tiga puluh-lima (finale)

1.2K 117 9
                                    

Masa berdetik terlalu pantas. Meninggalkan memori aku dan semua kawan-kawanku di Lakewood. Berat hatiku untuk pulang ke Firewood. 

Kalau boleh, aku ingin meneruskan kehidupan di Lakewood. Suasananya lebih tenteram berbanding di Firewood. 

Kami berenam berjumpa di YourGuts malam itu buat kali terakhir. Mama dan papa membawa nenek ke rumah rakannya. 

Entah bila aku boleh kembali ke Lakewood semula. Aku akan merindui segala-galanya yang aku cipta di sini.

Aku menolak pintu kaca utama YourGuts dan melilau mencari kelibat Aidan di dalam ruang diner. 

Apabila melihat Zafril melambai tinggi di meja tepi tingkap, aku menarik tangan Maya menuju ke meja yang sudah dipenuhi dengan keempat-empat jejaka itu.

Maya menarik dua buah kerusi dari meja dua tempat duduk dan dihulurkan sebuah kepadaku. Aku meletakkan kerusi itu di bucu meja sebelum melabuhkan punggung di atasnya.

"Dah order ke?" tanyaku seraya mengambil buku menu yang terbiar di atas meja.

"Belum. Kitorang tunggu koranglah." Cairiel merungut dengan wajah masam mencukanya.

"Ish, asal tak order awal-awal? Korang juga yang dahaga tunggu kitorang lama-lama," sampuk Maya.

"Eh, kitorang okay aje tunggu kau dengan Mia. Si Cairiel ni ha tak menyabar sangat." Adam bersuara dan menjuihkan mulutnya ke arah Cairiel. 

Aku geleng perlahan dan tertawa. Haih, malam nak berpisah pun masih sempat lagi nak buat hal. Tak jumpa terus lepas ni baru tahu!

Hubungan aku dan Cairiel sudah dibaiki. Tidaklah terasa sangat dengan gurauan kecilnya. Lagipun, Cairiel cuma jadi dirinya sendiri. Kebudak-budakan.

Dari ekor mataku, aku dapat rasakan seorang pelayan menghampiri meja kami. Apabila aku toleh ke sisi untuk melihat wajah itu, seluruh tubuhku kejung.

Sepasang mata itu merenung aku dalam. Sudah lama aku tidak menatap wajahnya sehingga aku lupa yang dia masih wujud. 

Aku langsung tak menjangka Aidil sanggup ke sini untuk mencariku. 

"Err, kitorang boleh tolong apa-apa ke?" Aidan mencelah, mematikan renungan antara aku dan Aidil. 

"Mia, jom keluar sekejap." Suara Aidil mendatar. Bulu romaku meremang mendengar suara yang sekian lama aku tinggalkan.

Mungkin Aidil layak menerima sedikit penjelasan. Kali terakhir aku dengannya, aku tinggalkan penuh kecelaruan.

"Okay." Aku bangun dari duduk.

"Mia, siapa dia?" Tangan Aidan menarik lenganku. Riak wajahnya jelas risau.

"Aku jelaskan nanti." Aku menolak tangan Aidan.

"Kau better explain semuanya, outside." Aidil berbisik di telingaku sebelum keluar daripada diner. Mataku tidak fokus pada Aidan malah mengekori langkah Aidil yang berjalan di luar bangunan. 

Aidil menuju ke parking lot.

"Aku datang balik nanti. Sekejap aje, aku janji." 

Aidan mengigit pipi dalamnya. Ragu-ragu lagilah tu dengan aku.

"Percayakan aku, please." Pujukku.

"Okay."

Mendengar kata putus Aidan, aku belari anak menuju ke parking lot. Dari jauh aku dapat lihat gerangan Aidil bersandar di motornya sambil menyilangkan tangan ke dada.

"Hey," tegurku. Aidil mengangkat kepalanya untuk bertentang mata denganku.

"Selama ni kau kat sini tapi kau tak pernah bagitahu aku."

Bad Beta ✔Where stories live. Discover now