enam

1.8K 193 7
                                    

"Aku tak jumpa loker akulah. Nombor 98 kat mana eh?" soalku, lalu mengangkat punggung daripada kerusi.

Selepas kelas Biologi tadi, aku dah cuba cari tapi sesat. Bila tengok jam, dah pukul 9:30 pagi dan aku dah lambat untuk kelas Bahasa Norway. Aku batalkan jelah niat nak cari loker.

"Loker kau sebelah Si Cairiel ni ha. Lama dah loker sebelah dia tak berpenghuni." Adam menjuihkan mulutnya ke arah Cairiel yang sedang menikmati makanan bekalnya.

"Cairiel, tolong bawakan aku, please..." rayuku sambil menarik-narik lengan sweatshirtnya.

"Ya, kau sabar jap. Bagi aku habiskan makanan dulu," ujar Cairiel dengan mulut yang penuh. Nasib baik aku faham bahasanya.

Setelah menunggu selama 10 minit, aku dan Cairiel menaiki tangga untuk ke tingkat dua bangunan. Di hallway itu banjir dengan pelajar-pelajar yang sedang berbual di loker berdekatan.

"Ini loker kau. Tu loker aku." Telunjuk Cairiel dihalakan ke sebelah kiri kami sebaik saja kami berhenti betul-betul di hadapan barisan loker-loker berwarna biru terang.

Loker aku seperti yang dikatakannya masih elok, tiada kesan calar mahupun contengan. Kalau ingin dibandingkan dengan Cairiel punya, pintu lokernya sudah tercalar.

Aku membuka loker dengan memasukkan kod loker yang telah diberikan oleh kerani tadi. Buka-buka sahaja loker, berdarah mata aku dibuatnya. Contengan perkataan negatif berlambak di dalamnya. Bila baca pun rasa naik amarahlah.

"What the fuck? Ni ke loker aku?"

"Oh, budak sebelah aku ni selalu kena buli. Sampaikan pembuli dia pun tahu password loker dia. Itulah yang jadi buruk tu. Tapi, dia kawan baik aku. Alaaa, nama dia yang kitaorang selalu panggil kau tu." Jelas Cairiel.

"Maya?"

Nama pun macam skema. Memang sah kena buli.

"Yup. Dia sekarang duduk dengan family angkat dia dekat Firewood. Muka kau ada iras dia so that's why kitaorang ingatkan kau the new Maya. Nampaknya, kau bukan sebab Maya takkan berani pukul pembuli dia kat tengah-tengah hallway tu."

Sebenarnya, aku pun buli orang suruh buat kerja sekolah aku. Itu adalah salah satu faktor kenapa aku boleh ambil mata pelajaran yang budak otak Einstein. Padahal sel-sel otak aku tak bersambung pun.

"Simpanlah barang-barang kau. Nanti lambat lagi." Cairiel menyentak lamunanku. Aku menyumbat segala harta benda yang menyemak dalam beg ke dalam loker. Hanya bekas alat tulis dan buku Matematik aku simpan di dalam beg.

Setelah mengunci loker, Cairiel mengajak aku bersiar-siar di persekitaran sekolah. Kami menuruni semula tingkat satu. Cairiel menolak pintu kayu jati sebuah bilik lalu masuk ke dalamnya.

Apabila menapak masuk sahaja, mata aku terus dijamah oleh pelbagai artikel dari surat khabar dan majalah yang tertampal pada dinding. Dekstop yang berada di tengah-tengah bilik itu diduduki oleh lelaki berbeanie biru.

Zafril sedang menatap skrin komputer sambil jari-jemarinya menaip laju di atas papan kekunci. Dia mengangkat wajah selepas terlihat kami memasuki bilik tersebut.

"Bro, busy lagi ke?" tanya Cairiel sambil membelek-belek surat khabar yang bertimbun di atas meja.

"Macam biasalah. Aku dah pecat semua pekerja. Jadi, aku kenalah terima nasibnya." Jawab Zafril, mengeluh lemah.

"Ha? Serious? Asal?"

"Yelah. Dah diorang semua lembab macam siput babi je." Luah Zafril, langsung tidak mengalihkan wajah tegangnya dari skrin komputer.

Bad Beta ✔Where stories live. Discover now