Aidan 🍭
wey, kau dah tidur ke?
Pesanan ringkas yang aku hantar dua minit yang lalu ditatap kembali. Aku harap dia balas sebab aku teringin merasa daging rusa mentah. Manalah tahu dia boleh teman aku malam-malam buta pergi cari seekor dua. Kempunan sangat nak merasa.
Aku dah tanya Adam tapi dia tak nak ikut. Dia kata aku gila. Lagipun dia nak siapkan kerja rumah yang setinggi Gunung Everest. Malas memaksa, jadi aku biarkan je.
Jam menunjukkan pukul 11 malam. Mustahil Aidan dah tidur!
Sebenarnya, ada je daging rusa mentah dalam peti sejuk tetapi keras. Takkanlah aku nak habiskan stok nenek. Kalau dia tanya, aku kena fikir idea untuk kelentong dia pula!
Telefon aku berdeting tanda mesej baru masuk. Aku berharap ia datang daripada Aidan tetapi dari ianya dari Cairiel.
"Nak apa pula budak ni." Omelku sambil membuka ruangan perbualan Cairiel dan aku.
Cairielhoi
kau dah tanya nenek kau ke fasal gambar tu?belum lagi. thanks ingatkan.
aku dah lupa aku letak mana.tanyalah weh.
aku rasa tu memang kau.
Mia & Maya!aku pun rasa tu aku.
and nama pun ada kaitan.apa nama tengah kau?
Ammara.
kenapa?OMG
OMG
MIAAAAAA!
HOLYSHiT
KAU SERIOUS?aku kata jangan spam bangang.
OKAY TAPI
NAMA TENGAH MAYA IS ALSO AMMARA
WTFbut weh sesiapa je boleh guna nama Ammara tu as their name.
kau tak rasa something's fishy ke?
iras muka, gambar, nama tengah.
KORANG TWINS!Kembar? Dah hilang akal ke apa Cairiel ni? Aku anak tunggal mama dan papa, mana mungkin aku ada adik-beradik lain. Kalau Maya tu kembar aku sekalipun, kenapa diorang tak pernah bagitahu aku tentangnya? Takkanlah aku kena tanya dulu baru diorang nak jawab.
Telefon aku letak di sisi katil dan disambung dengan pengecas. Aku bangun daripada katil untuk menuju ke luar bilik. Tangga kayu aku turun perlahan-lahan supaya tidak menghasilkan bunyi yang kuat.
Setibanya di dapur, aku membuka peti sejuk dan mengambil sekotak jus mangga. Aku tuangkannya ke dalam gelas sebelum melangkah ke ruang tamu. Lampu dihidupkan.
Aku duduk di hadapan almari yang terkumpul album di dalamnya. Aku mengeluarkan satu per satu album lalu membeleknya sehingga aku menjumpai satu album yang khas untuk mama dan papa.
Kebanyakan dalam album tersebut mengandungi gambar mereka sebelum dan selepas kahwin. Aku lihat gambar percutian mereka ke Itali, Sweden dan beberapa buah negara yang terkenal.
YOU ARE READING
Bad Beta ✔
Werewolf[ C O M P L E T E D ] Hari pertama di Lakewood lagi Mia sudah menjadi saksi peperangan puak serigala dan puak vampire di Lakewood. Tanpa disedarinya, dia telah menjadi seekor Beta tanpa mengetahui Alphanya. Hidup sebagai seorang ahli pasukan sorak d...