Aku dan Adam berjaya keluar melalui tingkap bilik Adam selepas satu jam menunggu nenek tidur mati. Jariku menekan loceng rumah Cairiel berulangkali sementara Adam memerhati kawasan sekeliling.
"Lima minit je lagi. Kenapa tak datang esok je?" soal Cairiel dengan penuh sarkastik sebaik saja dia membuka pintu.
Aku menolaknya ke tepi lantas melangkah masuk ke dalam rumahnya selamba. Adam membontoti aku dari belakang dengan senyap.
"Aku makan jugak kau nanti!" mataku dijegilkan ke arah Cairiel yang terkaku di tepi pintu.
"Dah, cepatlah!" Dia menelan air liur lalu mengejar langkahku yang turun ke ruang bawah tanahnya.
Aidan masih bermain dengan telefonnya walaupun tangannya sudah digari dengan rantai besi. Zafril tak datang kerana dia perlu menyiapkan projek sekolah dengan girlfriend dia, Syasya. Entah siapa Syasya pun aku tak kenal. Adam bagi tahu nama je.
"Woi, sini!" Cairiel memanggil aku sambil tangannya melambai-lambai ke satu sudut yang terletak di sebelah kiri.
Aku digari oleh rantai besi yang panjang sementara menunggu detik 12:07 tengah malam.
× × ×
Penglihatanku bertukar kepada sepenuhnya warna kuning. Sedar-sedar saja aku di dalam hutan, kelaparan. Padahal aku dah makan malam dengan nenek tadi.
Aku berlari sekuat hati dengan memijak dedaun kering yang berguguran di atas tanah. Deria bau aku mula merangsang. Aku dapat bau daging yang datang dari arah timur. Langkah aku dipercepatkan lagi.
Sungai yang deras aku berjaya lintasi. Aku pun tak pasti macam mana aku boleh jadi laju macam ni sekelip mata. Yang aku pasti aku berlari dalam tubuh serigalaku.
ZASSS!
Satu anak panah tercucuk pada sebatang pokok yang aku lepasi. Aku memperlahankan larianku kerana terbau daging manusia. Derapan langkahku diiringi dengan degupan jantungku yang berdetak laju.
Mataku menajamkan pandangan ke sekeliling. Aku dapat melihat dengan jelas seorang manusia, berpakaian hitam dari bahu hingga ke hujung kaki. Dia memegang alat memanah seraya mengimbas sekeliling untuk menetapkan sesaran.
Akhirnya, sepasang matanya bertembung denganku. Tangannya melepaskan anak panah ke arahku. Tidak sempat aku bertindak, senjata tajam itu menikam tubuh serigalaku dari tepi. Aku terus jatuh terbaring dan mengaduh kesakitan.
Pemburu tadi berlari mendekati aku. Aku tak mampu bangun lagi kerana tubuhku terlalu lemah. Panahan itu membuatkan nafasku tidak teratur. Aku berharap sesiapa sahaja yang muncul akan menolongku.
"GRRR!"
Muncul seekor serigala hitam menerkam pemburu tadi. Walaupun pandangan aku kabur, aku dapat lihat serigala hitam itu berjaya menakutkan lelaki tadi sehingga dia terkial-kial bangun dari jatuhnya.
Setelah lelaki itu berlalu pergi, serigala tubuh hitam itu mendekati aku yang lemah terbaring di atas dedaun kering. Matanya melihat anak panah yang menembus tubuhku. Taringnya dikeluarkan lalu dia mengigit hujung batang anak panah yang terjuntai keluar.
ZAPP!
"Ahh!" Serigala aku terjerit apabila anak panah itu berjaya ditarik keluar daripada tubuh. Aku terpejam mata rapat, menahan kepedihan yang makin menyucuk-nyucuk di perut. Termengah-mengah aku mengambil nafas.
YOU ARE READING
Bad Beta ✔
אנשי זאב[ C O M P L E T E D ] Hari pertama di Lakewood lagi Mia sudah menjadi saksi peperangan puak serigala dan puak vampire di Lakewood. Tanpa disedarinya, dia telah menjadi seekor Beta tanpa mengetahui Alphanya. Hidup sebagai seorang ahli pasukan sorak d...