BAB 28

7K 211 14
                                    

Aleesa tersedar dari lenanya pada jam 4.47 pagi kerana tekaknya berasa perit dan amat haus. Kepalanya menjadi semakin berat dan pening.

Dia gagahkan dirinya untuk bangun menuju ke dapur bagi menghilangkan rasa hausnya.

Setibanya di dapur, Aleesa mengeluarkan botol air mineral dari peti sejuk lalu mencapai cawan yang berada di rak.

Dia meneguk air dengan rakus sekali akibat kehausan yang teramat. Aleesa berjalan ke singki untuk membasuh cawannya lalu menapak masuk ke dalam bilik semula.

Sedang dia menaiki tangga, kepala berdenyut kembali dengan denyutan yang mampu untuk dia mengetap rahang mulutnya.

"Arhhh sakit!!!" Aleesa menjerit lalu dia rebah dan jatuh menggelongsor ke bawah sehingga kepalanya terhentak pada pasu bunga yang berada di tepi tangga.

Sepantas kilat pasu bunga itu, jatuh dan nasib malang bagi Aleesa apabila pasu bunga itu tepat jatuh pada kepalanya.

Cecair berwarna merah pekat keluar mengalir dari kepala Aleesa dan memenuhi kawasan lantas tersebut.

Arfan yang terdengar bunyi orang menjerit dan sesuatu objek berkaca pecah terus tersedar dari tidur.

Dengan cepat dia mengatur langkah untuk pergi ke bilik Aleesa terlebih dahulu namun Aleesa tiada di dalam biliknya.

Arfan menapak menuju ke bilik Aeiman untuk memberitahu sekiranya Aleesa berada di bilik Aeiman ataupun tidak.

"Tokkk..tokkk..tokkk.."

"Along? Oo along?"

Pintu bilik itu terbuka lalu tersengul wajah Aeiman yang sedang mengesat matanya.

"Hmm ada apa ni? Along ngantuk tahu tak!?"

"Along, adik ada dengan along ke?"

"Haa adik? Adik dekat bilik dia laa.."

"Takde pun. Angah terjaga sebab ada orang jerit and ada bende pecah."

"Tu yang angah tengok bilik Aleesa mana tahu tu dia yang hempas barang."

"Haa!? Habistu mana adik?"

"Tak tahu.."

Cuba kita pergi dapur sebab takut adik haus. Along lupa nak letak air dekat dalam bilik dia tadi.

Sewaktu mereka berdua melangkah turun tangga, Arfan yang pertama sedar tentang sekujur tubuh yang sedang terbaring.

"Along badan sapa tu baring dekat depan tangga?" Soal Arfan lantas mereka berdua terhenti di tengah-tengah tangga.

"Mana?"

"Tu haa." Tunjuk Arfan.

"Pergi hidupkan suis lampu jap." Arah Aeiman lantas Arfan berlari menghidupkan suis lampu pada dinding sebelah tangga.

"Ya Allah adikkk!" Laung Aeiman lantas menuju ke arah Aleesa yang sudah berlumuran darah.

"Arfan call ambulans noww!" Jerit Aeiman yang sedang mengalihkan pasu bunga dan membersihkan tanah pada wajah Aleesa lalu didakap tubuh kecil itu.

"Adikk.. Adik... Tahan please.. Macam mana boleh jadi ni.?"

"Arfan cepat laa...!"

"On my way..." Kata Arfan lalu segera turun setelah membuat panggilan kecemasan.

"Allahuakbar adik!" Arfan segera menerpa ke arah Aleesa dan Aeiman.

"Along, adikk!? Macam mana boleh jadi macam ni?" Ujar Arfan dan meraup mukanya lalu permata jernih miliknya kian mengalir.

Doktor Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now