Aleesa sudah melapor diri di hospital baru yang menjadi tempat kerjanya. Dia akan mula berkhidmat pada keesokan harinya.
Harini Aleesa dibawa oleh dua orang petugas yang disuruh oleh pihak atasan untuk membawa Aleesa berjalan di seluruh bahagian hospital serta berkenalan sesama sendiri.
Manakala di rumah Wais penuh dengan saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai yang menziarahi arwah Qayyum.
Arfan yang baru sahaja tiba di rumah Wais ditegur oleh seseorang dari arah belakang dan menyebabkan Arfan melatah.
"Ehh Arfan.."
"Ouh bapak kau Patrick Star!!" Latah Arfan sebelum menoleh ke arah belakang.
"Lah ummi ni.. Buatnya kalau Arfan sakit jantung ni macam mane?"
"Hahaha, ish mulut tu jaga sikit. Melatah mengalahkan perempuan. Ni angah buat ape dekat rumah Datin Sharifah Ayna ni?"
"Hehe, angah nak ziarah laa.. Adik ipar arwah ni kawan angah.."
"Ouh si Wais tu ke?" Soal ummi Arfan.
" Haah. Ummi kenal ke?"
"Kenal laa, ape pulak tak kenal... Kenape? Pelik?"
"Takde pape laa. Lupa pulak yang Wais ni pernah jadi geng adik time Mak Munah jaga dia orang. Ni Mak Munah mane? Tak nampak pun."
"Ha ingat pun. Mak Munah dah ade dekat dalam. Ummi ni baru je datang."
"Ouhhh. Kalau macam tu kita masuk sama ii ye ummi."
"Ha jom."
Mereka berdua menapak masuk ke dalam banglo 3 tingkat milik keluarga Wais.
Masuk sahaja ke dalam rumah itu, orang yang pertama dicari oleh Arfan mestilah tak lain tak bukan si Wais.
"Ummi, angah nak pergi jumpa Wais dulu. Okay?"
"Ha okay. Ummi ni pun nak cari Mak Munah."
"Okay." Balas Arfan lalu segera membuka langkah mencari Wais.
Wais yang baru sahaja turun tangga bersama Amran yang elok dalam dukungannya, terlihat Arfan yang sedang mencari seseorang.
Segera Wais menuju ke arah Arfan.
"Weii pan.. Kau cari ape?" Tegur Wais dari sebelah kanan Arfan.
"Aku cari kau laa.. Ehh boy.." Balas Arfan lalu memicit pipi Amran.
"Ouhh. Boy?"
"Haah, adik aku panggil dia boy. So aku pun terikut.."
"Hahaha.. Aleesa mane pan?"
"Rindu ke? Kau lupa ke yang hari ni dia kene lapor diri dekat hospital.." Terang Arfan.
"Haah laa, lupa pulak aku. Weii jom pergi dapur dulu. Buat ape nak tercegat dekat sini. Aku nak bancuh susu ni."
"Iyolah.. Tapi aku nak dukung Amran."
"Ha nahhh." Wais segera menyerahkan Amran kepada Arfan.
Amran yang merelakan dirinya diserahkan kepada orang segera mencium pipi Amran.
"Ehh dia bagi kiss laa dengan abang apan.." Kata Arfan lalu mengikut langkah Wais ke dapur.
Sampai sahaja di dapur, Wais membuka suara terlebih dahulu.
"Abang apan?" Geli je aku dengar. Komen Wais.
"Alaa biar laa. Kan Amran?"
"Huuuu." Balas Amran sambil tersenyum memandang Wais.
![](https://img.wattpad.com/cover/128892923-288-k538102.jpg)
YOU ARE READING
Doktor Itu Suami Aku
General FictionPertemuan yang amat singkat memberi impak yang besar bagi lelaki bernama Megat Uwais Iskandar untuk mengenali seorang gadis yang baru dikenali. Manakala bagi Wan Aleesa Uqasha adalah sebaliknya. Sebolehnya, dia tidak mahu bersemuka dengan lelaki te...