Harini aku TERpaksa pergi sekolah bersama sama dengan Yusuf sbb kereta aku kat workshop. Demam kus kus kot kereta aku tu.
Beberapa minit kemudian aku telah pun bersiap. Kedengaran bunyi hon di depan pagar rumah aku, aku cepat cepat memakai kasut.
Kelihatan sesusuk tubuh yang hensem duduk di atas motorsikal.
"Weh, kau biar betul? Kenapa kita pegi sekolah naik motor? Kenapa kau bawa motor burooook kau ni?!"
"Weh kau mulut, kang aku tak kasi tumpang kang padan muka. Motor ni banyak berjasa tau dengan aku."
"Weh, takpe ah, aku rasa mcm nak demam ah. Haaaaasyum?! Haa kan dah bersin2 dah ni. Kita jumpa esok la eh. Bai jangan lupa iloveyou."
"Kau jangan nak mengada cepat ah lewat nnti nak smpai skolah."
Aku akhirnya akur, nasib baik guna baju pj, kalau baju skolah tak ke aku ni nampak seperti menggoda.
"Pegang kuat kuat tau!"
"Orang taula. Jangan la bawak laju sgt, aku takut."
"Okay okay."
Tengah syok naik motor haha tibatiba enjin dia mati di tengah jalan kawan kawan.
"Eh eh, kenapa motor burok kau ni berenti kat sini, tak smpai lg ni kat sekolah."
"Alahai, masa mcm ni jugala kau buat hal."
"Weh apahal ni Suf, kau buat aku takut ah, ketuk ketuk cepat manatau okay." Kata ku sambil mengetuk ngetuk hadapan motor itu dengan menggunakan kipas.
"Kau ketuk pun bukan bole jalan. Ni carberetor (bedal je) ni. Ni kau la punya psal bukan main kau kutuk tadikan."
"Haa? careberetor? apa tu?"
"Dah dah jgn banyak cakap jom bantu aku, kita tolak je."
"Ha? Kita?"
"Yela yela aku tolak -.-"
Kami memulakan perjalanan tak sampai beberapa jam kami pun tiba di sekolah yang gah itu. Eh eh apasal drg tgk aku semacam ni.
"Weh penat ah kau ni. Dah ah." Keluh Yusuf.
"Weh kau tak gentle ah. Sikit jer lagi tu. Seronookkkk weh duduk kat atas motor ni sambil ada yang tolak, boleh aku fefeeling lumba sikit."
"Kepalabana la ada awek mcm kau ni, kau igt tak penat ke aku tolak kau yang besar mcm ni?"
"Weh weh seronok weh naik motor korang patut try." Kata ku kepada pelajar yg lalu lalang di situ. Mereka mula berbisik semasa sendiri. 'Eleh dengki ah tu boypren dia tak sweet mcm boypren kittew.'
YOU ARE READING
OMG! Dia Suami Aku?!
RomanceFatiha Sofea seorang pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Garam Bukit. Ketika dia berusia 15 tahun, seorang lelaki buaya darat terjatuh hati kepadanya tetapi pada usia 17 pula ibu dan bapanya Tan Sri Bat dan Tan Sri Alima hendak menika...