dua puluh-sembilan

1.2K 120 11
                                    

Tidur nyenyakku terganggu apabila kedengaran bunyi tapak kaki di luar bilik. Bukan langkah yang tenang tetapi dia berlari. Pintuku tidak tertutup jadi aku dapat lihat sekilas pintasan bayangan hitam yang melintasi bilikku.

Segera aku bangun dari katil walaupun sedikit gementar. Tak pernah lagi aku berjumpa dengan hantu di dalam rumah nenek. Takkanlah malam ni tiba-tiba muncul, kan? Tak logik.

Aku terdengar pintu utama dihempas kuat. Terhenjut bahuku. Aku toleh ke pintu bilik Maya dan ianya terbuka luas. Sahlah Maya yang keluar!

Laju langkahku keluar daripada rumah. Selipar siapa entah yang aku sarung. Termengah-mengah aku lihat kiri dan kanan jalan yang sepi. Hanya cahaya lampu menemani.

Aduh, mana Maya pergi?

Macam orang gila aku berjalan pada jam dua pagi, melilau di sekitar kawasan kejiranan. Kelibat Maya langsung hilang dari pandanganku.

Patutkah aku berhenti mencari?

Tapi, aku sungguh ingin tahu ke mana Maya pergi. Mungkin dia sedang mencari mangsa.

Pekan Lakewood selalunya dah mati waktu sebegini. Tak mungkin ada yang boleh membekalkan makanan kepada Maya. 

Rumah Alex?

Okay, mungkin aku patut pergi sana. 

Dalam pyjamas.

Menggunakan teleport serigalaku, dalam dua kelip mata aku sudah tiba di kawasan rumah Alex. 

Tekaan aku tepat apabila aku ternampak Maya sedang menekan loceng berkali-kali. Aku bersembunyi di dalam semak samun berdekatan dengan pagar rumah.

Pintu masih tidak terjawab oleh sesiapa. Aku pun rasa kesian dengan Maya. Seluruh tubuhnya menggigil. Mungkin kerana hari ini dia belum dapat stok darah.

Setelah berkali-kali cubaan, pintu itu dibuka oleh gadis berambut biru. June namanya seingat aku. 

"Maya? Asal kau datang sini balik? Alex tak ada." Geleng June. Maksudnya, hampir semua penghuni rumah itu mengenali Maya.

"Aku bukan nak jumpa Alex..." Maya mengeluh. "Well, aku nak jumpa dia tapi kalau dia tak ada tak apa. Aku just nak darah, please."

Senyuman senget terbit di bibir June apabila dia mengimbas Maya dari atas ke bawah. 

"So, kau dah fully transform. I see."

Sudah terang lagi bersuluh kalau Maya nak darah tu, dia dah jadi vampirelah. Apalah yang lembab sangat June ni!

"Yeah, unfortunately." Maya kedengaran kecewa seakan dia tidak menerima takdir yang dia sudah menjadi makhluk lain.

Siapa aje nak terima diri mereka dalam situasi baru macam ni? Lagi-lagi apabila kau terpaksa ubah selera dari makanan normal kepada darah sahaja. Seksanya!

"Masuklah," ajak June dan Maya pun akur. 

Aku boleh aje pasang telinga dari sini tapi aku ingin melihat pergerakan mereka. Tak puas mendengar semata-mata.

Aku keluar dari semak samun dan berjalan perlahan-lahan ke tepi rumah. Nasib baik rumah ini tiada langsir. Di dalamnya juga bercahaya terang. Aku bercangkung di tepi tingkap.

Bad Beta ✔Where stories live. Discover now