BAB 3

10.1K 270 6
                                    

Wais tersedar dari tidurnya apabila azan subuh dari surau kawasan perumahan miliknya mula berkumdang.

Dia segera mencapai iPhone 6s untuk melihat jam yang sudah menunjukkan pukup 5.45 pagi. Setelah itu, dia bingkas bangun dari katil menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan menghadap Yang Maha Esa.

Tepat jam 6.50 pagi, Wais turun ke bawah untuk bersarapan pagi yang telah siap berpakaian biasa. Dia mengenekan t-shirt Adidas dan skinny jeans.

Wais mengambil cuti kerja selama seminggu kerana ingin meluangkan masa dengan bercuti bersama keluarganya dan hari ini merupakan hari pertamanya.

"Morning mama , muahh." Kata Wais kepada Sharifah Ayna sambil memberi kucupan pada pipi mamanya.

"Morning jugak. Dah meh duduk sini. Sarapan dulu."

"Okay. Tapi kan mama, mana papa? Tak nampak pon." Soal Wais.

"Ouh papa pergi office awal sebab ade meeting. Wais ni amik cuti berape hari?"

"Seminggu ma. Wais nak ajak mama, papa dengan family kak long sekali bercuti. Saja nak luangkan masa dengan family."

"Ouhh. Yela, selama ni kan Wais asyik sibuk pegang pisau, gunting operation orang. Tak bosan ke Wais asik membedah orang?" Ujar Sharifah Ayna lalu mencedokkan nasi goreng cendawan pada pinggan anak bongsunya.

"Buat ape nak bosan ma. Dah memang kerja and minat Wais." Balasnya.

"Hmm yela. Dah cepat makan. Mama nak pergi rumah Mak Munah sebelah ni. Ade buat tahlil malam ni. So mama nak tolong."

"Beres boss."

"Ha, Wais malam ni datang tau. Tunjuk la muka sekali sekala. Biar bercampur sikit dengan orang." Bebel Sharifah Ayna.

"Ye mama, insya allah."

"Okay mama pergi dulu. Bye."

"Bye." Wais menghantar pandangan kepada mamanya sehinggla hilang dari pandangan.

Dia segera makan serta menambah nasi goreng cendawan buatan mamanya.

Wais hanya mempunyai dua beradik sahaja iaitu kak longnya, Uyainna Medina yang sudah berkeluarga serta mendapat cahaya mata kembar lelaki. Suaminya ialah CEO TENGKU HOLDINGS yang bernama Tengku Qayyum Edreez.

Nama cahaya matanya ialah Tengku Amar Edreez dan Tengku Amran Edreez yang masing² berusia 2 tahun.

Di rumah Aleesa pula, dia sedang bersarapan bersama keluarganya. Tiba-tiba walidnya bersuara.

"Ha adik. Bila adik balik JB?"

"Petang ni, walid. Lusa dah start kerja."

"Ouh. Hati-hati drive. Maybe walid balik lewat and tak sempat nak jumpa adik."

"Alaaa..." Rungut Aleesa.

"Sikit² alaa." Celah angahnya.

"Wekk... Bia la adik nak manje² dengan walid. Bukan selalu adik nak manje macam ni."

"Hmm yelahh. Gedik..."

"Angah.. Jangan diusik adik kamu ni. Biar la. Walid pun bukan selalu dapat spend time dengan adik."

"Baik walid."

"Hahaha angah kalah."

"Udahh². Cepat makan. Ade orang jugak tadi kata nak pergi jogging pagi ni. Karang lambat pulak."

"Hehehehe." Balas Arfan.

"Angah tak de kelas ke pagi ni?" Soal alongnya, Aeiman.

"Kelas angah petang ni, pukul 2.30. So ade mase angah nak keluarkan peluh bukannya masukkan lemak dalam badan." Sindir Arfan kepada Aleesa sambil menjeling ke arah adik bongsunya.

"Ouhh yelaa."

"Ape angah ni. Sengaja la tu nak sindir adik. For your information, adik kurus okay." Potong Aleesa.

"Dah diam. Tengah hadap rezeki ni. Ummi tak ajar anak² makan sambil bercakap kan." Tegur Puan Darina.

Semua yang ade di ruang makan segera diam dan menjamu hidangan yang dibuat oleh Puan Darina serta Aleesa.

Selesai makan dan berkemas, walid dan along bersiap pergi ke tempat kerja. Wan Yusuf Ezriq pergi bersama Pak Usman manakala Wan Aeiman Ezriq memandu sendirian.

Mereka berdua mempunyai syarikat² tersendiri.

Sedang Aleesa mencapai iPhone 6plus miliknya, dia ditegur oleh Arfan.

"Adik oo adik..."

"Ye nak ape angahku Arfan."

"Adik nak ikut angah pergi jogging tak dekat taman." Pelawa Arfan.

"Hmmm.. Taknak la. Nanti adik penat and takut tak focus nak drive."

"Yelaa gemuk."

"Eeee ape angah ni. Angah ni nak pergi jogging ke nak dating dengan Kak Ezra ha?" Teka Aleesa.

"Ehh kau ni. Angah nak pergi jogging la. Dah kenape adik cakap angah nak dating." Balasnya.

"Habis siap pakai minyak wangi bagai ni. Kantoii angah nak dating."

"Sibuk la adik ni. Biar la angah nak pakai apa pun. Okay angah pergi dulu. Bye."

"Hmm... bye," jawab Aleesa.

Aleesa menekan butang on dan segera melihat sebanyak 5 panggilan dari nombor yang tidak dikenali pada screen iPhone nya.

Di benak fikirannya memikirkan siapakah gerangan yang menghubunginya. Tiba-tiba di teringat kejadian semalam.

Dia terlupa yang dia ade menyerahkan name card miliknya kepada Wais.

"Aduhaii kenape la aku ni bengap sangat pergi bagi name card dekat si Wais tu. Huhaii nasib kau la Aleesa." Ngomel Aleesa.

"Heii Aleesa. Bercakap dengan sape tu. Siap cakap diri tu bengap."

"Oh kolopotot mak kau sajat!!"

"Amboii teruknya melatah. Haha macam mane la Aleesa ni nak dapat suami kalau melatah teruk macam ni."

"Ummi ni. Adik terkejut tau tak. Ape ni ummi, adik muda lagi nak sebut² pasal suami bagai ni."

"Ewahh ayat. Sedar la diri tu dah tua bangka, patutnya dah bagi ummi cucu." Sakat Puan Darina sambil mengambil tempat di sofa berhadapan dengan anak perempuan tunggalnya.

"Ape ni ummi sampai masuk part cucu." Elak Aleesa

"Ehh betul lah. Ha ni ummi nak cakap yang malam ni ade kenduri tahlil rumah Mak Munah. Adik balik esok eaa. Please..." Rayu umminya.

"Yeke.. Kenape ummi tak cakap awal² . Okay adik balik esok. Adik rindu Mak Munah."

"Okay, my sweetheart."

"Beres ummi. Untuk ummi semua boleh punya. Habis walid ikut tak?"

"Ikut la. Hamboii ayat."

"Hehhe."

"Okay lah, ummi nak siram pokok bunga. Karang merajuk pulak pokok² ummi tu."

"Aduhaii ummiku sayang buat lawak la. Hahaha."

"Ade² je adik ni. Ummi pergi dulu."

"Okay." Balas Aleesa lalu meletakkan iPhone 6plus pada meja di hadapannya lalu menonton drama korea.

Dia tidak menghiraukan orang yang menelifonnya malam tadi.

Mak Munah merupakan pengasuh Aleesa sewaktu dia berumur 2 tahun hingga 6 tahun sewaktu umminya bekerja.

Namun setelah itu, walidnya melarang umminya untuk bekerja lagi. Oleh itu, orang tua nya berbincang untuk mengambil pembantu rumah sehingga Mak Eton berhenti berkhidmat di rumah banglo milik keluarganya.

PLEASE VOTE & COMMENT.

Doktor Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now