Aku memberhentikan kereta ku dihadapan restoran mamak. Aku mematikan enjin kereta lalu keluar.
"Hoi bangunla, kita singgah mamak jap. Malas ah nak masak kat rumah." Kataku sambil mengejutkan Tirah.
"Eh dah smpai ke? Tempat apa ni?" Katanya lurus.
"Ye dah sampai, ni haa kita kat kuburan nak gali kubur untuk kau yang dah tau lagi lagi nak tanya."
"Hak alah biar ah."
Aku membiarkan saja muka monyoknya itu, nanti kalau aku tambah tak pasal pasal pisau kat mamak ni patah mematah. Haa tak gitu readers?
"Kau nak makan apa ni?" Tanyaku kepada sang adik.
"Hm adik nak makan nasi goreng kampung terlebih desa." Kata sang adik kepada pelayan.
"Amboi, terlebih desa engkau. Hm, bagi saya mee basah dan milo ais."
"Haah la lupa pulak order air. Kak bagi saya milo ais juga eh." Kata Tirah.
Meskipun kitorang anak Tan Sri tak semestinya nak pergi restoran hipster jer. Kitorang layan mamak okay? helo? hahahaSetelah makanan sampai, kami melahapnya dengan penuh kerasukan dan taksub. Ceh macam dah sebulan setengh tak makan.
"Akak, sedapnya nasi goreng ni." Kata Tirah keriangan.
"Kalau sedap pun perlu ke kau bagitau aku?" Kataku sinis.
Athirah sekadar menjelingku saja. Auch jelingan mu sungguh tajam hingga tertusuk hati ini -.-
..................
Apabila sampai dirumah, aku terus melabuhkan punggungku diatas sofa yang terletak elok diruang tamu. Remote control aku capai lalu aku menekan butang on/off.
Siaran demi siaran aku lawati, takde satupun yang dapat menambat hatiku haha.
Telefonku berdering minta diangkat.
'YUSUF'
"Haa nak apa?"
"Ala aku takleh ah, busy ni lagipun aku tinggal berdua je ngan adik aku, aku kena jaga dia."
"Ha elok la tu esok kita study sesama tunggu dekat kantin tau."
"Iye iye. Okla bai."
Aku baru sahaja menamatkan panggilan dengan Yusuf. Dia nak bawak aku study rupanya. Takboleh la aku nak suruh dia datang rumah kang tak pasal pasal pecah tembelang.
....................
Mataku melilau lilau mencari kelibat Yusuf. Mataku tertancap pada badan seseorang di kantin. 'Haa tu dia.' Bisik hatiku. Mestilah cakap dalam hati nanti kalau kuat kuat kena cop gila.
"Weh hai?" Kataku lalu duduk berhadapan dengannya. Sweet tak? haha
"Waalaikumsalam Fatiha Sofea." Sindir Yusuf.
'Ish aku lupa la.' Desis hatiku. Aku hanya menjelingnya sehingga anak mataku yang berwarna hitam tidak kelihatan.
"Haaa jeling lagi, kang matatu tak balik semula padan muka."
Aku cepat cepat memperbetulkan kedudukan mataku. Nauzubilah.
Haa tau takut? hahahhaaAku meneruskan sesi mengulangkaji subjek yang akan ditempuhi. Apa yang gembira disini ialah harini last paper!
Tak terasa dah nak cuti. Cerita punya cerita last last, dah nak habis paper haha.
YOU ARE READING
OMG! Dia Suami Aku?!
RomanceFatiha Sofea seorang pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Garam Bukit. Ketika dia berusia 15 tahun, seorang lelaki buaya darat terjatuh hati kepadanya tetapi pada usia 17 pula ibu dan bapanya Tan Sri Bat dan Tan Sri Alima hendak menika...