satu

3.5K 265 20
                                    

"Mama, tolonglah bagi satu je lagi peluang kat Mia. Mia promise akan betulkan semuanya!Tak perlulah nak hantar Mia pergi rumah nenek! Kat sana bosan tahu tak, mama? BOSANNN!" Biji mataku terbeliak ke arah mama.Beberapa kali merayu kepada mama pun, dia masih mengaibakan aku.

"Memang bosan! Mama pun bosan dengan janji palsu kamu setiap kali mama bagi peluang. Lima peluang mama bagi pada Mia, semua Mia hancurkan! Mama takkan main game dengan Mia lagi."

"What game are you talking about, ma? Mia tak main game dengan mama. Mia just nak mama faham yang karier Mia in the future, bergantung dengan kehidupan Mia di sini," jelasku kepada mama dengan tenang. Mama hilang kata-kata dan melarikan jemarinya ke rambut.

"Papa, tolong bagitahu yang papa tak sokong benda ni..." aku memandang papa yamg duduk tenang di atas sofa.

"Mia, ini semua untuk kebaikan Mia sendiri. Bukannya papa atau mama," balas papa.

Aku menggulingkan mata, tidak percaya yang papa juga ingin membuangku dari rumah ini. Sebelum ni papa sering menjadi tulang belakang aku. Tetapi kenapa bukan sekarang?

"Macam mana, pa? Mia tak nampak masa depan kat kampung nenek. Kat sana mana ada Wi-fi, mana ada mall! Macam mana Mia nak hidup kalau rumah keliling hutan je?" bentakku geram.

"Itulah apa yang mama cuba buat dengan Mia. Mama dan papa tak nak Mia enjoy sangat hidup sampai lupa tanggungjawab Mia. Mia tak tahu nak mendisiplinkan diri! Keluar setiap malam, bergaul dengan jantan mana entah lepastu ponteng sekolah, ponteng kelas?! Apa nak jadi dengan Mia ni?"

Aku menggaru telingaku apabila mendengar hujah mama yang agak panjang. Tak berbuih ke mulut orang tua ni asyik nak bercakap je? Semak betul hidup aku dengan orang macam ni.

"Mama tak penat ke kongkong hidup Mia? Mama dengan papa asyik keluar siang kerja dan malam baru balik! Papa dan mama ingat Mia tak penat ke hidup sorang-sorang?! Bosan tahu tak?!"

Terlopong mulut mama apabila aku berani meninggikan suara di hadapannya sebegitu. Tiba-tiba papa bangun daripada sofa dan satu tamparan kuat hinggap di wajahku. Aku memegang pipiku yang pedih dan tertunduk. Air mataku mula bertakung di tubir mata.

Dari ekor mataku, aku dapat lihat papa sedang merenung aku dengan wajah bengisnya. Aku diam tak berkutik, tergamam. Sampai hati papa buat aku macam ni.

Perlahan-lahan aku mengangkat wajahku kepadanya.

"Puas hati, papa?" sinisku. Papa seakan baru kembali ke alam realiti. Dia menarik dan menghembuskan nafasnya perlahan sebelum cuba menyentuh tanganku yang berada di pipi namun aku pantas menepis.

"Jangan sentuh Mia. Mia bukan anak papa lagi!" ucapku buat kali terakhir sebelum menapak keluar daripada rumah agam tersebut. Tidak terkejut apabila papa tidak mengejarku dari belakang. Air mata aku mencurah-curah mengalir keluar. Tamparan papa masih terasa pedih.

Aku menekan loceng rumah Aidil yang berada di beberapa blok sahaja daripada rumahku. Aku mengesat air mataku supaya ianya keting sedikit. Setelah dua kali aku tekan, Aidil pun muncul di muka pintu dengan rokok di bibirnya.

"Mia? Kenapa kau menangis?" tanya Aidil seraya mencapai tanganku, mengajak aku masuk ke dalam rumahnya. Setelah menutup pintu di belakangnya, Aidil memegang bahuku dan menundukkan kepalanya sedikit untuk bertentang mata denganku. Namun, aku mengelak kerana air mata tak berhenti mengalir di wajahku.

"Sini..." Aidil terus menarik aku dalam dakapan dan menggoyangkan tubuhku ke kiri dan ke kanan. Walaupun kami tak bercakap apa-apa, aku rasa tenang apabila dalam tangannya. Air mataku membasahi wajahnya tetapi dia tidak menolak aku malah terus mengenggam aku.

Kemudian dia membawa aku ke sofa dan menyuruh aku duduk. Tisu di atas meja dia hulur dan aku pun mengambilnya. Air mata di pipi segera aku lap sebelum menggumpalkannya dan mencampakkannya ke atas meja.

"Mia, kenapa? Siapa buat kau? Bagi nama, aku cari dia sekarang."

"Papa. Bongok betul! Dia tampar aku!" Geram aku terlepas. Wajah Aidil yang serious tadi terus menjadi tawar.

"Dia tampar kau? Sebab?"

"Sebab aku tengking dia."

"Dan kau tengking dia sebab?"

"Sebab dia cakap aku bukan anak yang baik."

Aidil menepuk dahi. "Yang kau pergi tengking dia dah kenapa? Ayah kau tu, haih..."

Dahiku berkerut memandang Aidil. Aku fikir dia akan sokong aku tapi kenapa dia nak berpihak kepada lelaki yang dah buang aku macam sampah?

"Oh, so kau nak pick side dia sekarang?"

"A... ak... aku buk-"

"Males are sick, I swear to god." Aku terus bangun daripada sofa, bersedia untuk meninggalkan ruang tamu tersebut.

"Tu bukan maksud aku, Mia. Dengar..." Aidil memegang tanganku.

"Fuck off, you guys sama je!" tempisku. Aku berjalan ke hulu dan hilir di dalam ruang tamu, memikirkan keputusan apa yang aku perlu buat. Papa dah buang aku dan begitu juga dengan Aidil. Memanglah Aidil tak cakap terang-terangan tetapi dia tunjuk. Tak ada sesiapa dah nak layan perangai aku kecuali nenek!

"Mia, sini. Aku minta maaf, okay?" pinta Aidil. Aik, tiba-tiba baik pula. Aku memang susah nak memahami lelaki.

Aku kembali duduk di sebelah Aidil dan merenung siling. Dari ekor mataku, aku sedar yang Aidil sedang menatap aku.

Dia datang dekat denganku dan memberi beberapa kucupan di leher dan naik ke rahangku sehingga ke bibir. Namun aku mengelak.

Inilah helah Aidil jika aku merajuk atau sedih. Dia fikir yang dia boleh buat aku hilang tekanan dengan melakukan sebegitu. Selalunya aku akan termakan. Malangnya, bukan kali ini.

"Aku kena pergi," beritahuku kepada Aidil lalu menapak ke luar rumah. Aidil memanggil aku muka pintu tetapi aku langsung tidak menoleh.

Dia pun tak mengejar jadi, aku pun berjalan kembali ke rumah aku perlahan-lahan. Nak masuk pun kena tebal muka kerana apabila aku membuka pintu, mama dan papa masih berbual di ruang tamu.

Kedua-dua mereka berpaling ke arahku. Aku mengelakkan pandangan mereka berdua dan terus naik ke tingkat atas untuk ke bilikku.

Beg roda berwarna biru cair aku ambil dan menanggalkan zipnya. Segala jenis pakaian aku masukkan ke dalam beg. Tidak lupa juga alat solekan di atas meja. Setelah selesai, aku menuruni tangga dan terserampak dengan mama.

"Eh, Mia nak pergi mana?" soal mama.

"Rumah nenek."

"Jomlah Mama hantarkan."

A fresh start would change the whole thing.

***

so aku just tukar the girls cherry cakey scene dengan Aidil bcs scene tu cringe but idk if this is also cringe.

Bad Beta ✔Where stories live. Discover now