Bab 21

3.9K 220 5
                                    

Aku hanya menunggu Yusuf datang didalam bilikku saja. Malas nak turun dan belum sedia lagi nak bersemuka dengan soalan soalan umi dan abah.

Apabila Yusuf sampai, aku terus meluru ke muka pintu, tiada lagi wish morning like always. Hm tawar hati jap HAHAHA.

Aku membuka pintu kereta Yusuf lalu masuk dan memakai seatbelt. Aku merenung Yusuf yang tampak hensem menggunakan baju kemeja berwarna hitam, seluar warna hitam dan topi nike berwarna hitam dan style yang diterbalikkan beserta spek matanya. Serba hitam semua haha. Damn it, so cute!

Aku memerhatikannya saja sebab mungkin ini kali terakhir aku menatap dan memandangnya.

"Kenapa kau tengok aku macam tu? aku tau la aku hensem." Katanya sambil membetulkan topi diatas kepalanya. Alamak kantoi.

"Hmm taklah, saja je la aku nak tatap kau manatau ni last kau dapat tatapan dari aku." Kataku seraya menghamburkan tawa yang sangat dibuat buat.

Ya. Ketawa yang tak ikhlas. Ketawa dalam kesakitan.

..................

Setelah sampai di lokasi yang dituju, kami mengambil tempat duduk yang jauh dari orang ramai.

Perlukan privacy la katakan.

"Weh kau kata kau ada benda nak bincang apa dia?" Tanya Yusuf selepas mengambil order.

Aku menarik nafas dalam dalam, aku tak kuat nak mengulanginya.
"umi dan abah aku nak nikahkan aku dengan calon pilihan mereka." Kataku dengan suara yang ditahan tahan. Alahai la mata jangan nak nangis kat sini. Malu sikit demgan pakwe.

"Jadi yang kau cakap semalam tu betullah?" Tanya Yusuf dengan muka yang mendadak berubah.

"Ye betul." Aku mengangguk sebelum menyatakan ayat itu. Dengan kadar yang cepat air mataku terus mengalir laju. Serius tak dapat tahan. T.T

"Ala kau janganlah nangis, aku takboleh ah tebgok orang yang aku sayang sedih." Kata Yusuf sekadar memberi semangat.

"Kau jangan la cakap macam tu, tambah la aku sedih." Balasku tersedu sedan.

"Takpe kalau kau kahwin sekalipun, aku akan tetap ada dengan kau, kita masih bole jadi kawankan?" Kata Yusuf sambil mrnghulurkan tisu.

Hatiku berasa hiba.

..................

Yusuf pun menghantarku pulang ke rumah sebelum maghrib. Aku hanya mendiamkan diri saja sewaktu di kereta.

"Tiha, kita dah sampai ni." Kata Yusuf yang terperasan aku telah termenung sampai ke London.

"Eh, haah. Yela, aku balik dulu tau. Kau jaga diri. Iloveyou bai.

"Ye ye, kau tu pun jaga diri jangan asyik nangis nanti tak cantik dah. Iloveyoumore bai." Katanya sambil mengusap usap kepalaku yang dilapik tudung. Serius aku tak kuat.

Aku keluar dari kereta Yusuf dan menunggunya untuk jalan. Aku melambaikan tangan kearahnya. Sempat aku melihat Yusuf mengelap matanya.

Takkuat la nak update story ni, makin sedih :'(
Okay gais dah baca jangan lupa vote ;)

OMG! Dia Suami Aku?! Where stories live. Discover now