sembilan-belas

1.3K 141 38
                                    

"Kau tahu tak dia cakap apa?" tanyaku kepada Cairiel sebaik saja membuat pembayaran di kaunter Baskin Robbins. Seterusnya, kami pun berjalan keluar meninggalkan kedai aiskrim itu.

Kami berdua saja jalan-jalan di mall memandangkan aku bosan petang Khamis tu. Satu mall ni je yang wujud di pekan Lakewood. Jadilah keluar daripada mereput kat rumah.

"Apa?" Cairiel menyoal kembali.

"Nanti umur 18 tahun, kau tahulah." Aku membuat suara mimik Aidan. Cairiel tergelak.

"18? Tak silap aku birthday Aidan minggu lepas kot. Dia baru je turned 18." Cairiel mengurut dagunya.

"Asal korang tak sambut?" tanyaku, pelik. Aku, logiklah tak wish sebab tak tahu. Diorang ni senyap je dari minggu lepas. Tak ada pun nak rancang celebration ke apa.

"No," Cairiel geleng kepalanya.

"Aidan bencikan birthday, weh. Dia tak bagi kitorang sambut. Aku ingat lagi masa umur dia 15, kitorang buat surprise kat apartment dia. Dia terus blah and tak cakap dengan kitorang dalam dua minggu."

Aku menggaru pipi yang tidak gatal apabila mendengar cerita Cairiel. Baran Aidan sampai tahap macam tu. Lagi teruk daripada aku merajuk. Padahal, kawan-kawan dia cuma nak berseronok je. Perlu ke bereaksi sampai macam tu?

"Ei, jahatnya! Kalau aku kawan dia time tu, aku dah buang dia, weh. Dia fikir this world only revolves him ke nak bebal setiap masa?" omelku. Hatiku masih bersisa dengan kemarahan semalam.

"Entahlah. Aidan has always been Aidan. Dia memang secretive dari dulu. Not to mention, dia ada daddy issues. Mungkin sebab tulah dia react things in different way. Tapi, kitorang okay je berkawan dengan dia."

Mendengar Cairiel membela kawannya, aku rasa menyesal pula cakap buruk fasal Aidan depan dia. Aku bukannya tak suka Aidan tapi perangai dia buat aku meluat kadang-kadang.

"Macam mana korang cope dengan perangai dia?" Aku menyuap aiskrim peppermint ke dalam mulut.

"Simple je. Jangan buat apa yang dia tak suka."

"Contohnya?" Keningku terjongket.

"Satu, celebrate birthday dia. Dua, cakap fasal family especially tentang ayah dia. Ketiga, suruh dia open up fasal masa lalu dia. Dia paling pantang tiga benda tu."

Demand betul Aidan ni, mengalahkan perempuan. Aku pun tak sampai tahap tu.

"Macam mana kau tahu semua ni? Dia bagitahu?"

Cairiel menggeleng. "Kitorang pernah buat and dia naik angin every time. Lepas sekali buat, serik aku."

Okay. Tapi tu tak kurangkan rasa marah aku terhadapnya. Dia masih lagi menyimpan rahsia daripada aku.

"Kau serious ke nak tanyak Raykal straight foward fasal benda tu?" bisik Cairiel.

"Mestilah. Esok aku nak tanya. Aku dapat rasa memang dialah."

"Goodluck! Nak aku teman?"

"Hmm boleh juga. Kau datanglah library sekolah malam esok, pukul 8."

Bad Beta ✔Where stories live. Discover now