sembilan

1.6K 169 13
                                    

"Adila Farah! Tahniah!" Cikgu Milenda menyebut satu per satu nama yang berjaya menyertai pasukan sorak. Sejak aku berbual dengan beberapa orang tadi, mereka cuba sertai pasukan sorak hanya kerana untuk menambah markah kokurikulum. Kebanyakan antara mereka adalah senior seperti aku.

Menurut mereka, bukan mudah untuk layak masuk ke dalam pasukan sorak. Lagi-lagi jika Elisa yang mengetuai tryouts. Nasib baik harini Cikgu Milenda ada.

"Akhir sekali..." Cikgu Milenda berjeda, sengaja mencipta suspen.

"Mia Ammara!"

Aku mara ke hadapan dan tepukan gemuruh bergema dalam stadium itu. Aku tersenyum lebar seraya menghantar jelingan tajam kepada Elisa. Dia tidak memandang aku tetapi wajahnya jelas yang dia tidak berpuas hati.

Cikgu Milenda memberitahu tentang praktis seterusnya bakal berlangsung. Kemudian, kami pun bersurai. Aku bercadang ingin mandi sebelum pulang ke rumah. Balik nanti aku boleh rehat sedikit. Penat betul harini.

Aku menghantar pesanan ringkas kepada Adam, bertanyakan keberadaannya sekarang. Dia berada di padang sekolah, menunggu Aidan tamat latihan. Harini Aidan bertugas untuk membawa kami berdua pulang ke rumah kerana Adam lupa membeli tiket kereta api.

Beg galasku disumbat ke dalam loker. Aku mencapai sehelai tuala putih yang juga disediakan di dalam loker tersebut. Cemerlang sungguh perkhidmatan sekolah ni. Semuanya lengkap.

Aku menjenguk ke setiap kubikel shower, masih penuh lalu punggungku kembali dilabuhkan ke atas kerusi. Aku menoleh ke hadapan dan Diana sedang tersenyum lebar ke arahku. Jantungku terus berdegup laju.

"Hai!" ujarnya, mesra. Aku menghela nafas lega sebelum membalas senyumannya.

"Hai?"

"First of all, saya nak minta maaf fasal perangai Elisa tadi. Mood dia tumbang sikit harini jadi-"

Aku pantas memotongnya. "Nah, aku okay. Jangan risau. I've been there with a bigger problematic bitch so I don't mind kalau setakat Elisa."

Sebelum aku menjadi kapten di Firewood High pun, aku kena kalahkan senior yang perangai macam Elisa tetapi lebih ekstrem.

"Okay. Boleh saya nak nombor awak? In case of ada apa-apa yang saya perlu bantu."

"Sure!" Aku menyerahkan telefonku kepada Diana. Dia mengisi nombornya sebelum menyerahkan kembali telefon itu kepadaku.

"Awak balik pukul berapa?" soalnya. Talkativenya minah ni. Penat pula aku nak bersoal jawab. Tapi tak adalah bosan sangat sementara menunggu giliran mandi.

"Lepas mandi aku baliklah." Balasku sebelum meneguk air kosong dari botol minumanku.

"Awak together dengan Cairiel, eh?"

Tersedak terus aku mendengar soalannya. Diana panik lalu mengusap belakang tubuhku. Tanganku terus menepisnya apabila aku kembali stabil.

"Dengan nerd macam dia? No fucking way!"

Macam manalah otak Diana berfungsi untuk melihat aku dan Cairiel bersama. Ei, gelilah! Dahlah Cairiel tu macam gay je.

"Sorry. Saya cuma assume since korang berdua selalu jalan sama-sama."

Aku tertawa. Tak sangka sampai ke situ Diana boleh fikir. Aku dengan Cairiel baru berkawan dua hari kot. Mustahil aku ada hubungan istimewa dengan dia. Lagipun, Cairiel tu bukan citarasa aku.

Bad Beta ✔Where stories live. Discover now