dua puluh-tujuh

1.2K 121 7
                                    

Pagi tadi Joana, aku dan beberapa ahli pack pergi memburu. Boleh tahan banyak juga hasil tangkapan kami. Enam ekor rusa.

Memandangkan hidup berkumpulan, kami semua kena berkongsi sumber makanan. Aku ni dahlah jenis kedekut.

Tak puas kalau seekor kena berkongsi dengan tiga ekor serigala yang lain. Itu aku makan untuk lunch.

Petang pula aku mempelajari seni mempertahankan diri bersama Joana. Sukar untuk aku melepaskan diri darinya kerana dia mengawal ketat pergerakkanku.

"Hit me again, Beta!" cabar Joana.

Kaki aku diangkat untuk menendangnya perutnya tetapi Joana tangkas mengelak. Peluh menitis laju di tepi dahiku. Aku kena fokus!

Aku mara lalu tanganku menghayunkan tumbukan pada wajahnya. Seperti biasa Joana menunduk. Aku terlepas lagi.

"Janganlah lemau sangat, Mia. Kau kena cepat tangkap gerakan aku!" marah Joana.

Aku tak rasa nak pukul dia.

Aku rasa putus asa.

"Macam mana? Aku tak motivated la nak buat semua ni," keluhan terlepas dari mulutku.

Joana mengesat peluh yang basah di wajahnya dan melangkah dekat denganku.

"Aku tahu yang kau masih tak rela untuk masuk pack ni, kan?" Joana meletakkan sebelah tangannya ke atas bahuku.

Aku mengangkat wajah untuk bertentang mata dengannya.

"Ya. Kenapa kau kena paksa aku buat semua ni?"

Bibir Joana mengoyak senyuman. Matanya memandangku dengan penuh harapan.

"Sebab kau istimewa, Mia. Cuma kau yang tak keluarkan lagi keistimewaan dalam diri kau tu. Aku nak tolong kau gunakan kuasa kau semaksimum yang mungkin!" kata-kata Joana seperti mengalirkan semangat dalam diriku.

Aku nak guna kuasa yang terperangkap dalam diri aku ni. Aku bukan sekadar nak wujud hanya sebagai serigala.

Aku ingin jadi seekor serigala yang berkuasa, kuat.

Aku tidak mahu dipandang lemah oleh Maya.

Mataku dipejam sejenak sebelum menghembuskan nafas lega.

"Thanks, Joana. Aku cuba."

"That's a wolf spirit!" Joana menepuk bahuku.

"Sekarang aku ajar kau step by step. Tengok dan ikut."

×××

"Joana, boleh tak aku nak guna telefon kau? Line telefon aku langsung tak function!" Pintu pejabat Joana aku tolak selamba untuk masuk ke dalam.

"Aku tak dengar kau ketuk." Joana tidak memandangku kerana dia sedang mengenakan pakaian pada tubuh.

Aku undur beberapa tapak ke pintu semula dan mengetuk 3 kali.

"Masuk."

Setelah aku masuk, dia pandang aku dengan kening terangkat. Aku pun pandang dia dengan ekspresi yang sama.

"So, boleh tak?" Soalanku memecah hening.

"Calls apa yang penting sangat tu?"

Bagi aku pentinglah sebab nak bagitahu Aidan untuk datang pick up aku waktu sneak out nanti. Harap tak kantoilah.

"Nak bagitahu kawan aku yang aku kena cancel plans," tipuku.

"Kau boleh guna telefon rumah kat bawah," beritahu Joana.

Bad Beta ✔Where stories live. Discover now