dua puluh-enam

1.2K 121 14
                                    

"Mia, Maya, ready to leave?" Mama turun dari tingkat atas menyoal semasa aku, Maya dan Adam menonton filem di ruang tamu.

Aidan, Cairiel dan Zafril sudah kembali ke pangkal rumah masing-masing.

"Ma, boleh tak Mia nak stay sini?" Pertanyaan mama aku balas dengan soalan.

"Maya pun!" jerit Maya.

Aku tertoleh ke arah Maya yang duduk di kanan Adam. Bersungguh-sungguh dia angkat sebelah tangannya. Adam telah terlena di atas bahu Maya.

"Maya, baju awak semua kat Firewood. Nak pakai baju siapa duduk sini?"

Aku kena bagi Maya duduk sini denganku. Itu sahaja cara aku boleh monitor dia.

"Ha'ah la betul juga. Kalau maca-"

"Maya boleh pinjam baju Mia. Tak ada hal la, ma." Aku menjongket bahu.

"Okay, baguslah kalau Mia fikir macam tu." Mama mengangguk. Papa pula menyusul turun di belakang mama.

Kalau bukan sebab aku nak korek rahsia Maya, memang takkan sekali pun aku bagi baju-baju mahal itu sentuh kulit Maya. Takut dirosakkan olehnya.

Mereka memeluk Maya terlebih dahulu sebelum aku.

"Mama, papa... boleh tak Maya nak habiskan final year kat sekolah sini? Lepas tu baru balik ke Firewood?" pinta Maya tiba-tiba.

Lama mama dan papa pandang Maya. Wajah mereka masing-masing keliru ingin berbuat keputusan.

"Yeah, why not? Lagipun, lagi senang sebab Maya dah kenal almost semua orang kat sini. Kitorang pun boleh luangkan masa sama-sama!" jawabku dengan teruja untuk meyakinkan mama.

Mulut Maya tidak tahu menjawab. Aku senyum kepadanya dan dia senyum balik. Mungkin kami ada pemikiran yang sama. Cuma ambil masa nak disambungkan.

"Betul tu, ma!" Maya bersetuju denganku. "Inilah masa Maya nak kenal-kenal dengan Mia."

Mama dan papa saling berpandangan. Cepatlah buat keputusan mama! Jangan tolak cadangan aku!

"Okay, you girls dibenarkan tinggal sini. Once the final year is done, you both go home," putus papa.

Aku dan Maya masing-masing bersorak gembira. Aku ingin memeluknya tetapi Adam pula menghalang.

"Mama seronok sangat tengok Mia dan Maya get along! I will miss you girls!" Mama mendepakan tangannya, menunggu pelukan lagi sekali dari aku dan Maya.

Kami berdua faham sangat dengan aksi mama lalu bangkit dari duduk dan memeluknya lama.

"Papa, sinilah! Family hug!" Maya memanggil papa yang menunggu di tepi daun pintu.

Aku kenal papa bukan jenis yang suka pelukan. Tetapi kali ini dia mendengar kata Maya.

It finally feels like home again.

×××

Hari Jumaat adalah hari pertama aku dan Maya ke sekolah bersama-sama. Aku, Maya dan Adam menaiki kereta api. Sejuk pagi itu kerana hujan.

Asyik terbersin sahaja Adam setiap 15 saat. Aku yang tengok hidung dia merah pula penat. Kesian sungguh.

Maya menjadi sumber tisu Adam. Aku tengok Maya ni care sangat fasal Adam. Cara mereka berbual pun nampaklah mereka rapat sebelum ni.

Bad Beta ✔Where stories live. Discover now