25🍲

115 13 0
                                    

Cahaya yang masuk ke dalam bilik tidur membangunkan aku dari tidur. Aku memisat misat mataku. Aku menoleh ke kiri. Aizad tiada. Pergi mana pula mamat ni?

Aku melangkah turun dari katil lalu masuk ke dalam bilik mandi untuk mandi. Aku memenuhkan air di dalam tab.

Setelah penuh aku mencampak bathbomb pink ke dalam tab. Satu persatu pakaian aku loloskan.

Aku merendamkan badanku ke dalam tab. Aku memejam mata memikirkan hal semalam. Peristiwa semalam masih segar diingatanku.

Setelah puas berendam, aku bangun lalu mencapai tuala yang disangkut di penyakut tuala.

Aku mengelap seluruh tubuhku dengan tuala. Aku mencapai bathrobe lalu memakainya. Aku pergi ke cermin di dalam bilik mandi itu.

Aku melihat diri aku di hadapan cermin itu. Perlahan lahan senyuman aku nipis terukir di bibirku.

Aku keluar dari bilik mandi lalu ke walk in closet aku. Dalam beratus ratus baju hanya satu sahaja baju yang aku ambil.

Aku ambil sehelai tshirt putih dan skinny jeans. Seusai memakai pakaian, aku berjalan keluar menuju ke bilik make up aku.

Aku sekadar bersolek ala kadar dan natural sahaja. Aku menyembur sedikit perfume latest aku dan aku memakai BTS hand cream.

Aku mengambil tas tangan Gucci aku yang berisi macam macam. Aku mencapai kunci kereta aku.

Aku berjalan turun. Sunyi. Kok di mana itu Aizad Fatihi? Di culik ya? Aku terus turun berjalan menuju ke dapur. Eh jap ada note kat peti ais. Aku mengambil note itu lalu membacanya.

Chagi, awak marahkan saya? Erm saya pergi kerja terus ni. Saya ada masakkan awak nasi goreng. Awak makan okay? Sorry kalau tak sedap macam awak masak. Take care.

Aku meletak kembali note itu di tempat asal. Aku berjalan ke ruang makan wuu ada nasi goreng. Yummy!

Aku menarik kerusi lantas menghenyak punggung di atas kerusi itu. Aku menyuapkan satu sudu ke dalam mulut. Aku mula mengunyah sedikit. Aku terkaku sebentar.

SEDAP NAK MAMPUS! KALAH AKU

Mata aku bersinar sinar. Aku terus makan sehingga licin pinggan itu. Selesai makan, aku meletakkan pinggan ke dalam singki.

Ding! Dong!

Loceng rumah aku berbunyi. Tau sangatlah aku siapa yang datang masa ni. Mesti maid aku. Aku membuka pintu. Kan dah cakap! Maid aku.

Dia tersenyum ke arah aku. Aku membalas senyumannya.

"Selamat pagi puan." Ucap wanita tua yang berumur dalam lingkungan 50 an itu.

"Selamat pagi juga makcik." Aku tersenyum.

"Makcik, boleh jagakan rumah?" Soal aku.

"Mestilah boleh. Kenapa?"

"Saya bak balik rumah mama. Makcik jagakan rumah ye?"

"Baik puan." Dia memgangguk faham.

"Saya pergi dulu ya. Jaga diri makcik. Annyeong!" Pamit aku lalu tergelak kecil.

"Baik. Jaga diri puan juga. Hati hati memandu tu. Annyeong!" Tutur dia ramah.

Aku mengangguk lalu menyarung sneakers putih Adidasku dan terus mengorak langkah ke garaj.

Enjin kereta aku hidupkan. Aku memakai seatbelt dan mulakan destinasi. Rumah mama yeay! Rindunya!

_

Aku memakir keretaku betul betul di hadapan rumah. Kelihatan dari luar kereta mama dan Kaizan tergopoh gopoh keluar dari dalam rumah. Aku senyum geli hati melihat gelagat dua beranak itu.

[C] Crush On You Where stories live. Discover now