Seperti yang dijanjikan semalam, Yusuf dah tepacak bagaikan bendera Malaysia kat depan rumah aku. Aku yang bangunnya jam 8 dan terlelap semula hampir 15minit. Aku bergegas turun ke bawah dengan kaki yang sakit akibat terkena bucu pintu bilikku. Pergh! nikmat dia macam makan belacan beb.
"Sory lambat, kau baru sampai ke?" Tegurku seraya melihatnya.
"Aah, adalah dalam 15minit aku tunggu kau." Katanya dingin.
Hish mamat ni dah la bawak aku jalan, pastu muka dia nak tak nak jer becakap, kang aku bagi kau becakap tak henti henti pula.
"Dah jomla kita gerak, nanti jalan jem." Arahnya.
"Bawak la roti sekali." Kata ku selamba kononnya untuk berlawak.
"Rumah kau ada stor?"
"Ada kenapa?"
"Aku nak gi sana jap."
"Weh bahapa kau nak ke sana, kita nak gerak dah kan."
"Aku nak cari punchline kau tadi tak jumpa, tu la aku nak gi stor, kot kot ada kat sana." Terangnya panjang lebar seraya bergerak ke muka pintu.
Aku hanya menjelingnya tajam. Cis, loyar buruk! Bisik hati suci ku haha.Kami hanya mendiamkan diri semasa berada di Kereta Audi A8 milik Yusuf. Kejanggalan mula timbul di antara kami berdua haha takkan la 'bertiga' pulak kan.
"Kau nak gi mana dulu ni, Imago ke HM?" Soalnya meng'intor' hahaha
"Mana mana aje la, kau yang bawak aku jalankan, aku ikut jer." Kata ku.
Yusuf terus membelokkan keretanya ke tempat parking kereta di HM. Tempat paring dia wooo membelok jer terus takde lurus. Fening kefala woi! Aku cepat cepat tutup mata kerana terasa pening pening nyamuk sedikit.
"Kau pening ke?" Tanya nya dengan 'kepandaian' yang dia ada. Dah lihat dengan mata dua biji nampak aku pegang kepala dok nak tanya apesal.
"Eh takla, aku okay je." Jawab ku dengan nada yang perlahan.
"Yela tu." Bahasnya
Aku berdecit seketika, makin bertekak dengan dia, makin sakit kepala aku dibuatnya. Kang aku mati kat sini kau juga yang payah. Bebel ku dalam hati.Setelah turun dari kereta aku terhuyung hayang, seyess lucu hahaha
Yusuf melajukan langkahnya dan meninggalkan ku yang terhegeh hegeh berjalan.
"Weh tunggula." Jeritku dengan muka tembok yang aku bina sendiri hahaha. Aku bernasib baik kerana aku hanya mengenakan kasut nike ku sahaja. Kalau aku pakai heels tadi kemungkinan yang akan berlaku ialah:
- Kaki ku terpele'ot dengan teruk.
- Heels ku terbelah 5
- Aku terjatuh macam nangka busuk yang hitam lagi berkulat dan dipenuhi lalat.'Sempat lagi kau fikir benda benda macam tu sedangkan Yusuf dah jauh meninggalkan kau.' Aku memarahi diri sendiri.
"Dasar kurang didikan punya Yusuf, kau tunggula. Aku akan balas dendam dengan kau. (Evil laugh).
YOU ARE READING
OMG! Dia Suami Aku?!
RomanceFatiha Sofea seorang pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Garam Bukit. Ketika dia berusia 15 tahun, seorang lelaki buaya darat terjatuh hati kepadanya tetapi pada usia 17 pula ibu dan bapanya Tan Sri Bat dan Tan Sri Alima hendak menika...