BAB 9

7.4K 217 1
                                    

Sudah seminggu abang iparnya terlantar tidak sedarkan diri di hospital. Manakala Amran sudah mula beransur pulih dan mula bercakap yang bahasanya masih tidak boleh difahami.

Amran tidak mengalami kecederaan yang serius kerana sewaktu kemalangan dia duduk di atas riba mamanya dan ketika ditemui kak longnya sedang kaku memeluk Amran dengan erat sekali.

Amar duduk di seat belakang di dalam tempat duduk bayi yang disediakan. Keadaan Amar agak teruk.

Wais yang asalnya merancang untuk bercuti telah dibatalkan olehnya setelah kejadian ini berlaku. Dia mula kembali kerja setelah 3 hari majlis arwah selesai dijalankan.

Dia melangkah masuk ke dalam bilik 13 VIP milik Tengku Amran Edreez.

"Assalamualaikum, Amran." Ujarnya.

Amran yang sedang leka bermain mainan dibatas katil yang menoleh ke arah suara tersebut dan riak wajahnya begitu ceria.

"Amran, abang chu ade bawa mainan baru. Tadaa!" Wais memberikan mainan tersebut kepada Amran. Dia berjalan dan duduk di atas katil bersebelahan dengan Amran.

Amran segera mencapai mainan tersebut dan mengeluarkan ayat yang menyebakkan hati Wais.

"Maa...mamaa..." Ujar Amran.

"Amran, abang chu nak cakap dengan Amran. Tapi Amran masih kecik lagi. Amran tak faham. Nanti kalau Amran dah besar Amran mesti faham." Balas Wais lalu air matanya menitis.

Amran yang terlihat air mata Wais segera bangun dari duduknya sambil menepuk pipi Wais. Dia seakan-akan cuba mengelap air mata yang mengalir.

Wais agak terkejut dengan dengan perlakuan anak buahnya yang kian pulih. Dia segera memeluk tubuh kecil itu dan di dudukkan di atas ribanya lalu berkata.

"Kalau Amran nak tau...." Wais berhenti seketika untuk meneruskan kata²nya.

"Mama Amran dah tak ade. Mama Amran dah dijemput Allah. Kembar Amran pun sama..." Kali ini air mata Wais kembali mengalir lalu dipeluk anak kecil itu sekali lagi.

Amran yang seakan memahami apa yang diperkatakan segera membalas pelukan Wais.

"Amran, abang chu nak kene pergi ni. Ade kerja nak buat. Nanti abang chu datang lagi okay."

Setelah itu, Wais mengeluarkan iPhone 6s dari kocek seluar untuk menghubungi seseorang.

"Hello, saya Dr. Wais ni. Nak mintak tolong sikit."

"Ouh Dr. Wais. Tolong ape?"

"Saya nak mintak sorang jururawat untuk jaga anak buah saya sementara menunggu nenek dia datang. Boleh tak?"

"Ouh boleh². Nanti saya inform dekat jururawat lain."

"Okay, thanks."

"Sama² Dr. Wais."

Wais menyimpan semula iPhone 6s ke dalam kocek seluar. Kemudian dia berdiri di sisi katil Amran.

"Amran, abang chu nak kiss dekat pipi."

"Muahh." Amran mencium pipi Wais serta terdapat kesan air liur milik anak buahnya.

"Good boy." Kata Wais lalu mengusap rambut Amran yang mulai panjang malah dibiarkan sahaja air liur anak buahnya.

"Tokkk... Tokkk..."

"Masuk." Laung Wais dari dalam.

"Selamat sejahtera Dr. Wais." Kata jururawat yang bernama Ching Ching.

"Selamat sejahtera." Balas Wais.

"Dr. Wais saya yang akan menjaga Amran." Ujarnya.

"Ouh okay, good. Saya keluar dulu."

Doktor Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now