Kami berlima pulang ke rumah nenek untuk makan tengah hari. Nenek telah meninggalkan masakan buat kami semua sebelum di keluar membeli barang keperluan di rumah yang telah kehabisan stok.
Siapa lagi kalau bukan yang menghabiskan makanan dalam pantri tu kecuali Adam. Aku makan daging dalam peti sejuk je.
Setelah menuangkan jus epal ke dalam lima gelas, kami pun mengambil tempat masing-masing di sekeliling meja.
"Mia, semalam kau lari hutan tu kau jumpa sesiapa tak?" tanya Cairiel seraya meletakkan seketul paha ayam di atas pinggannya. Aku yang sibuk mengunyah pun terhenti.
Tanganku spontan menyentuh luka pada bahagian kanan perutku. Aku tertunduk melihatnya. Lubang itu sudah menjadi parut. Cepatnya sembuh.
"Kenapa? Sakit perut?" tegur Adam di sebelahku. Aku mengangkat wajah dan menggeleng. Mata mereka semua tertumpu ke arahku, menanti untuk aku bercerita.
"Semalam aku kena panah dekat perut."
"Ha? Serious? Sakit tak?" Cairiel membuntangkan matanya ke arahku, panik.
"Masa mula-mula kena tu sakitlah. Nasib baik lepas tercabut tu aku tukar jadi manusia."
"Siapa cabutkan?" tanya Aidan. Aik, dia ni buat tak tahu ke macam mana?
"Kau kan yang cabut? Lepastu kau blah tinggal aku naked kat dalam hutan sorang-sorang."
Tu teori yang aku terfikir semasa bermandi-manda di tasik tadi. Yelah, aku tahu Aidan dan aku je serigala terlepas semalam. Ada serigala lain yang bebas juga ke?
"Mana ada aku cabutkan. Merepeklah kau." Aidan menyambung suapannya.
Keliru aku ditinggalkan dengan tanda tanya. Kalau bukan Aidan, serigala mana yang terlepas semalam? Yang peliknya, serigala tu tak cakap apa-apa dan terus tinggalkan aku.
Eh, tapi serigala mana bercakap!
Tapi serigala boleh bercakap pakai minda.
"Siapa atau apa yang tolong cabutkan?" Soalan Aidan menyentak lamunanku.
"Entahlah, weh. Aku nampak dengan mata kasar aku tu serigala bulu hitam lebat. So, aku assume tu kau yang mabuk ketum tinggalkan aku." Balasku dan meneguk jus epal.
Aidan meletakkan pisau dan garfunya di atas pinggan. Dagunya ditongkat dengan tangan.
"Aku rasa kan... tu Alpha kau."
Tersembur habis jus epal yang aku teguk tadi ke wajah Cairiel yang duduk bertentangan denganku.
"Ew, Mia!" rengek Cairiel.
Aku terbatuk-batuk cuba mengambil nafas. Huluran tisu daripada Adam aku ambil dan mengelap mulutku. Setelah reda, aku kembali memandang Aidan.
"Alpha aku? As in serigala yang gigit aku?"
Zafril mencelah. "Yes. Aku ada baca yang Alpha boleh tahu kalau Beta dia dalam kesusahan. Tak mustahil tu dia."
Aku rasa nak menjerit. Kalaulah aku tak kena panah malam tadi, aku dah boleh kejar Si Alpha tak guna tu. Aku nak confront dia tentang hal gigit haritu. Walaupun dia tak boleh ubah apa-apa, aku masih nak balas dendam setimpal dengan apa yang dia dah buat kat aku. Dia dah rosakkan teenage years aku!
YOU ARE READING
Bad Beta ✔
Werewolf[ C O M P L E T E D ] Hari pertama di Lakewood lagi Mia sudah menjadi saksi peperangan puak serigala dan puak vampire di Lakewood. Tanpa disedarinya, dia telah menjadi seekor Beta tanpa mengetahui Alphanya. Hidup sebagai seorang ahli pasukan sorak d...