lima

1.9K 205 25
                                    

Aku mengeluh dan terpaksa membontoti Aidan dari belakang. Langkah aku terpaksa dilajukan kerana dia berjalan terlalu pantas.

"Nama aku bukan Beta. Mia!" Aku menampar bahunya kasar. Matanya berwarna merah sebaik saja menoleh ke belakang, mengunci mata kami berdua. Langkah kami terhenti.

Aku terkejut dengan perubahannya yang begitu statik. Maksud aku, macam mana dia buat tu?

"Mata kau." 

"Aku tahu." Dia mengedip kelopak matanya sekilas dan ia berubah seperti asal semula. Coklat cair.

How the hell?

"Wow, apa kau ni? Manusia ke binat..."

"Shush..." Telunjuknya diletakkan pada bibirku. Aku serta-merta mendiamkan diri.

"Kau pun ada jugak. Tapi bukan warna macam aku. Kau warna kuning. Cuba kau kedipkan mata kau."

Aku menurutinya walaupun aku tidak mahu. Ada sesuatu dalam tubuhku yang membuatkan aku akur dengan perintahnya.

Aku mengedip mataku sekali dan membukanya. Tiada perubahan.

"Tengok telefon kau."

Aku memandang pantulan wajahku pada skrin telefon yang gelap. Hanya bebola mataku berwarna kuning keemasan yang terang-benderang.

Aku seakan tidak percaya lalu memandang Aidan semula.

"Macam mana aku ada benda ni? Whoaaa, this is ruining my life.Aku tak nak hidup dengan mata war..."

"Shush, don't." Sekali lagi telunjuknya hinggap pada bibirku membuatkan aku terundur ke belakang sedikit.

"Gigitan yang kau dapat adalah keistimewaan yang orang lain tak ada. So, hargailah." tambahnya dengan suara yang cukup membuat berdegup laju berbanding kebiasaan.

"Apa kkk... kau merepek ni?"

"Ada tiga tahap serigala jadian which are Alpha, Beta dan Omega. Bila Alpha gigit kau, kau akan jadi Beta. Bila kau gigit sesiapa, orang tu akan jadi Omega." Satu persatu jari di tangan kanannya ditegakkan.

"What the fuck? Kau tak bergurau kan? Aku serigala?" Suara aku naik seoktaf.

Aidan pantas menekup mulut dan hidungku dengan tangannya. Tak bergurau weh, aku dapat bau aroma campuran vanilla dan daun pudina. Wangi.

"Jangan cakap kuat-kuat tentang serigala. Kau nak kita kena tangkap?" Aidan merendahkan suaranya. Dia menarik tangannya semula apabila mempercayai yang aku takkan sebut kuat-kuat lagi tentang serigala.

"Kenapa kena tangkap pulak? Bukannya kita buat salah pun?"

"Sebab kita tak normal, Mia. Manusia fikir yang kita binatang liar."

Aku tak boleh tahan daripada tertawa mendengar nada Aidan yang terlalu serious. Aduh, belum apa-apa lagi dia dah mengkategori aku dan dia serigala.

"Aidan, kau bunyi macam orang gila. Dahlah!" Aku menolaknya ke tepi dan terus berjalan ke hadapan. Namun Aidan mengejar dan memberhentikan aku.

"Mia, kau kena ambil benda ni serious. Kau jangan cuba untuk buat benda macam kau buat kat hallway tu tadi." Dia menyalakan matanya berwarna merah. Serta-merta aku takut dengan pandagannya itu dan menunduk patuh.

"So, aku apa?" tanyaku.

"Apa?"

"Kau cakap serigala ada tahap bla...bla..bla..."

"Beta. Tapi kau bukan Beta aku. Kau Beta orang lain."

Baru aku nak marah dia yang gigit aku masa dalam hutan haritu. Sakit siot bahu aku serigala tu gigit.

Bad Beta ✔Where stories live. Discover now