dua puluh-empat

1.3K 127 6
                                    

Nasib baik Alex tak menahan aku dari pulang. Aku selamba sahaja berlari keluar meninggalkan rumah agamnya tanpa mengucapkan sebarang kata terakhir.

Aku tiada masa untuk melayan sesiapa sekarang ini. Kepalaku penuh dengan Maya. Aku risau sangat-sangat jika dia bertukar menjadi makhluk jijik seperti Alex. 

Kalau mama dan papa tahu kedua-dua anaknya sudah menjadi binatang buas, benda pertama yang mereka akan buat adalah menghalau kami dari rumah. 

Ironinya, aku pun sudah terbiar walaupun hidup sebumbung dengan mereka dahulu. Kalau kali ni mereka nak buang lagi, aku jadi kebal.

Bertempiaranlah aku dengan Maya dalam belantara luas. Aku dan Maya pun tidak sempat berkenalan. 

Aku ragu-ragu yang kami akan berbaik.  Dengar dari Cairiel, Maya budak baik. Aku dahlah kurang ngam sikit dengan budak skema. Setakat membuli dirang tu bolehlah.

Aku berjalan di sepanjang kawasan perumahan yang aku kurang familiar. Langkahku tiada arah tuju sekarang ini. Aku cuma fikir cara untuk aku pulang ke Firewood.

Tak boleh tunggu sampai hujung minggu ni. Dah sebulan Maya berhenti minta venom dari Alex. Ada kemungkinan dia dah bertukar jadi vampire.

Kalau Maya jadi vampire sekalipun, macam mana dia bertahan di Firewood tanpa stok darah? Mama dan papa tak hairan ke kalau Maya tak keluar rumah di siang hari?

Pfft, mama dan papa tak pernah kisah fasal Maya pun sebelum ni. Mustahil mereka nak ambil berat tentang Maya sekarang. Maya tak pernah rapat dengan mereka sejak kecil.

Sedar atau tidak, aku kini sudah tiba di pekan Lakewood. Nak cari jalan pulang sekarang memang tak berfungsi otak aku. 

YourGuts menjadi tempat perhentian sementara aku. Aku seluk poket seluar dan ada baki kepingan duit sekolah.

Tak cukup untuk bayaran segelas yogurt. Ah, pandai-pandailah aku bodek tauke YourGuts tu nanti.

Haruman yogurt epal seperti pertama kali aku menjejakkan kaki ke dalam bangunan ini masih kekal. 

Berkerut dahiku apabila pelanggan yang memenuhi tempat duduk di kaunter memandangku atas hingga bawah. 

Serabai sangat ke aku baru bangun tidur?

Tanpa menghiraukan mata-mata mereka, aku memesan segelas yogurt asli. Tak berselera tekakku ingin minum yang berperisa.

Lambat-lambat aku suap ke dalam mulut yogurt itu. Tak ada selera sangat tetapi aku perlu ambil sarapan. Nanti perut masuk angin, mahu meraung aku menahan perit.

Cukuplah aku penat berfikir sahaja.

Siapa yang paling berfungsi untuk bawa aku ke Firewood sekarang?

Dengan mama dan papa aku dah ego. Aku tak mahu nampak terdesak di hadapan mereka berdua.

Aidan menjadi targetku pada mulanya teapi kami baru sahaja bergaduh sebentar tadi di rumah Alex. Itu semua salah Aidan. Dia yang buat darah aku menyirap. Kalau dia tak datang tadi, aku takkan bertengkar dengannya.

Semalam dah bergaduh dan harini makin teruk hubungan aku dengan Aidan. Memang taklah Aidan nak tolong aku.

Adam pun sama. Aku masih berdendam dengannya lagi. Sakit hati sebab dia tipu aku selama ni. Aku nak mogok dengannya.

Cairiel? Lagilah tak ada kaitan langsuung dengan dunia serigala. Lagipun, dia lembab pick up dan banyak tanya. Aku malas nak mengulang beratus kali penjelasan situasiku kepadanya nanti.

Zafril entah lesap ke mana. Apa aje dia boleh buat untuk aku?

Hidupku rasa kosong seperti dompetku.

Pertama kali aku merasai kesunyian yang tak mampu dibendung. Tiada bunyi yang memenuhi ruang minda kecuali suaraku dan serigalaku.

Mana pergi orang yang aku pernah kenal dalam hidup selama ni? Mereka dah tak ksah tentang aku kot.

Atau aku yang terlalu brutal menolak mereka pergi dari hidupku?

Selalu sangat aku bertindak guna emosi. Aku tak peduli tentang akibat yang aku bakal tanggung.

Sekarang baru kau nak menyesal, Mia. Padan muka kau. Dah hilang semua orang baru kau nak insaf!

Eh, serigala ni nak aje aku belasah sampai lumat. Nasib baik tinggal dalam badan aku juga. Tak nak aku sakitkan diri sendiri.

Orang di sebelah aku pun telah meninggalkan kaunter. Aku masih mengacau baki yogurt yang memenuhi cawan.

Jam dinding aku kerling dan menunjukkan jam 11 pagi.

"Akak, harini hari apa?" soalku kepada pelayan yang sedang mengutip gelas di atas kaunter.

"Isnin."

Macam mana aku boleh lupa yang aku sekolah harini?

Tak apalah aku pontenglah sehari. Entah mengapa aku rasa rugi tidak menghadiri sekolah seperti manusia normal. Aku jadi manusia dulu pun suka ponteng sekolah.

Bila dah jadi serigala, aku lebih rela pergi ke sekolah dan belajar daripada merayap tak tentu hala. Banyak benda pula tu kena fikir.

×××

S

udah tengah hari tetapi aku masih berjalan mencari hala tuju ke rumah nenek.

Tiba-tiba ada sebuah kereta  berhenti di tepiku. Aku pun menoleh kerana kereta tu aku kenal. Bukan penculik.

Mama dan papa.

Mama keluar daripada tempat duduk penumpang dan terus mendapatkanku. Dia peluk aku kuat tapi aku tidak membalas. Aku tidak teruja untuk berjumpa dengan mereka pun.

Tapi, mereka boleh tolong bawa aku ke rumah nenek.

"Mia, nenek call mama semalam sebab Mia tak balik. Mia pergi mana, sayang? Mama risau, nenek risau and papa pun. Mama tahu banyak sangat silap mama pada Mia. Tolonglah, maafkan mama," rayu mama masih tidak melepaskan pelukan kami. Bunyi esakkan mama bertiup di telingaku.

Dah aku hilang baru ada hati perut nak cari, huh?

Ikutkan hati, aku nak bertengkar. Tapi, aku dah terlalu penat sampai malas nak mengungkit isu dengan mama dan papa.

Mia, diorang dah minta maaf. Baik kau maafkan aje. Sampai bila kau nak bergaduh?

Adakalanya serigalaku ini betul-betul berfungsi.

"Mama," aku menjarakkan kami berdua supaya aku dapat tatap wajahnya.

"Mia dah maafkan mama. Mama janganlah nangis. Mia hilang sekejap aje ambil angin. Mia okay sekarang. Tak ada benda yang nak dirisaukan." Aku cuba memujuknya.

Sedikit sebanyak tangisannya mula reda. Hati aku pula yang tersentuh bila melihat mama nangis kerana takut kehilangan aku.

"Terima kasih, Mia. Walau mama tahu mama tak layak untuk minta maaf tapi mama bersyukur sebab Mia bagi peluang kepada mama."

"Mama bagi peluang untuk Mia berubah juga, boleh?"

Mama mengesat air matanya sambil tertawa.

"Boleh. Kita balik Firewood. Mama, papa, Mia and Maya. Kita akan jadi family semula."

Maya. Aku nak sangat jumpa dia.

Tapi, aku tak bersedia nak tinggalkan Lakewood lagi.

"Okay."

"Dah, jom masuk kereta." Mama menarik tanganku lalu membuka pintu di tempat duduk belakang untukku.

Terbuntang mataku apabila menyedarii bukan aku seorang yang menghuni tempat duduk itu.

Ada Maya.

×××

korang rasa Maya dah jadi vampire ke belum?




Bad Beta ✔Where stories live. Discover now