Bab 7

5.6K 337 4
                                    

Semasa di sekolah, aku mendapat khabar angin yang menyatakan ada pelajar baru yang akan menjejakkan kaki ke kelas ku, iaitu 5M. Hmm, budak baru lagi. Desis hati kecil ku.
Tidak lama kemudian, Cikgu Shila masuk ke kelas untuk memperkenalkan budak baru tu kepada kitorang.

Setelah budak baru tu masuk, aku dan kawan kawan ku menganga seakan akan tak percaya apa yang dilihat. Kawan kawan ku terus melirik ke arah ku, aku membuat isyarat muka sebagai 'biar ah dia'.

"Okay kelas, harini kita ada murid baru. Haa kenal kan diri kamu." Kata Cikgu Shila.

"Err, Hai. Nama aku Mohd Muz Bin Mahmood. Aku dulu sekolah di SMK Garam Bukit 2. Mungkin ada sesetengah kaorang yang dah kenal aku, mungkin ada yang belum kenal aku." Dia memperkenalkan dirinya sambil melirik ke arah ku. Kau pahal doh, kat sini juga kau nak masuk. Kata ku dalam hati kegeraman.

"Okay Muz, kamu bole duduk di sebelah Syafiq." Arah Cikgu Shila.

Aku mula tidak selesa belajar apabila terasa diri ini diperhatikan dari belakang. Cis, nak usha aku balik la tu. Jangan harap! Api kemarahan mula timbul di hati yang suci ini cewah ~_~

Kami rehat macam biasa hari ini, tak sia sia aku keluar harini tejumpa la pula si Haikal Yusuf ni, auum jodoh agaknyeee! hahaahaa

"Hai Yusuf." Tegur ku membahasakan dirinya sebagai Yusuf. Tak nak la kalau Haikal hish. Haikal tu adik dia. Dorang kan kembar tapi tak seiras huhu.
"Hai." Dia membalas 'hai' ku nak tak nak jeeer. Hmm sabor je laa.

Sedang kami berborak dan bersembang dengan si Yusuf kat meja makan tibatiba datang la pulak makhluk Allah sorang ni yang bernama Muz. Aduh pening ahhh!

"Hai uolls, ingat aku lagi tak?" Katanya dengan nada kegirangan.

"Bapak tak ingat kau." Balas Ain sedas.

"Haah la, gile ke ape tak ingat kau. Kau hot doh, kau kan banyak awek awek seksi." Balas Shahidah dengan kata kata yang menusuk kalbu.
Kalau ada Zulfa mesti bertubi tubi ayat move on ni dia dapat. Yusuf telah memandangnya dengan pandangan yang sinis. Pahal mamat ni doh bisik hati Yusuf. "Sape ni?" Kata Yusuf menulakan bicara.

"Nii.. " Belum sempat Raudah berbicara dia menyampuk

"Aku Mohd Muz Bin Mahmood." Katanya riak.
Sesungguhnya riak itu tidak bagus untuk tubuh badan ya reader sekalian uhuks.

Nampak gayanya macam ada pesaing baru ni bisik hatinya.

............

Sampai sahaja aku di rumah aku terus menuju ke bilik mandi kerana petang, aku dan kawan kawan ku akan mengulangkaji pelajaran di rumah ku. Aku mengemaskan rumah yang berhamburan itu, aku sapu sampah sedikit sedikit lama lama sampah nya jadi bukit hahahhahha. Aku yang terdengar bunyi loceng terus membuka pintu untuk melihat gerangan yang bertandang ke rumah agam Umi dan Abah ni, ceh ayat engkau boleh tahan hahahahahha. Kawan kawan ku dah tersengih sengih mcm kerang busuk di pintu tu. Aku mendapati ada sosok tubuh lelaki di belakang mereka, rupa rupanya Yusuf dan Muz join kitorang study. Kalau Yusuf yang join aku rela gak, ni Muz, memang tak ah nak rela.

"Eh, korang masuk la jangan malu malu." Aku mempelawa mereka.

"Memang tak malu pun ni." Sakat Ain dengan muka temboknya tu hahahaha

cis, taktau malu bisik hati ku hahahaha. Aku menutup pintu pagar sebelum berjalan membuntuti mereka. Tibatiba Muz yang berjalan di hadapan ku tersadung simen yang agak tinggi itu, sikit lagi nak jadi nangka busuk mamat ni bisik hatiku sambil ketawa. 

Kitorang belajar matapelajaran yang masing masing lemah jer, dipendekkan cerita kitaorang saling menunjuk ajar antara satu sama lain.

"Korang sambung la dulu kejap eh, aku buatkan air." Kata ku lalu menuju ke dapur.

"Waitress, teh o pls." Kata Shahidah acah acah berada di restoran mahal.

"Amboii." Kata ku dengan mimik muka yang sengaja di garangkan. Dia tersengih sengih melihat muka ku yang suci ini hahahahahaha.
Ada gak yang aku halau satgi ni, kataku dalam hati. Kejam tak I? hahahahahha


*Keep voting guys thankyou

*Read my friend's story 'TRIPLETS LOVE STORY'
-Writer - Zulqarnaen-

*Thankyou, kalau dah baca story saye, bole la recomment kat kawan kawan ye. ::)

OMG! Dia Suami Aku?! Where stories live. Discover now