Tepat jam 11.00 malam, mereka bertiga tiba di rumah. Dengan segera, Aleesa merungkaikan pelukannya dan bingkas keluar dari kereta.
Aeiman dan Arfan hanya membiarkan adik bongsunya berbuat demikian supaya tidak tertekan.
Sedang berjalan masuknke rumah, Aeiman menegur Arfan.
"Arfan.."
"Ye along. Kenape?"
"Angah rase ape yang buat adik jadi macam tu? Tak pernah² pergi majlis orang menangis."
"Ntah lah. Angah pon tak tau."
"Hmm. Tadi sape orang yang angah berborak? Rapat nampak."
"Oo tu kawan angah time dekat UKM before pindah."
"Ouhh. Namenya?"
"Wais. Megat Uwais Iskandar."
"Ermmm okay lah. Along masuk bilik dulu." Ujar Aeiman.
Dalam masa yang sama, Wais rasa bersalah terhadap Aleesa. Dia ternampak sewaktu Arfan memeluk Aleesa berjalan di tepi bahagian khemah.
Yang paling dilihatnya dengan jelas, baju Arfan basah akibat air mata jernih milik Aleesa.
Wais berjalan ulang-alik di dalam biliknya dan berfikir sama ade hendak menghubungi Aleesa.
Dia lantas mencapai iPhone 6s dan gitar lalu segera berjalan menuju ke balkoni biliknya. Wais duduk di atas kerusi rehat yang tersedia ada sambil memandang langit.
Sedang dia memetik gitar tanpa hala tuju, Wais mendapat satu idea. Ye, dia harus menghubungi Aleesa dan meminta maaf tentang kejadian yang berlaku di rumah Mak Munah.
Aleesa yang sedang terbaring dan menangis di atas katil segera mencapai iPhone miliknya di dalam beg tangan.
Nombor yang sama dan tidak dikenalinya menghubungi lagi. Aleesa segera menjawab panggilan tersebut dan dia beranggapan ade pesakit yang memghubunginya.
"Hello, Dr. Aleesa sedang bercakap. Ade masalah sakit ke?"
"Ermm Aleesa, ni aku Wais."
"Huhh awak nak ape lagi. Nak maki saya lagi ke. Tak cukup dengan makian yang awak buat tadi." Balas Aleesa dengan sinis sekali.
"Aleesa listen me."
"Nak dengar ape lagi Megat Uwais Iskandar..."
"Aku nak minta maaf pasal tadi. Aku acah je tadi maki kau. Saje nak usik. Maafkan aku eaa? Please..." Rayu Wais.
"Hmm. Saye maafkan dan saye harap saya tak akan jumpa awak lagi."
"Thanks Aleesa. Dah kenape pulak?"
"Adelah." Jawab Aleesa pendek.
"Aleesa, kau dengar eaa. Jangan end call. Okay?"
"Awak ni dah kenape pulak. Saye penat nak tidur."
"Please.. Kali ni je."
"Hmm."
Wais memulakan nyanyian dengan memetik gitarnya terlebih dahulu. Aleesa setia mendengarnya.
Hadirnya dirimu,
Ku rasa bagaikan emas permata,
Dirimu wajahmu,
Semakin kian bermain di minda...Hadirnya dijiwa,
Ku rasa sesuatu detik yang indah,
Dirimu oh sayangku,
Mengajar aku ertinya bercinta...Ku rasa dirimu,
Bagaikan permata bersinar,
Ku harap dirimu,
Menjadi milikku slamanya...Sayang...,
Namamu terukir di dada,
Rindu...,
Padamu sungguh ku terasa...
YOU ARE READING
Doktor Itu Suami Aku
General FictionPertemuan yang amat singkat memberi impak yang besar bagi lelaki bernama Megat Uwais Iskandar untuk mengenali seorang gadis yang baru dikenali. Manakala bagi Wan Aleesa Uqasha adalah sebaliknya. Sebolehnya, dia tidak mahu bersemuka dengan lelaki te...