lapan-belas

1.4K 148 18
                                    

"Mia, I'm sorry but, you tak ada partner so you just jadi simpanan in case if one of us tak boleh attend that day." Beritahu Elisa lalu meletakkan papan klipnya di atas kerusi. Aku tak percayalah perempuan ni.

"Seriously? Bukan ke cikgu pilih cukup-cukup?" Aku terus mengambil papan klip itu daripada kerusi. Senarai nama itu aku teliti satu persatu dan namaku kosong tanpa partner untuk majlis pemilihan pemain ragbi nanti.

"Is this a fucking joke?" Mataku mencerlung Elisa tajam. "Kau sengaja kan tak nak letak aku dalam list?"

"Eh, tengok sendiri dengan mata kau. Tak ada sesiapa nak partner dengan kau," desis Elisa dengan muka tidak bersalah.

Dia fikir aku bodoh ke? Dia fikir aku tak tahu yang dia bencikan aku sejak hari pertama aku sertai pasukan sorak ni? Disebabkan itulah dia nak cari fasal dengan aku je tak habis-habis.

"Okay then. Buatlah apa kau suka. I'm out of this team!" Aku mengalas beg sekolahku yang lembik tanpa buku di kerusi sebelum melangkah keluar daripada stadium mini itu.

Apabila aku menolak pintu sahaja, muncul Aidan yang kelam-kabut berlari ke arahku. Lariannya terhenti apabila terlihat aku di muka pintu. Baju putihnya penuh dengan tompokkan coklat dan rambutnya sedikit basah. Mesti dia dari padang.

"Elisa ada kat dalam ke?" soalnya.

"Ha'ah," jawabku acuh tak acuh. Dah kenapa tergesa-gesa dia cari Elisa? Skandal baru?

"Okay, thanks," ujarnya lalu melangkah masuk, meninggalkan aku tercengang di muka pintu. Urgh, apahal semua Elisa dapat semua attention harini?

Aku, siapa nak bagi?

Geram, aku menghentak kaki untuk meluru keluar daripada bangunan tetapi aku terdengar perbualan Aidan dan Elisa dari dalam stadium.

"Eh, aku lupa isilah. Ada kosong tak?" Itu suara Aidan.

"Ish, kau ni lembab la. Dia dah keluar team dah pun!"

"Siapa?"

"Mia."

"Oh, tak apa. Tulis je nama aku. Nanti aku cakap dengan dia."

"Okay."

Aidan partner aku? Ah, entah aku boleh fokus ke tak nanti. Harap tak memalukan.

"Mia!" panggil Aidan yang tiba-tiba keluar daripada stadium. Aku spontan tertoleh ke belakang.

Aidan berlari anak dan berhenti di hadapanku. "Kau dengar kan apa aku dengan Elisa cakap?"

"Macam mana kau tahu?" Dahiku berkerut. Ekspresi Aidan kosong seperti dia tidak mempunyai jawapan untuk soalan aku.

"Err, ala tak pentinglah." Kepalanya digelengkan. "Tapi, kau okay je kan aku jadi partner kau?"

More than okay, actually. Gatal sungguh serigala aku ni!

"Okay je. At least, practice aku sebelum ni tak sia-sia. Thanks, Aidan." Aku senyum.

"Yeah, you're welcome." Aidan mengenyitkan matanya. Naik gila aku kat situ sampai rasa nak menjerit. Demi menjaga maruah, aku hanya menggulingkan mata, menyampah melihat Aidan jadi flirty semacam. Padahal suka.

Bad Beta ✔Where stories live. Discover now