"Knock.. knock... Angah oo angah, bukak pintu ni." Suara Aeiman kedengaran di balik pintu bilik Arfan.
Arfan membuka matanya lalu mengerling ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul 1.45 pagi.
"Arfan Ezriq! Open the door.." Arah Aeiman dengan nada yang serius.
Bergegas Arfan membuka pintu biliknya. Sebaik sahaja dia membuka pintu, sebuah penumbuk dilayangkan Aeiman ke mukanya.
"Mana kereta adik? Kenapa adik takde dalam bilik! Jaga adik konon! Tengking Aeiman.
"Apa ni along! Adik elok je dekat bilik. Apa yang takdenya.." Arfan turut membalas kata-kata Aeiman. Dia menahan kesakitan dan sedikit cecair merah pekat mengalir keluar dari tepi bibirnya. Lantas dia mengelap.
"Angah pergi tengok bilik dia sekarang ada ke tak? Kereta dia?
Dituruti arahan Aeiman. Arfan keluar dari biliknya dan berjalan menuju ke bilik Aleesa. Alangkah terkejutnya dia melihat Aleesa tiada di dalam bilik.
Terus dia berlari turun ke bawah untuk melihat kereta milik Aleesa di kawasan parkir. Terkejut, terkedu. Sudahlah dia baru bangun tidur, ditambah lagi dengan penumbuk Aeiman dan ketiadaan Aleesa.
"Ni yang angah kata jaga adik? Nak tunjuk sangat pandai kan."
"Sumpah along, tadi adik memang ada dekat bilik. Angah terlelap dekat bilik angah." Arfan cuba menjelaskan perkara yang sebenarnya dengan penuh kesungguhan.
"Along penat tahu tak! Masing-masing buat perangai. Apa along nak jawab dekat ummi walid siang nanti?"
"Angah minta maaf. Angah cuai..."
"Cuba bagi tahu apa lagi yang korang berdua nak susahkan along. Tak cukup dengan semua benda yang korang ada, yang along dah bagi. Ada yang kurang ke?"
"Langsung tak kurang along. Ini bukan Aeiman Ezriq yang angah kenal. Kenapa perangai along lain sangat hari ni?"
"Along tak pernah tengking angah, adik. Along bukan orang yang suka mengungkit. Along tak pernah sekali pun naik tangan dekat angah." Arfan meluahkan perkara yang sebenarnya kepada Aeiman. Pelik dengan perangai abangnya seorang itu.
"Angah nak keluar cari adik. Along teruskan je dengan perangai macam ni." Tambah Arfan lalu berjalan dan sengaja melanggar bahu Aeiman. Dia segera naik untuk mengambil kunci kereta dan segera keluar.
Aeiman terduduk mendengar kata-kata Arfan sebentar tadi.
Arfan turun dengan hoodie dan seluar jeans pendek lantas masuk ke dalam perut kereta. Setelah enjin dipanaskan, dia keluar dari perkarangan rumah tersebut.
Di dalam kereta, Arfan cuba menghubungi Aleesa beberapa kali namun tidak dijawab. Nombor Rania juga turut didail.
"Tuttt...tutttt... tuttt"
"Ye hello..." Suara Rania yang baru bangun tidur mulai kedengaran.
"Hello Rania.. Aleesa ada dengan Rania tak?" Soal Arfan dengan nada yang serius dan cemas.
"Takde Arfan.. Kenapa malam-malam tanya Rania, bukannya dia ada dekat rumah ke?'
"Aleesa takde. Kereta dia pun takde. Tak tahu pergi mana malam-malam ni.."
"Whatttt? Serius lah ni?" Mata Rania menjadi bulat dan membesar setelah mendengar jawapan Arfan. Segar terus dirinya yang tersedar akibat deringan telifon miliknya.
"Yee Raniaa... Saya tengah cari dia ni tapi tak tahu dia ke mana. Tu yang ingat ada dengan Rania."
"Allah, tak pernah Aleesa buat perangai macam ni."

YOU ARE READING
Doktor Itu Suami Aku
General FictionPertemuan yang amat singkat memberi impak yang besar bagi lelaki bernama Megat Uwais Iskandar untuk mengenali seorang gadis yang baru dikenali. Manakala bagi Wan Aleesa Uqasha adalah sebaliknya. Sebolehnya, dia tidak mahu bersemuka dengan lelaki te...