Telefonku asyik berdering di dapur kabin. Punggungku terlalu malas untuk bangun dari duduk. Kami semua seronok bergelak tawa di sekeliling unggun api di luar kabin, bermain permainan truth or dare.
Semua ada di sini kecuali Aidan. Jadi, dia ke sini semata-mata untuk menghantar beer?
Dah bekerjaya sebagai delivery man kot.
"Mia, telefon kau dah bising sangat tu. Macam urgent." Maya mengadu. Penat jadi makhluk yang peka dengan bunyi.
"Malaslah."
Maya mencerlungkan matanya ke arahku, bertegas untuk aku menjawab panggilan itu. Mesti dia penat dengan bunyi berdering itu sejak tadi. Aku pun sama.
Dengusan terlepas dari mulutku seraya aku menolak tangan Cairiel yang tergantung pada leherku. Telefonku bercahaya di atas kabinet.
Melihat nama yang tertera di skrin cukup untuk buat aku mendengus kali kedua. Hidupku baru sahaja aman tanpa berita dari Joana.
Masa aku berseronoklah dia nak menganggu.
Melihat panggilan itu takkan termati selagi aku tidak menjawabnya, aku tahu Joana takkan putus asa.
Dengan terpaksanya aku menekan ikon hijau pada skrin sebelum diletakkan di telinga.
"Apa yang kau buat sampai tak nak jawab telefon?" sergah suara garang Joana. Aku jarakkan sedikit telefonku dari telinga. Risau gegendang aku tercemar.
"Dah jelas kan aku tengah berseronok tanpa kau."
"Wow, berseronok tanpa pack?"
"Look, aku tak perlukan pack untuk have fun."
"Datanglah sini. Malam ni full moon. Aku nak kau duduk sini. We're going for a hunting."
Perutku bergelora tiba-tiba. Sungguh aku laparkan daging rusa mentah. Tapi, aku tidak mahu merantau bersama Joana. Aku nak berseorangan.
"Aku tak ada mood nak bertukar malam ni."
"As if you got a choice."
Joana bercakap penuh yakin. Dia tidak mengetahui lagi rahsiaku.
"I do. Aku dah ada moonlight amulet dan aku boleh pilih."
Setelah itu, aku matikan telefonku terus. Tiada sesiapa boleh menghubungi aku lagi. Bukan masanya untuk bertengkar.
Aku kembali di sebelah Cairiel yang melihatku dengan kerutan di dahi.
"Siapa?" soalnya sebelum meneguk beer di tangan.
"No one." Gelengku, malas.
"Habis tu kau tak jawab call?"
"Bukan hal kaulah. Diam!"
"Kenapa kau macam ni lately?" suara Cairiel bengang.
"Macam ni, macam mana?" Keningku bertaut memandang Cairiel.
"Kau berubah sangat. Tak macam Mia yang aku kenal."
Cairiel nak cakap yang aku berperangai lebih teruk?
Aku selalu dah macam ni. Inilah diri aku yang sebenar. Degil, ego dan baran.
"Fuck off. Kau tak kenal aku langsung!"
Panas aku lama-lama di situ. Melihat wajah Cairiel sahaja buat aku ingin mencakarnya. Aku boleh koyak dagingnya dan panggang. Baru aman dunia aku tanpanya.
Aku mengangkat punggung untuk meninggalkan bulatan unggun api. Tidak menoleh ke belakang lagi, aku berjalan masuk ke dalam hutan.
Mungkin aku hanya perlukan udara untuk tenangkan api yang membara. Aku tak perlu bunuh orang malam ni. Setakat binatang bolehlah.
![](https://img.wattpad.com/cover/123289127-288-k754102.jpg)
YOU ARE READING
Bad Beta ✔
Werewolf[ C O M P L E T E D ] Hari pertama di Lakewood lagi Mia sudah menjadi saksi peperangan puak serigala dan puak vampire di Lakewood. Tanpa disedarinya, dia telah menjadi seekor Beta tanpa mengetahui Alphanya. Hidup sebagai seorang ahli pasukan sorak d...