Aku sampai dirumah pada pukul 5:30 petang. Umi dan abah belum pulang rupanya, monolog hatiku sendirian.
Aku bergegas naik ke bilikku untuk membersihkan badan. Yela seharian berjalan ew huhu.
Seusai mandi aku segera mencapai Iphoneku, macam biasala mengambil barang pembelianku, laluku upload di instagram.
'Tok tok tok.' Pintu bilikku diketuk. Siapala yang kacau aku time time camni ni. Kataku perlahan.
Aku membuka pintu dengan malas. Wala, terpampangla wajah si budak hingusan ni.
"Akak? nak masuk bole? akak buat apa tu?" Katanya yang dipenuhi dengan soalan.
"Ish kau ni, akak sibukla, yang kau sibuk kat sini kenapa? dah takde kerja ke?" Kataku kegeraman. Dia ni tak boleh nampak aku bahagia ke?
"Ala, adik bosanla, bole la adik masuk, kita cerita cerita eh?" Katanya dengan mimik muka yang boleh membuatkan aku muntah hijau pekat. Euwwww!
"Haa masukla, jangan sentuh barang barang akak eh." Kataku memberi arahan lalu menuju keatas katil semula.
Aku kembali dengan sesi gambar menggambar yang tergendala tadi. Dia ni kata nak cerita cerita tapi duk tengok fon baik kau tengok fon kat bilik kau jer.
Aku segera menghantar baju yang aku beli ke mesin basuh ditingkat bawah. Mestilah cuci dulu nanti dia letak merata rata sebelum jual haaa, ada kesan kesan lipas lagi. Euw taknak aku.
Setelah aku meletakkan bajuku di dobi, aku kembali naik keatas. Semasa perjalanan, aku terserempak dengan umi dan abah diruang tamu.
"Eh, Tiha sini kejap sayang, ada umi dan abah nak cakap ni." Kata umi.
Aku mula tidak sedap hati, kalau ada yang nak bincang membincang ni lain macam jer."Ada apa ni mi abah?" Kataku setelah punggung selamat dilandingkan di sofa. Amboi kau ingat aeroplane?
"Abah dan umi bercadang nak menikahkan Fatiha dengan seorang lelaki ni." Kata abah tanpa ragu ragu.
Aku terkejut bukan kepalang, biji mataku membuntang, tanganku siap di dada lagi.
"Hell no! Umi dan abah mana boleh jodoh jodohkan Tiha sesuka hati jer." Bentakku kepada umi dan abah.
"Keputusan kami muktamad. Nak tak nak Tiha mesti ikut juga. Boleh sayang?" Kata umi lembut.
Aku membiarkan soalan itu lalu berlari menuju ke bilikku, air mata aku rembeskan semahu mahunya. Adikku terus menerpa ke arah ku.
"Kak, akak kenapa nangis?" Soalnya.
Soalannya aku biarkan tergantung sepi, aku tak berdaya nak bercakap sekarang, aku hanya baring lalu mengambil Iphoneku.Orang yang aku nak whatsapp sekarang ni, satu je. Yusuf.
![](https://img.wattpad.com/cover/128303539-288-k944440.jpg)
YOU ARE READING
OMG! Dia Suami Aku?!
RomanceFatiha Sofea seorang pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Garam Bukit. Ketika dia berusia 15 tahun, seorang lelaki buaya darat terjatuh hati kepadanya tetapi pada usia 17 pula ibu dan bapanya Tan Sri Bat dan Tan Sri Alima hendak menika...