"Kita makan dulu lepastu baru dengar story kau." Ujar Arfan setelah tiba bersama makanan yang dipesan.
"Okay." Balas Aleesa dan Wais serentak.
Sedang mereka bertiga menikmati makanan, tiba-tiba Amran menangis. Wais dengan tangkas sekali bangun lalu mencuci tangan dan segera mengambil Amran.
"Kenapa Amran ni haa? Haus ke? Shuhhh shuhhh." Pujuk Wais sambil memeluk dan menepuk belakang badan Amran yang tidak henti menangis.
Wais berjalan sambil memujuk Amran. Aleesa dan Arfan hanya memandang gelagat Wais. Dan tiba² Arfan bersuara apabila Wais mulai berjalan jauh sedikit.
"Angah suka tengok Wais."
"Suka? Sebab?"
"Sebab dia ni penyabar and bertanggungjawab. Kan angah pernah satu U dengan dia dulu, so angah tahu laa serba sikit pasal dia."
"Ouhhh."
"Kalau adik nak cari suami, cari yang macam Wais. Cer tengok cara dia layan anak buah dia dah macam anak sendiri."
"Erkkk. Dah makan laa."
"Huuuuu waaa!" Tangisan Amran kian kuat. Ada beberapa pelanggan lain yang memandang ke arah Arfan.
"Amran.. Kenapa ni? Nak kata haus tak pulak?" Kata Wais lalu membuka sedikit jeans Amran untuk melihat sama ada dia membuang atau pun tidak.
"Hmm patut laa. Amran buat kuih tak cakap abang chu eaa." Kata Wais.
Serta merta tangisan Amran berhenti dan diganti dengan gelaknya yang comel.
"Ehh gelak pulak, tadi beria menangis. Pandai laa dia ni, muah ikit." Ujar Wais lalu meminta Amran mencium pipinya.
Amran seakan faham terus mencium pipi Wais. Lalu menampar sebelah pipi Wais dengan perlahan.
"Amboiii. Dah jom pergi dekat kawan abang chu, nak suruh jaga Amran kejap, okay?" Wais mula gerak kembali ke meja.
"Asal Amran nok? Tadi menangis bagai nak rak sekarang happy pulak dia." Tegur Arfan apabila melihat Amran yang leka bermain rambut Wais.
"Dia nangis sebab dia buat kuih tak cakap orang. Dia nangis nak suruh orang tahu yang dia dah siap buat kuih."
"Hahaha pandai laa Amran ni." Sampuk Aleesa.
"Haha kuih? Apakah?"
"Means dia melabur laa angah." Terang Aleesa.
"Ouh hahaha, sengal laa ayat kau nok."
"Dia ni memang bijak sikit. Pan, aku nak minta tolong boleh tak?"
"Gapo dio?"
"Jaga Amran kejap. Aku nak pergi kereta amik beg dia kejap. Boleh tak?"
"Ouh no hall la nok. Btw bagi aku cuci tangan dulu." Balas Arfan lalu bangun dan bergerak menuju ke singki.
"Wais.." Panggil Aleesa.
"Yow, kenapa?"
"I think laa bila Amran ni besar, dia bijak."
"Haha amin, ramai dah orang cakap dia macam ni sebab tengok perangai dia."
"Haah... Bolehkan kalau saya nak jumpa Amran lagi?"
"Boleh tu boleh tapi time aku dengan kau tak busy laa."
"Yeayyyy."
"Amboii asal kau suka sangat ni dik. Amran meh sini ikut abang Arfan." Kata Arfan lalu mengambil Amran dari Wais.
YOU ARE READING
Doktor Itu Suami Aku
General FictionPertemuan yang amat singkat memberi impak yang besar bagi lelaki bernama Megat Uwais Iskandar untuk mengenali seorang gadis yang baru dikenali. Manakala bagi Wan Aleesa Uqasha adalah sebaliknya. Sebolehnya, dia tidak mahu bersemuka dengan lelaki te...