulu.

Rambut Aidan basah menutup dahinya. Wajahnya bersih dari lebam dan pakaiannya baru. Dia memakai baju biru berlengan panjang serta tracksuit hitam Adidas.

Beg kertas yang terisi makanan semua dirampasnya dari tanganku. Dia mahu membawa bekas kertas yang terisi dengan yogurt tapi aku mengelak.

"Banyak pegang nanti tumpah. Langsung tak boleh makan." Aku membuntangkan mata ke arahnya. Dia pura-pura takut dengan amaranku lalu bergegas ke dapur.

Semua kutleri sajian sudah tersedia di atas meja bulat dan kerusi terletak kemas bertentangan. Semangat aje budak ni bab makanan.

Tanpa menunggu sebarang kata dariku, Aidan melakukan apa yang patut. Burger dikeluarkan dari kotak dan diletakkan ke atas pinggan. Begitu juga dengan kentang goreng. 

Gelas yang tersedia tadi diletakkan semula ke tempatnya apabila dia menyedari set yang aku beli sudah tersedia minuman dalam bungkusan cawan. 

Aku pula menyimpan yogurt ke dalam peti sejuk. Itu untuk manisan sekejap lagi.

"Apa yang lama sangat tu? Duduklah, Mia!" Aidan tak menyabar lagi lalu menarik tanganku ke meja makan. Kami duduk di tempat duduk masing-masing.

Aku menyambar minuman coca cola dan menyedutnya. Hilang rasa dahaga tekakku. Mulut Aidan sudah penuh dengan kentang goreng. Sudah habis, dia terus mengigit besar burgernya.

Selera sungguh. Seminggu tak makan. Aku tak hairan kalau Aidan selapar raksasa sekalipun.

Aku mengunyah perlahan sahaja makananku walaupun aku lapar. Penat sangat balik sekolah tadi. Kerja sekolah malam ni bergunung lagi.

Aku fikir nak siapkan kat rumah Aidan ajelah. Aku tak mahu pulang. Aku serik jikalau aku tinggal Aidan dan sesuatu buruk terjadi padanya.

Kami menghabiskan makanan dengan senyap. Setelah selesai, Aidan menindih pinggannya denganku untuk dibawa ke singki.

Tapi aku tarik tangannya untuk duduk semula. 

"Yes?" Aidan menjongket kening.

"Janganlah rush sangat. Kau tak payah buat kerja dapur. Nanti aku yang tolong." 

"Kau dah belikan makanan untuk aku, Mia. Turn akulah pula." 

"Kau pasti yang kau dah okay?" Aku risau sangat-sangat. Tadi dia nampak sungguh lemah. Lepas makan, bertenaga sampai tak cukup tanah nak buat kerja.

"Aku okay." Aidan mengangguk dengan senyuman. 

Aku melepaskannya dan dia pun menuju ke singki. Telefonku tiba-tiba berdeting menandakan mesej masuk.

Dari Adam.

Kau nak bermalam kat rumah Aidan ke apa?

Haah. Kau kasi excuse apa pula kat nenek kali ni?

Aku tak tipulah. Aku cakap yang kau temankan Aidan.

Nenek tak tanya apa-apa ke?

Aku bagitahu benda sebenar and nenek faham.

Aidan macam mana? Dah okay ke?

Dah. Aku teman dia makan. Tapi, dia still tak nak buka cerita.

Aku syak ni fasal parents dia la, weh.

Asal?

Dia gaduh banyak kali dengan ayah dia sebelum ni. 

Bad Beta ✔Where stories live. Discover now