Di meja makan hanya bunyi geseran garfu dan sudu yang kedengaran. Puan Darina menitik beratkan menjaga adab kepada anak-anaknya.
Aeiman menghabiskan suapannya yang terakhir sebelum meneguk air milo panas yang dibancuh oleh Arfan lalu bersuara.
"Lepasni kita solat Isyak berjemaah and kumpul dekat ruang tamu. Along nak cakap something." Ujar Aeiman dengan tegas.
"Baik along." Balas Arfan.
"Okay... Tapi sebab ape along nak kite orang kumpul. And then sebab korang datang kondo adik pun, adik still tak tau lagi?" Bebel Aleesa.
"Along cakap sekali je Aleesa. Dah habiskan makan tu."
"Along ni asyik² nak bertegas dengan adik ni kenape? Macam adik ni buat salah besar je!" Aleesa mulai geram.
"Adik jangan menjawab laa." Celah Arfan.
"Alah along dengan angah sama je." Kata Aleesa lantas berdiri dan membawa pinggannya ke singki untuk dicuci.
"Aduhai dia ni." Keluh Arfan.
"Biarkan je. Eloklah tu nanti. Dah jom kemas meja." Arah Aeiman.
"Haa okay."
Arfan dan Aeiman mengemas meja makan setelah siap mencuci pinggan dan mangkuk yang telah digunakan.
Awalnya Aleesa ingin menolong, namun hasratnya tidak tercapai setelah Aeiman melarangnya melalukan ape² kerja.
Aleesa membuat muka lalu beredar untuk mempersiapkan diri sementara masuk waktu solat Isyak.
"Along tengoklah adik kesayangan along tu. Sikit² buat muka."
"Tau. Along nampak. Biarkan jela." Balas Aeiman yang sedang mengelap meja manakala Arfan pula menyusun kerusi.
"Along.."
"Hmm ade ape?"
"Angah nak tanya sikit boleh tak?" Soal Arfan lalu duduk di atas kerusi dan diikuti dengan Aeiman.
"Tanya la. Bukan along nak baham angah kalau nak tanya soalan." Balas Aeiman.
"Tapi along jangan marah tau." Ucap Arfan lalu menjongketkan keningnya.
"Depends laa. Ha cepatlah cakap. Nak masuk waktu ni."
"Hehe. Okay² . Macam mane along boleh tahan and sabar dengan perangai adik dengan angah?"
"Mak aii. KBAT bebenor soalan angah."
"Hehehe. Cepatlah along."
"Sebab along ade rase tanggungjawab sebagai anak sulung. And then nak latih perasaan sabar ni kite kene banyakkan buat amal ibadah supaya kesabaran tu jadi tebal dekat dalam hati kita."
"And then jangan lupa juga berdoa dekat Allah SWT. Lastly, kite kene hormat ummi dengan walid. Kesabaran die orang lagi luas daripada kita sejak kita lahir dekat dunia ni. Ummi dengan walid dah didik, asuh dan ajar kite bende yang baik dengan tahap kesabaran yang tinggi. Faham?"
"Perhhh baik laa ayat along. Menyesal pulak angah tak record. Boleh buat motivasi diri."
"Elemekk. Nak motivasi diri tak semestinya boleh berubah kalau setakat dengar ceramah and else. Tapi hati kita ni angah. Kalau niat kita betul, In Shaa Allah boleh bangkit."
"Uishh, deep. Haha. Thanks along."
"Hahaha. Thanks? For what?"
"Yelaa sebab along banyak bagi pengetahuan dan motivasi. Beruntung kita orang dapat abang yang baik, penyabar, pemurah and bertanggungjwab."
YOU ARE READING
Doktor Itu Suami Aku
General FictionPertemuan yang amat singkat memberi impak yang besar bagi lelaki bernama Megat Uwais Iskandar untuk mengenali seorang gadis yang baru dikenali. Manakala bagi Wan Aleesa Uqasha adalah sebaliknya. Sebolehnya, dia tidak mahu bersemuka dengan lelaki te...