She Mine - P3

2.3K 70 0
                                    

Sofia ketawa terbahak bahak bila mendengar cerita Yara bergaduh dengan Arthur.

kau jangan ketawa Sof.. Aku geram betul dengan mamat mulut longkang tu tadi..kalau mak cik Raiya tidak menarik tangan aku tadi.. Eee dah lama tangan aku ni lempang kat pipi dia...” Ujar Yara lagi. Sofia ketawa lagi. Seumur hidup,  Yara tidak pernah marah begitu dengan sesiapa pun dan ini adalah kali pertamanya,  dengan mamat mulut longkang lagi tu.

buat sakit hati je ..” sambung Yara dan melepaskan keluhan.

“ okay.. Aku faham perasaan kau sekarang ni.. Tapi , Aku nak tanya kau.. Kau nak tak kerja jadi pembantu kat pejabat kami.. Kalau nak.. Walk in interview la dengan boss Minggu depan..” Ujar Sofia. Yara diam sejenak.

aku memang la nak Sof , habis , siapa nak bantu mak cik Raiya kat kedai makan dia tu nanti.. Kasian dia.. Dua orang yang kerja dengan dia tu , bukannya boleh diharap sangat.. Asyik minta cuti la..apa lah..” Jawab Yara. Sofia senyum.

“ Is okay.. Awak fikir la dulu.. Boss belum lagi beritahu siapa pun siapa nak kerja jadi pembantu pejabat ni , Boss just beritahu aku je.. Aku kan PA dia.. PA sementara jer.. ” Jawab Sofia , Jawatan Sofia yang sebenarnya adalah , Akauntan di syarikat AA.

“ aku nak , cuma aku kasihan je dengan Mak cik Raiya.. Aku nak cari orang tolong dia nanti.. Then aku walk in interview sana ea..” jawab Yara. Sofia senyum dan mengangguk.

“ bukan apa , aku kasihankan kau Yara.. Setiap kali ada-ada je bapa kau buat kat kau.. Kerja kat kelab karaoke ni bukannya Kerja ok untuk kau , Is not ok for You Yara.. Lagipun awak ni perempuan.. Saya tak suka awak kerja sini lagi.. Kalau awak kerja kat pejabat , sekurangnya awak dapat menampung kehidupan awak dan bapa kau tu.. Gaji $1500 boss bagi..okay la tu.. ” Ujar Sofia , Yara mengeluh dan mengangguk.

“ and dapat juga cari Boyfriend kat pejabat tu.. Cari yang dompet tebal..” bisik Sofia , Yara terus ketawa dan menolak tubuh Sofia , ada-ada je yang Sofia beritahu.

“ belum tentu jamin masa depan la Sof.. Lebih baik kawin je dengan Boss.. Lagi senang..” Jawab yara , Sofia ketawa dan menggelengkan kepalanya.

“ boss tu tak boleh.. Tapi big Boss , CEO Syarikat AA , memang Handsome , Jutawan muda Yara.. Perempuan mana tak suka kan , tapi sayang, dia tu memilih sangat , Umur dah 29 tahun , Dengar-dengar sebab frust dengan first Love , So tak nak la dia bercinta lagi , Kekasih dia tu. ,Model , Kahwin dengan Manager dia sendiri.. Boyfriend mana tak frust kan.. Perempuan tu dah cukup beruntung dah , Boss dahla kaya , semua ada everything ada.. Tapi kenapa dia nak manager dia tu , bukannya kaya sangat pun..” Sofia melepaskan nafas geram bila teringat dengan kisah Arthur dan Jasmine.
Yara senyum dan ketawa Kecil bila melihat Sofia geram bila menceritakan Kisah percintaan Arthur dan Jasmine kepadanya.

Aiii takkan Awak pula marah , alah biar jelah mereka , yang awak sibuk pula ni kenapa , awak suka ea dengan dia.. Cerrrrr.. Ada orang suka boss la..” Yara mula mengusik Sofia , Sofia mencebik bibirnya.

“ Aku tak suka la.. Aku just cerita dengan awak..tapi aku geram perangai si perempuan ni.. Tak tahu untung.. ” Jawab Sofia , Yara mencebik bibirnya sambil menggangguk kepalanya.
Sofia masih lagi dengan dunianya, Geram dengan Jasmine. Yara menggelengkan kepalanya.

SHE MINE Where stories live. Discover now