She Mine - P16

1.6K 53 0
                                    

Yara memandang sekeliling dan tiada orang di cafe Syarikat AA . Yara melepaskan nafas lega dan masuk kedalam lif dengan hati yang lega. Tapi lif terbuka semula. Wajah Athur muncul depan pintu Lif. Yara terus menundukkan kepalanya. Yara sudah lambat turun ke pejabat para hari ini. Dia tidur lewat semalam sebab takut bapa Tirinya yang masih lagi buat huru hara dalam rumah.

“ awal hari ni Yara hennah.. ” Arthur membetulkan lengan bajunya. Yara diam seribu bahasa.

“ jumpa saya lepas ni.. ” Ujar Arthur lagi. Yara hanya mengangguk. Arthur memandang Yara disebelahnya , dari tadi diam seribu bahasa.
Pintu Lif terbuka Arthur terus melangkah keluar , diikuti oleh Yara.

“ yara... ” Panggil seseorang , Yara menoleh kearah suara itu. Yara senyum gembira bila melihat Sofia sudah ada di pejabat. Yara terus belari dan memeluk tubuh Sofia.

“ Sof kau ni.. Menghilang macam tu je.. Aku kasihan je sini sorang-sorang tahu tak... Sarah kata kau ada hal kat kampung... Cuti seminggu..” Ujar Yara. Sofia senyum.

memang cuti seminggu tapi aku nak awal balik,  sebab aku banyak kerja nak siapkan ni.. Esok ada meeting , jumpa klien lagi , wakil syarikat kita ni.. ” jawab Sofia.

“ ow.. aku kena buli bosss ” bisik Yara ke telinga Sofia. Sofia terkejut dan memandang Yara. Tiba-tiba Yara mengaduh sakit bila Sofia menggenggam Tangannya.

why... ” Soal Sofia. Yara menunjukkan tangannya kepada Sofia , Kebiru biruan , kesan tali pinggang Judah bapa tirinya semalam.

“ ayah nak duit.. Aku mana ada duit.. Biasa la ayah.. Yara tak tahu apa kerja ayah buat..sampai beribu minta setiap hari.. ” Jawab Yara. Sofia rasa kasihan terhadap Yara. Judah melayan Yara macam seperti binatang , tak da perasaan langsung.

yara , boss panggil kau.. ” Panggil Sarah. Yara mengeluh dan melangkah pelahan ke bilik pejabat Arthur.

“ boss nak apa.. ” Soal Yara dan melangkah menghampiri meja Arthur.

“ kemaskan Dalam almari tu.. ” Jawab Arthur kepada Yara. Yara memandang kearah Almari itu.

“ kenapa berhabuk sangat boss.. Berapa lama tak buka almari tu.. ” Soal Yara.

“ just do your work.. Do ask so many question... ” Ujar Arthur , malas nak menjawab Yara. Yara terus diam dan membuat kerjanya. Hidung Yara mula rasa gatal. Yara menutup mulutnya bila bersin.

“ boss..saya nak keluar kejap... ” Yara terus melangkah tapi langkahnya terhenti bila Gary masuk kedalam bilik pejabat.

“ hi beauty Yara Hennah.. Nak kemana.. ” soal Gary. Yara tidak menjawab tapi menutup mulutnya. Gary hairan dan mencapai tangan Yara.

“ auwwww..... ” Yara mengaduh sakit dan menahan rasa sakit di tangannya itu bila gary memenggam tangannya itu kuat. Gary memandang Yara dan kmudian ke tangan Yara. Gary terus melepaskan tangan Yara. Yara melangkah keluar tanpa menjawab pertanyaan Gary kepadanya.

“ kau ada buat apa-apa ke dengan Yara Hennah.. ” Soal Gary kepada Arthur. Arthur melepaskan keluhan.

“ kau ni kenapa Gary hah.. Setiap hari mesti nama dia je kau sebut..tak da nama yang lain ke selain nama dia.. ” jawab Arthur dengan geram.

“ tak.. Bukan sebab itu tapi kenapa Yara macam ada problem, something tak kena dengan budak tu.. ” Ujar Gary dan diam sejenak.

“ jadi... ” Gary memandang Arthur.

“ aku nak tahu apa dah jadi dengan budak ni.. ” Jawab Gary. Arthur melepaskan keluhan dan menggelengkan kepalanya bila Gary selalu cakap pasal Yara dan selalu membantu Budak itu.

SHE MINE Where stories live. Discover now