Aku tersedar saja siling putih. Ehh memanglah siling putih ada ke warna pink? Hah kat hospital lagi. Aku dah cukup bosan duduk sini.
Aku cuba untuk bangun dari pembaringanku. Arghhh!!! Sakitnya kepala aku. Dah berbalut kepala aku. Erm mana pergi semua orang ni? Mata aku meliar sekeliling wad itu.
Klak!
Pintu bilik wad aku dibuka. Serta merta kepala aku tertoleh ke arah makhluk bumi yang buka pintu itu. Aku tersenyum ke arahnya. Dr. Seokjin.
"Hi Mira, how are you?" Soalnya.
"Okaylah sikit." Balasku seraya tersenyum lemah.
"Baiklah saya keluar dulu ya. Awak rehatlah cukup cukup." Pamit dia seusai menulis sesuatu di atas kertas laporan.
Selepas je Dr. Seokjin keluar terus hanat ni muncul. Lahai dia ni caring betul! Ni yang buat aku bertambah sayang kat hanat ni.
"Beb, aku nak jumpa Aizad." Aku terus menyatakan hasratku setelah Syahira melangkah ke arahku.
"Kau larat ke nak jalan ni?" Tanya Syahira dengan kening dijongketkan.
Aku mengangguk.
"Jom."
Aku mula berjalan keluar menuju ke wad Aizad ditempatkan sambil dipapah oleh Syahira. Lek lah hanot aku boleh jalan.
Aku memulas tombol pintu bilik wad itu. Aku melihat sekujur tubuh sedang terbaring sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap melihat keindahan pada pagi itu.
"Awak..." Panggilku.
Dia menoleh.
"Siapa kau?" Tanya dia.
Aku sedikit tersentak.
"Saya wife awak lah." Balas aku.
"Aku tak ada wife." Ujar dia.
"Saya wife awak lah, Mira." Aku menahan air mataku dari tumpah.
"Kau ni tak faham bahasa ke? Aku tak ada wife dan aku tak kenal kau!" Tengking dia.
"Sampai hati awak!" Aku mula mengalirkan air mata. Syahira pula sudah memelukku.
[BGM : Ailee - I will go to you like first snow]
Klak!
Pintu wad dibuka oleh Dr. Seokjin.
"Ahh Mira," Dr. Seokjin menarik aku dan Syahira jauh daripada katil Aizad.
"Kenapa doktor?" Tanya Syahira.
"Saya lupa nak bagitau awak berdua yang Aizad amnesia."
Aku tersentak.
"Tapi jangan risau, nanti dia akan ingat juga cuma dia memerlukan sedikit waktu untuk pulihkan ingatan dia sepenuhnya. Saya pergi dulu ya."
"Terima kasih doktor."
_
Pandangan kosong aku lemparkan ke arah tingkap. Sejak pagi tadi lagi aku tak makan. Syahira terpaksa balik nak urus adik adik dia. Maklumlah dia duduk dengan ayah dia je. Mak dia dah tak ada 2 tahun lepas.
Aku mengalihkan pandangan ke arah semangkuk bubur di hadapan aku ini. Perut aku dah mendendangkan lagu ni. Lapar juga.
Perlahan lahan aku cuba bangun untuk mendapatkan bubur itu. Belum sempat aku ingin mencapai bubur itu, sepasang tangan telah menyambar bubur itu.
Aku mendongak untuk melihat siapa yang hanat pergi ambil bubur aku ni. Dah ahh tengah lapar ni. Mata aku membuntang dan mulut aku ternganga. What the fu- k lek lek tak baik carut carut ni.
Dia Shah Ikmal shibal. Pehal jantan ni tiba tiba muncul? Dia menyuapkan aku sesudu bubur ke dalam mulut aku yang sedari tadi ternganga. Aku mengunyah sedikit lalu menelannya.
"Kau pehal sia tiba tiba muncul macam Ju On pastu suap aku?" Soal aku tak puas hati.
"Aishh kau ni duduk diam diam dah lah." Jawab Shah.
Aku pandang dia dengan wajah tak puas hati. Sumpah aku tak puas hati. Aku ingat ke Aizad datang pujuk aku ke apa tadi.
"Nah makan lagi ye sayang." Shah menyuakan satu sudu lagi bubur.
"Kau panggil aku sayang lagi, aku tumbuk tumbuk muka kau." Aku memberi arahan.
Dia tergelak kecil.
"Garangnya bakal wife aku ni." Ujar dia.
"Siapa bakal wife kau?" Soal aku dengan anak mata aku menikam anak mata dia.
"Kaulah sayang." Dia wink.
Elehh kau wink tak sehebat Zack.
"Kau memang nak kena ehh?" Aku sudah mengangkat penumbuk aku.
"Haa dah lah makan cepat." Arah dia.
Aku jeling dia.
Aizad Fatihi POV
"Shit." Aku mencarut.
Siapa perempuan tu? Kenapa dia cakap yang dia tu wife aku? Arghhh! Makin sakit kepala aku bila ingat balik.
"You?" Panggil Elvina.
"Erm?"
"Kenapa ni?" Soal dia.
"Entah tadi ada perempuan mana entah tiba tiba cakap dia wife I." Tutur aku.
"Gila kot. Dah jangan layan dia lagi. Lepas awak keluar dari sini kita kan nak kahwin dah." Elvina mengusap rambutku.
"El, betul ke you ni tunang I?" Soal aku serius.
"Laa apa awak tanya ni?"
"Takdelah cuma saya rasa kosong bila dengan awak saya tak rasa apa apa pon."
"Dah lah jangan difikir lagi. You tu sakit tak baik sepenuhnya lagi." Elvina tersenyum.
Aku sekadar mengangguk.
SKIP
"Jad, kamu dah okey?" Soal mama prihatin.
"Ahh ma, okeylah sikit." Balas aku.
"Doktor cakap esok kamu dah boleh keluar." Ujar mama.
"Ouh baguslah. Bosan juga Jad kat hospital ni lama lama." Kata aku.
"Kamu dah makan?" Soal mama.
"Dah, El yang suapkan hehe." Aku tersengih.
"El?"
"Yela Elvina. Bakal wife Jad and bakal menantu mama." Balas aku.
Mama menggeleng.
"Aizad Fatihi, Mira tu yang wife kamu. Elvina tu just ex-girlfriend kamu. Cinta monyet thoo." Kata mama.
"Ermm apa apa lah." Balas aku.
"Aihh kamu ni." Mama menggeleng.
Serius aku tak faham dengan semua orang. Kenapa semua orang cakap yang Mira tu wife aku? Padahal Elvina dah cerita semua apa yang dah berlaku kat aku.
Elvina tu tunang aku macam mana aku boleh ada wife? Argh! Sungguh aku serabut. Sakit kepala aku memikirkan masalah ni! Mana satu yang patut aku percaya?
Serius bila aku dengan Elvina aku rasa kosong tak rasa apa apa langsung malah aku dapat merasakan yang Elvina tu bukan tunang aku.
Bila aku berada dekat dengan Mira aku dapat rasa getaran jiwa aku. Aku merasa lebih selesa walaupun aku tak kenal siapa Mira itu. Apa yang dah berlaku sebenarnya? Aku buntu!
End Aizad Fatihi POV
TO BE CONTINUED
Ayokk haa tu Aizad dah amnesia😂
YOU ARE READING
[C] Crush On You
Fanfiction🌸Stastus: Complete 🌸Start; 260817 🌸End; 301217 👉High ranking #197 in fanfiction | 26/12/2017 #162 in fanfiction | 30/12/2017