Majlis pengebumian Uyainna Medina dan Tengku Amar Edreez berjalan dengan lancar. Tepat jam 11.00 pagi orang ramai bersurai dan kini hanya Wais dan mamanya yang tinggal.
Mereka berdua masih duduk berada di situ. Sharifah Ayna menangis semahu-mahunya sambil memandang batu nisan yang tercatat nama puterinya.
Wais memeluk mamanya supaya lebih tenang. Dia mengajak mamanya untuk pulang ke rumah kerana hari kelihatan mendung.
"Mama, jum balik. Wais pandang langit nak hujan ni. Jom mama."
"Mama taknak tinggal Ainn, Wais. Mama nak teman Ainn." Balasnya diikuti dengan suara yang lemah.
"Mama, listen me. Mama kite kene redha. Semua yang hidup akan mati ma. Dah jom balik." Pujuk Wais.
"Tapii...cucu mama."
"Mama. Nanti² kita ziarah lagi okay. Mama kene rehat. Kesihatan mama kene jaga. Ingat Wais pesan, kite kena redha. Okay?"
"Hurmm okay."
"Balik ye?"
"Hmm..." Balas mamanya pendek.
Mereka mula berjalan meninggalkan kawasan perkuburan dan terus masuk ke dalam kereta Lamborgini milik Wais.
Keretanya mula bergerak meninggalkan kawasan tanah perkuburan itu.
Megat Hazrief tidak turut serta kerana keadaannya masih lemah. Pada awalnya, dia ingin pergi namun Wais menghalang dengan tegas.
Manakala Tengku Qayyum Edreez masih tidak sedarkan diri selepas melepasi tahap kritikal. Wais berjaya menyelamatkan nyawa abang iparnya.
Abang iparnya sudah tidak mempunyai orang tu sejak 3 tahun lepas. Syarikat yang dimilikinya merupakan wasiat keturunan keluarga.
Anaknya pula, Tengku Amran Edreez masih dalam keadaan yang lemah tetapi pagi tadi Wais dikhabarkan bahawa Amran sudah sedar.
Amran merupakan anak kak long yang kuat semangatnya. Dia juga sangat berani dan periang yang mewarisi sikap arwah mamanya.
Sewaktu dalam kereta, Wais memberitahu bahawa majlis tahlil arwah dilakukan di masjid dan segala urusan tersebut telah diselesaikan oleh Wais.
"Mama..pasal tahlil Wais dah uruskan. Mama jangan risau okay?"
"Okay...Wais nak buat tahlil dekat rumah ke?"
"Ermm tak. Wais buat dekat masjid. Pasal tu semua Wais dah settlekan."
"Ouhh. Thanks Wais."
"For what ma?"
"Sebab selalu ade untuk mama time mama sakit, sedih, duka, happy dan bahagia. Mama sayang Wais."
"No hall laa ma. Wais kan anak mama. So, Wais sanggup buat ape je asalkan mama happy. Sedangkan jasa mama lagi besar dan Wais kene balas semua tu."
"Yelah. Wais mama nak tidur. Dah sampai nanti kejut okay."
"Beres boh."
Harini Aleesa sangat letih walaupun baru kerja setengah hari. Banyak pesakit yang perlu dirawat dan melayan karenah mereka.
Aleesa sedang berjalan menuju ke kafe untuk makan tengah hari lalu dia ditegur oleh seseorang dari arah belakang.
"Aleesa.. Aleesa." Panggil orang tersebut.
Setelah terdengar namanya dipanggil Aleesa memusingkan badannya kebelakang untuk mengetahui siapa yang memanggil namanya.
"Ye saya... Ehh awak buat ape dekat sini!! Baliklah. Jangan ganggu saya!" Ujar Aleesa setelah memandang gerangan lelaki itu.
YOU ARE READING
Doktor Itu Suami Aku
General FictionPertemuan yang amat singkat memberi impak yang besar bagi lelaki bernama Megat Uwais Iskandar untuk mengenali seorang gadis yang baru dikenali. Manakala bagi Wan Aleesa Uqasha adalah sebaliknya. Sebolehnya, dia tidak mahu bersemuka dengan lelaki te...