dua puluh-lapan

1.2K 120 14
                                    

"Aku tahu kau keluar semalam." Joana menegurku sewaktu aku melintasi pejabatnya. Langkahku terhenti lalu aku toleh sekilas ke arahnya.

"Kau memang tak takut?" Joana kini berdiri di hadapanku dengan tangannya disilangkan ke dada.

Aku tersengih sinis. "Takut kau?"

"Kau dah melampau tahu? Kau sepatutnya ikut peraturan aku!" Joana menunding jari ke dadanya. "Aku ketua dalam puak ni. Kau berjuang untuk puak kau, bukannya berkomplot dengan puak lain!"

"Tak. Apahal kau nak tuduh aku berkomplot dengan puak lain pula? Aku keluar semalam dengan kawan aku aje pun!" bentakku tidak puas hati.

"Aku nampaklah kau keluar dengan serigala jantan tu. Kau jangan buat bodoh tak kenal dia!"

"Serigala? Dia kawan sekolah akulah!" Aku cuba menegakkan benang yang basah. Ala, setakat Aidan serigala seekor, aku boleh guna yang lain untuk backup.

"Kawan sekolah? I'm sure as hell kawan sekolah takkan takut untuk ambil kau depan rumah."

Macamlah aku nak percaya yang Joana takkan bunuh Aidan depan mataku kalau dia ambil aku depan rumah.

Apa bingai sangat otak Joana ni? Aku dah lama bersabar dengan dia. Semalam aku cuba berbaik tapi tengah hari ini sengaja aje dia cari fasal dengan aku.

"Kau yang terlampau mengawal aku, Jo. Kau sedar ke tak? Aku rasa tak selamat untuk duduk dalam pack ni kalau kau tak letak kepercayaan pada aku. Kenapa kau tak bebaskan ahli pack kau sendiri? Kenapa diorang perlu ikut cakap kau sepanjang waktu?" Aku menembak peluru bertubi-tubi. Biar dia punya jantung berlubang banyak.

Aku yakin bukan aku seorang sahaja yang menyimpan perasaan marah ini terhadap Joana. Malah, ahli lain yang sudah bertahun-tahun terperangkap dengan kawalan ketat Joana. Mereka boleh tahan tapi bukan aku.

Aku perlukan konfrontasi.

Joana langsung diam. Mungkin dia menelan kata-kataku. Aku harap dia faham.

Tanpa berkata apa-apa, Joana menghentak kaki masuk ke dalam pejabatnya. Pintu dihempas kuat.

Ratu sentap.

x x x

Cukup masanya aku dikerah tenaga di rumah puak, Joana hantar aku pulang ke rumah nenek. Aku pelik juga kenapa dia tak mogok selepas aku menghentamnya.

Joana layan aku seperti biasa.

Keretanya diparkir di hadapan rumah nenek. Belum sempat aku keluar dari kereta, sebelah tanganku ditahan olehnya membuatkan aku terduduk semula di tempat duduk penumpang.

"Aku dah fikir tentang apa yang kau cakap tu," ujar Joana. Okay, ini bunyi macam berita baik.

"What about it?"

"Aku rasa kau betul. Aku tak sepatutnya kawal ahli pack aku. Aku buat macam tu sebab aku risau dan aku nak diorang disiplin. Tapi, aku silap. Aku buat diorang lagi takut dengan aku. Kalau diorang bertempur pun, diorang buat sebab takut aku marah."

Sepatutnya serigala bertempur untuk memperjuangkan puaknya. Joana terlampau tegas, itu yang aku perhati tentang sikapnya.

"Aku faham kau nak semuanya sempurna, Jo. Kau nak yang terbaik untuk puak kau. Baguslah kau dah sedar yang ahli puak pun perlukan kebebasan." Aku cuba menyedapkan hatinya.

Walaupun aku masih ada setitik kebenciannya lagi padanya kerana menuduh aku melulu berkomplot dengan Aidan.

Aku dengan Aidan lain-lain puak tetapi kami tidak mahu apa-apa selain beraman. Susah nak kekalkanya apabila puak kami bermusuhan.

Bad Beta ✔Where stories live. Discover now