Yara melepaskan nafas , rasa letih berkerja di kedai makan Mak cik Raiya dari pagi sampai tengah hari , disebabkan ramai pelanggan , dia terpaksa berkerja Keras menolong mak cik Raiya mengemas , mencuci pinggan dan menjadi pelayan.
“ Yara.. Nanti tolong mak cik kemaskan meja sana..lepas ni boleh balik..” Ujar Mak cik Raiya dari dapur.
“ baik mak cik.. Kejap ea..” Jawab Yara dan menyimpan telefon bimbitnya dalam kocek seluarnya.
Yara mencapai kain dan mengemas meja di sudut kedai makan itu.“ eee.. Masuk la , Makanan sini sedap..” Tiba-tiba tiga orang lelaki berpakaian smart masuk kedalam kedai itu. Yara memandang mereka bertiga.
“ ehmm Encik bertiga ni nak datang makan sini ke.. Tapi kedai kami dah nak tutup dah..” Ujar Yara dan senyum kepada mereka bertiga.
“ oh..hi , Tapi tak boleh order ke.. Lapar sangat lah.. Mak cik Raiya mana..” Soal Gary. Yara menunjukkan di dapur sedang mengemas di dapur.
“ mak cik..Sup campur 3, nasi 3 , Chicken cheese , udang Goreng Sup .. ”
“ Udang goreng Sup ??? Wait.. Makanan apa kau pesan ni hah.. Kedai nak tutup dah..jom balik. Kita makan di kedai lain ea..” Arthur menarik tangan Gary dan Isaac keluar dari kedai itu tapi Gary menarik tangan Arthur duduk semula.
Mak cik Raiya keluar dari dapur dan menglangkah kearah mereka.“ hi mak cik Raiya.. Kami nak makan la.. Boleh masak untuk kami.. ?” soal Gary kepada Mak cik Raiya.
“ mak cik bukan tak nak masak untuk kamu bertiga tapi semua dah habis tadi..” Jawab Mak cik Raiya Dan senyum.
“ alah , dah habis pula, tapi mak cik ada Ayam dan Ikan sahaja , kalau nak makan..mak cik masak Ayam Kicap pedas dan Ikan Goreng jelah.. Sayur ada sikit..” Sambung mak Cik Raiya lagi.
“ bersih ke..” Tiba - tiba Arthur bersuara di belakang Gary , Mak cik Raiya memandang Arthur dan senyum.
“ anak muda , Semua makanan yang mak cik sediakan dan masak untuk pelanggan , bersih , kamu jangan risau makan disini..” Jawab Mak cik Raiya dan memberi senyuman kepada Arthur. Yara mencebik bibirnya bila mendengar Arthur cakap begitu depan Mak cik Raiya.
“ Kalau rasa tak nak makan sini boleh pergi kedai mahal.. Sini masakkan kampung je.. ” Yara pula bersuara , rasa sakit hati dengan kata Arthur tadi. Mak cik Raiya menoleh memandang Yara dan menjengil biji matanya agar jangan cari gaduh dengan Arthur.
Arthur memandang Yara dengan pandangan tajam.“ did You know who am i.. ” Soal Arthur tiba-tiba. Gary dan Isaac terus menoleh memandang Arthur bila Arthur melangkah setapak kedepan.
Yara mendengus dan memeluk dadanya.“ siapa kisah kau ni siapa.. Orang kaya ke , siapa ke.. Do i care.. Kalau hati busuk macam ni.. Siapa kisah.. ” Jawab Yara dan membalas pandangan Arthur. Kali ni pandangan Gary dan Isaac pula terarah kepada Yara.
“ oh.. Bila cakap pasal hati busuk ni kan.. Bukan saya seorang je yang hati busuk ni sebenarnya but You too, cakap orang , diri sendiri tak cermin.. Perempuan mulut Longkang..” Balas Arthur. Yara makin sakit hati bila Arthur mengatakan dia perempuan mulut longkak.
“ awak tu lebih mulut longkang lagi..” Jawab Yara . Mak cik Raiya menarik tangan Yara daripada terus bergaduh dengan Arthur.
“ eh You... ” Gary dan Isaac pula menarik Tangan Arthur pergi dari situ. Tidak mahu melihat Arthur bergaduh dengan Yara.
YOU ARE READING
SHE MINE
Romance- She Mine - Pertemuan antara gadis miskin dengan seorang lelaki Jutawan muda yang ego dan bersikap tegas. Adakah mereka akan saling mencintai ? Teruskan membaca novel SHE MINE untuk mengetahui kisah selanjutnya.