Mulutku ingin membuka bicara tetapi udara antara aku dan Maya terlampau canggung. Bukannya malu tetapi aku tiba-tiba rasa seram melihat rupa paras Maya yang lebih kurang seiras denganku.
Rasa macam tengok cermin.
Hanya satu yang membezakan kami berdua iaitu warna mata.
Maya memiliki sepasang mata hazel manakala aku pula warna coklat.
Senanglah orang nak bezakan kami berdua.
Setibanya kami di rumah nenek, aku menyusuli orang tuaku masuk ke dalam rumah. Maya pula berjalan di belakangku.
"Mia!" Nenek yang menjemput kami di muka pintu lantas menarikku dalam pelukan.
"Maya!" Kemudian tangannya menarik pula kembarku yang tiba di sebelah.
"Maya rindu tempat ni." Maya memutuskan pelukan kami dengan nenek.
"Nenek lagi rindu kamu, Maya. Kawan-kawan kamu pun."
Kawan-kawan Maya pun kawan-kawan aku juga.
Tapi, aku sudah pun buang diorang. Diorang masih anggap aku kawan ke?
"Diorang dah nak balik sekolah kan nanti?"
"Ha'ah lagi satu jam, Adam baliklah. Duduklah sini lama sikit. Sempatlah jumpa dia." Nenek menarik Maya untuk duduk di atas sofa.
Sinar kena palau sungguh terang di sini. Aku dah agak yang nenek akan manjakan Maya lagi berbandingku.
Iyalah, siapa yang paling duduk lama dengan nenek, itulah yang nenek sayang. Aku ni perangai dah cukup hodoh. Suka buat nenek marah. Celah mana nenek nak sedekah kasih sayang pada aku?
Urgh, patheticnya aku bunyi macam terdesak ingin mendapatkan perhatian!
Menyampah pula aku tengok nenek dan Maya lancang berbual seakan aku tak wujud di situ.
Baik aku tidur aje. Penat semalaman membangang bersama Alex.
Aku mendaki anak tangga ke tingkat atas.
"Mia, nak pergi mana?" soalan mama tidak menghentikan langkahku.
"Jangan risau! Mia dah tak lari rumah! Nak tidur aje!" jeritku sebelum menghempas pintu bilik.
Mataku sudah kuyu. Terjun sahaja ke atas katil, aku lelap serta-merta.
×××
Tidurku terganggu apabila aku terasa juntaian rambut yang menutup dahiku dicangkuk ke belakang telingaku lalu diusap lembut.
Entah siapa yang kacau tidur aku ni. Penatlah aku nak melayan. Aku masih mengantuk.
Dengan mata masih terpejam rapat, aku menginjakkan tubuhku menjauhi manusia itu.
Hujung katilku kembali ringan apabila gerangan manusia itu bangun dari katil. Aku terdengar pintu bilik diibuka dan ditutup rapat semula.
Bagus, dia dah pergi. Tapi, siapa dia?
Aku tak dapat kesan baunya kerana aku masih lemah. Pendengaranku juga tidak berfungsi dengan baik sekarang. Mungkin ambil masa lagi 2 jam untuk pulih.
YOU ARE READING
Bad Beta ✔
Werewolf[ C O M P L E T E D ] Hari pertama di Lakewood lagi Mia sudah menjadi saksi peperangan puak serigala dan puak vampire di Lakewood. Tanpa disedarinya, dia telah menjadi seekor Beta tanpa mengetahui Alphanya. Hidup sebagai seorang ahli pasukan sorak d...